Sunday, 31 January 2016

Sunday - Blur #2

Assalamualaikum,
Nak sembang apa yer rinih.
Blur lagi ada lah..... BLUR, BLUR, BLA.. BLA..
Sebenarnya mamamyja tengah rungsing memikirkan apa yang telah terjadi dan berlaku sekarang nih.

Arissa masih belum kebah-kebah lagi. On Off On Off  demam dia
Demam + Selsema + Batuk + Kahak


TANDA-TANDA BAHAYA APABILA ANDA DEMAM:

  • Kerap Muntah
  • Sakit Perut
  • Pening @ Gelisah
  • Kurang selera makan dan minum
  • Pucat, rasa sejuk bila kulit di sentuh
  • Sesak nafas dan sakit dada yang berterusan
  • Pening apabila berdiri @ kurang membuang air kecil
  • Berkelakuan pelik, keliru, kurang sedar @ sawan
  • Pendarahan
    • - tanda tompok merah pada kulit
    • - pendarahan hidung dan gusi
    • - muntah darah
    • - najis berwarna hitam
    • - haid yang banyak  @ pendarahan dari faraj
    • - batuk berdarah @ kahak bercampur darah
Walaupun suhu badan arissa tidak menentu tapi dia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda di atas.
Mamamyja betul2 risau dan pagi nih suhu dia dah normal
Esok jika still juga tidak pulih mamamyja nak bawa semula ke Hospital
Cumanya takut kena warded jer. Sebab Jumaat nih nak Holiday..
Boleh ker macam tu? Hahaha 
Arissa still active, selera makan dan minum
btw dia kerap tido. Adakah sebab ubat? ataupun dia sememangnya lemah..
Baru rasa badan dia dah berpeluh start dari malam tadi lagi.
Bila berpeluh alhamdulillah sedikit kerisauan tu hilang. 
Mudah2an anak-anak ibu cepat sembuh. 

Sebenarnya mamamyja letih bila menjaga 4 orang yang sakit minggu lepas.
Nih pun masih belum hilang lagi kepenatan itu.
Last week ulang alik Klinik Kesihatan saja.
Alhamdulillah mamamyja diberikan kesihatan yang kuat untuk menjaga diorang.

Kekadang terfikir adakah ini kifarah ataupun dah lama tidak bersedekah.
Kekadang mamamyja semakin lupa dan lalai rupanya.
Bila terfikir akhirnya mengakui semuanya..
Sibuk mengejarkan hal dunia sehinggakan lupa nak melakukan perkara-perkara sunnah.

~ The End ~

5 comments:

  1. harapnya tak de apa yang serius..semoga cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  2. semoga cepat sembuh anak-anak ayah

    ReplyDelete
  3. Bila ank tak shat, mmng rsau mamamyja.. Zara klau pnas sikit pn dh rsau. Bukan apa, bila dia dmam, mood pn x ok. Kita kna bg lbih perhatian.

    ReplyDelete
  4. dugaan.
    moga semua famili members myja da sihat by now.
    moreover skang tgh holiday kan :)

    ReplyDelete