Sunday, 31 January 2016

Sunday - Blur #2

Assalamualaikum,
Nak sembang apa yer rinih.
Blur lagi ada lah..... BLUR, BLUR, BLA.. BLA..
Sebenarnya mamamyja tengah rungsing memikirkan apa yang telah terjadi dan berlaku sekarang nih.

Arissa masih belum kebah-kebah lagi. On Off On Off  demam dia
Demam + Selsema + Batuk + Kahak


TANDA-TANDA BAHAYA APABILA ANDA DEMAM:

  • Kerap Muntah
  • Sakit Perut
  • Pening @ Gelisah
  • Kurang selera makan dan minum
  • Pucat, rasa sejuk bila kulit di sentuh
  • Sesak nafas dan sakit dada yang berterusan
  • Pening apabila berdiri @ kurang membuang air kecil
  • Berkelakuan pelik, keliru, kurang sedar @ sawan
  • Pendarahan
    • - tanda tompok merah pada kulit
    • - pendarahan hidung dan gusi
    • - muntah darah
    • - najis berwarna hitam
    • - haid yang banyak  @ pendarahan dari faraj
    • - batuk berdarah @ kahak bercampur darah
Walaupun suhu badan arissa tidak menentu tapi dia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda di atas.
Mamamyja betul2 risau dan pagi nih suhu dia dah normal
Esok jika still juga tidak pulih mamamyja nak bawa semula ke Hospital
Cumanya takut kena warded jer. Sebab Jumaat nih nak Holiday..
Boleh ker macam tu? Hahaha 
Arissa still active, selera makan dan minum
btw dia kerap tido. Adakah sebab ubat? ataupun dia sememangnya lemah..
Baru rasa badan dia dah berpeluh start dari malam tadi lagi.
Bila berpeluh alhamdulillah sedikit kerisauan tu hilang. 
Mudah2an anak-anak ibu cepat sembuh. 

Sebenarnya mamamyja letih bila menjaga 4 orang yang sakit minggu lepas.
Nih pun masih belum hilang lagi kepenatan itu.
Last week ulang alik Klinik Kesihatan saja.
Alhamdulillah mamamyja diberikan kesihatan yang kuat untuk menjaga diorang.

Kekadang terfikir adakah ini kifarah ataupun dah lama tidak bersedekah.
Kekadang mamamyja semakin lupa dan lalai rupanya.
Bila terfikir akhirnya mengakui semuanya..
Sibuk mengejarkan hal dunia sehinggakan lupa nak melakukan perkara-perkara sunnah.

~ The End ~
Read more ...

Monday, 25 January 2016

Demam Berantai

Assalamualaikum..
Mamamyja xboleh nak tido
Dah jaga seawal jam 5.00 pagi buat hari cuti2 begini
Check suhu badan anak-anak
Ternyata mereka bertiga demam setelah sekian lama x demam
Last masa awal bulan 11 sebelum kami pergi bercuti ke Langkawi.

Aduhai, ibu kena jaga sorang sorang tanpa ayah disisi kerana tugas kerja. 
Haa.. nak nages rasanya.. Tapi cuba tabahkan diri lagi

Mulanya Aisar yang demam pada hari sabtu
Kemudian Auni pula pada ahad petang balik dari playground
dan sekarang pagi nih Arissa.

Oh ho hoo demam berantai namanya nih
Masing-masing kalau demam dengan cara yang tersendiri.
Tapi syukur semuanya sukakan ubat.
Jadi xd lah mamamyja nak berperang bila tiba waktunya.

Cuma adik dengan abang je yang x suka letak sarung tangan basah atas dahi. 
Memang akan mengamuk. Argh.. letak belakang badan.. Peduli apa mamamyja. 
Tido je taruk senyap2. Hihik..
Ngantuk pula rasa mata nih.
xper sabar2 lepas subuh lelap jap. Tak lena mamamyja tido sebab check suhu abang. 
Ibu memang risau bila Aisar demam walaupun tiada sejarah lagi tapi pernah kena tahan wad.. 
xnak perkara berulang kembali..
Dia kalau sakit memang lama sebabnya susah nak minum air. Memang susah
Letih suruh. Uuuwwwaaa

Doakan semoga anak-anak mamamyja sembuh cepat ea. 
Tapi syukur demam sekarang sebab raya cina nanti nak berjalan2..
Nanti Mamamyja update yer
Parit Buntar, Kulim, Taiping dan Batu Feringgi..
Yeay !!!! suka x??

~ The End ~
Read more ...

''SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST FEB - MAC 2016"

Assalamualaikum,
Sementara tunggu anak-anak bangun. 
Mamamyja blogwalking and join segmen
Thanks kepada Keju Penyet jemput mamamyja join segmen
Jika ada masa yang terluang pasti mamamyja akan join
Kalau sibuk, hahaha faham-faham jer lah yer

Boleh klik picture

Mamamyja done do all instruction but xleh nak follow twitter sebab dah lupa ID hahaha

~ The End ~

Read more ...

Wednesday, 20 January 2016

Usia Mental Mamamyja

Assalamualaikum,
Lama dah mamamyja x update blog.
Rindu x? sure x rindukan. Hahaha, xper lah..

Saja suka2 nak sharing game dari facebook.
Kekadang leh buat mamamyja gelak.
Nak perasan tu.. entahlah.
Kalau orang tengok depan2 memang lain orang kata.

See like mcm xkawin agi. xsangka pula dah ada anak 3

Tengok, muda x? Hahaha

Padahal tahun nih mamamyja dah masuk 3 series tambah lagi 1 angka
Tertanya2 juga umur mental.
Tapi betul ker 40 tahun.
Kekadang rasa macam xmatang jer.. hahaha

Entahlah abaikan lah. Lagipun suka2 jer nih.
Betul ker? xbetul kan? 
Mengarut je lebey


Lately nih mamamyja serius penat. 
Balik je keje kena prepair itu ini. 
Mengajar anak buat homework lagi.
Memang penat. Kekadang tido sehingga x sedarkan diri
Terus terjaga jam 5.00 pagi. 

Oklah mamamyja nak menyidai kain. 
Orang bekerja macam nih la. Malam baru basuh kain.
Siang memang xsempat lah. Hahaha
Bubuy..

~ The End~

Read more ...

Wednesday, 13 January 2016

WORDLESS WEDNESDAY #1

Assalamualaikum
No comment Hahahahaha

Tengah sibuk2 update jap blog. Hihik
Time nih kat Langkawi. Throwback jap
Masa tengah Island Hopping
Pulau Beras Basah, Langkawi

Destinasi terakhir hopping, Arissa lena tul tido
setelah letih mandi kat Tasik Dayang Bunting.

Read more ...

Sunday, 10 January 2016

Sunday - Blur

Assalamualaikum
Apa nak buat hari ahad nih. Bosannya ...
Semalam duduk rumah. Hari nih pon duk rumah tak kemana-mana
Boleh pecah otak juga. Haha

Mungkin petang nih ke rumah MIL
Nak send tiket flight
Mamamyja dan dapat anak buah hari nih. Alhamdulillah
10.1.2016 - 5.59am - Baby Girl
x sempat nak tanya banyak. 
Sebab sebok bookingkan tiket untuk mak fly petang nih ke KB
Sepatutnya due 2.2.2016 tapi baby kuar awal sangat.
Tahniah buat adik ipar. Selamat berpantang yer. Hihik

Cerita Jumaat lepas
Makan-makan di Johny's Bukit Raja
Alhamdulillah rezeki kawan, dia belanja kami. Thanks ya



Nih la kawan baik mamamyja.
Susah senang bersama
Team Meows pon dari sini juga. Haha

Cerita Semalam
Kemas rumah jer xhabis2
Membasuh, melipat, menggosok.. huhu tired siot
Petangnya nak menggoreng..

 goreng nih.. yummy
Ha, nama pokok sendiri so boleh la goreng dan amik banyak mana pon. 
Ce kalau beli kat kedai sure xcukup. Uwwwaaa
Feveret mamamyja nih 

jangan gelak yer. mcam xcantik jer mamamyja goreng tu
I nih bukannya pandai masak
Pandai makan jer. Hahaha.. nak menggoreng pon kena tanya ibu bahan2nya. 

Oklah yer. Tetiba rasa ngantuk lak
Macam nak lelapkan mata jer. Hhuhuhu

~ The End ~
Read more ...

Thursday, 7 January 2016

Entah kenapa hari nih...

Assalamualaikum,
Hari nih mamamyja berpeluang update blog malam. 
Siang xd masa langsung. Sibuk dengan kerja-kerja kat opis yang nak disiapkan dengan segera.
Tu yang x sempat nak update tengahari tadi. Haha

Pagi tadi hari pelupa sedunia buat mamamyja.
1. HP tertinggal dalam kereta sebabnya leka dan asyik sangat pepagi tadi. Charge dalam kete terus tertinggal. Hahaha
2. Amik kunci nak masuk opis. Lastly xleh masuk pon sebab semalam balik kelam kabut terus tertinggal pas keje atas meja. Penat jer sampai awal jam 6.55. Tunggu kawan yang laen, akhirnya mamamyja masuk keje jam 7.20 pagi. 
Stress mak tau. Kita dah plan baik nyer keje apa nak buat pepagi.

Tapi kalau ini yang jadi. Kena lah hadap. Ikutkan hati xnak balik sebab keje xsiap
Tapi apakan daya ada tugas dan tanggungjawab di rumah pula
Balik kena on time yer..
sharp je 4.30 petang terus punch out then cau. 



Muka nampak cool, tapi sebenarnya geram dengan diri sendiri.
Acaner boleh lupa semuanya.

This year umur makin bertambah. Makin banyak lupanya.
Haduyai
Lama dah xselpie sesorang. Padahal kiter nih memang suka selpie. Lama pebendanya. hihik

~ The End ~
Read more ...

Wednesday, 6 January 2016

Wordless Wednesday

Assalamualaikum,
Lunch Time !!!! dah makan ker? diet?
mamamyja lapar lah. Tapi malas nak turun makan. Ngantuk pon hader. Hihik

xyah la baca yer. Malu la pulak. 
Hahaha.. planner merangkap diari kot
Baru nak berjinak2. Masih xdapat penuhkan satu muka
Sticker pon xbanyak lagi. Masih mengumpul
Hehehe.. 

~ The End ~
Read more ...

Tuesday, 5 January 2016

Jom Ke Sekolah Tahun 2016

Assalamualaikum,
Masih sibuk dengan anak-anak?
Mamamyja dah kat rumah pagi nih. Alhamdulillah selesai semuanya
Hari nih start Nurul Auni masuk tadika. 
Alhamdulillah perkara yang menenangkan hati ibu dia tidak nanges. 
Lega la hati ibu esok nak pergi kerja.
Tapi rasanya malas lagi. Nak sambung jer cuti. Mengenangkan kerja makin menimbun la pulak.
Tengok lah esok macam mana. Hahaha

 Muka ada senyum. Seronok sangat nak kesekolah

 Tetiba moody, letih tangkap gambar kot. Layan kerenah ibu. Haha


nih request dari auni.
'ibu tangkap gambar auni bagi kat atok ea'
suh bagi kat nenek kesayangan dia.
Layan kan ajer.. hahahah

ini pula gambar abang. Nampak x? Time nih sekolah kebangsaan petang.
maaflah sekolah agama ibu xsempat nak follow. 
Kena g opis. Terpaksa aisar cari kelas sendiri. Alhamdulillah dia boleh buat. 
Sebab ibu yakin tu yang ibu lepaskan buat sendiri.

Untuk anak-anak ibu, ibu doakan kecermerlangan kamu. 
Diterangkan hati dipermudahkan menerima semua ilmu yang diberikan.
Hormat guru itu penting.
Yang dah berjaya teruskan usaha yang baru nak mula ibu kena bekerja keras lagi..

Ok mamamyja nak settlekan hal lain pula.
Petang nih bawa dak tecik pula nak school. Hahaha. nak g check up.

~ The End ~
Read more ...

Sunday, 3 January 2016

SEGMEN JOM TAMBAH FOLLOWER BLOG 2016

Assalamualaikum,

Jalan-jalan blogwalking. Jumpa 1 segmen per lagi mamamyja join jer lah.
Tengah sambil-menyambil nih.

Mamamyja cuba yer

Blog mamamyja nih ditubuhkan sebabnya saja-saja jer bagi mamamyja mengisi masa lapang.
Tapi selalunya mamamyja xlapang masanya. Tertubuhnya pon bila mamamyja sudah mendirikan rumahtangga dan sudah beranak satu. Jadi faham-fahamlah bila sudah bergelar ibu dan seorang yang bekerja. Agak2nya der x masa nak megupdate blog nih selalu? Depands on individual la kan.. hahaha

Mamamyja adalah seorang yang complicated jugak orangnya, happy go lucky tu ikut mood juga. Seorang penjawat awam di Shah Alam, sudah berkahwin dan mempunyai 3 kids (1 boy and 2 girls). Tak berhenti setakat itu. Masih ingin menambah lagi ahli keluarga. Insyaallah.

Pada tahun 2016 nih mamamyja xd target menerusi blog. Cuma ingin menambah ramai lagi rakan. Nak kena merajinkan diri untuk update blog selalu. kalau boleh setiap hari. Insyaallah dipermudahkan segalanya. 

Sampai ker 100 patah perkataan tu? Kalau xsampai mohon maaf yer. Blur petang-petang nih. TerimaKasih kepada penganjur segmen kerana beri peluang untuk mamamyja join.
Kepada yang berminat nak join bolehlah klik picture tu yer. 

~ The End ~
Read more ...

Cerita Awal Bulan Januari Kami

Assalamualaikum,
Cerita semalam, kita throwback jap yer.
Hari nih mamamyja dah free, tinggal nak siapkan buku2 masukkan dalam bag jer.
Esok Aisar dah start sekolah. Tapi amat menyedihkan
Ibu xdapat teman sebab ada hal dekat opis. Sedihnya
Hopefully he OK

Semalam macam-macam benda settlekan
First - Amik baju auni yang baru sampai dekat Pasti
So nak x nak terpaksa la amik last minit. Hahaha. Tu tengah bersidai.
Auni seronok x terkata bila nak sekolah. Jadi anak yang cerdik yer sayang yer.



Second - Mewakili mak pergi kenduri kawannya.
Hahaha, kami memang suka jadi wakil2 nih. 
Maklumlah kalau jemputan mak ngan ayah bukan calang-calang orang. 
Wedding yang dikatakan grand lah bagi kami. 
bertempat di SIRIM, Shah Alam


 tengok tu, kita xnak pon bagi tempeyek tu. Xsesuai untuk usianya.
Tapi menjerit ea.. Nak tempeyek tu juga
Bila ditengokkan rupanya, dia buang kacang tu. Baguslah kalau x mau tercekik

 Door Gift and siap der Polaroid picture
Still konsep photobooth but using kamera dorang then unlimited prints.
untuk family mamamyja dia print 4 keping. 
1 keping untuk pengantin 1 keping lagi company dan lagi 2 keping mamamyja punya. Hahaha


zoom sikit nampak x? hahah

Latest post. Kenduri yang mamamyja g tadi.
Boleh follow dorang nyer IG and dapatkan maklumat lanjut.
@kzphotobooth

Third - pergi butik amar amran g fitting baju and terus beli
Baju untuk kenduri nanti. Auni dan Arissa. Kebetulan der offer 20% g jer lah beli. Haha

Lastly - Amik gambar pasport. Nak kemana mamamyja?? Hahaha stay tune yer.
Auni pon sama untuk Pasti dia.

Oklah hari nih masa untuk berehat-rehat dirumah. Nama pon ibu. Ada istilah berehat ker?
Sambung mengemaslah jawabnya. Kang dorang bangun xjadi keje lak. Hehehe
Malas tul nak masak. Apakan daya xd kenduri hari nih. Haha

~ The End ~
Read more ...

Friday, 1 January 2016

Australia's Souvenirs Giveaway By SitiYangMenaip & SalbiahM


Assalamualaikum
First GA mamamyja bagi Tahun 2016
Mencuba, mana tahu ada rezeki


  1. Mamamyja DONE Follow blog SITI YANG MENAIP & SALBIAH M
  2. DONE entri bertajuk 'Australia's Souvenirs Giveaway By SitiYangMenaip & SalbiahM'.
  3. DONE, Tampal banner pernyertaan dan backlink kepada entri INI sahaja.
  4. Tag seorang rakan blogger - hidayu ayumie
  5. DONE, Publish entri dan JANGAN LUPA untuk tinggalkan link penyertaan anda di ruangan komen entri INI sahaja.
  6. Selesai.
1 / 1 /  2016 - 8 / 1 / 2016
Pemilihan pemenang akan dibuat melalui random number service Random.org.

Siapa yang berminat boleh join. Mana tahu rezeki awal bulan. 
Good Luck to me. Hahaha

~ THE END ~
Read more ...

SELAMAT TAHUN BARU 2016

Assalamualaikum,

Salam Jumaat, salam yang penuh barakah. 
Alhamdulillah, masih berpeluang meneruskan hidup di tahun yang baru ini.
Mudah2an mamamyja sekeluarga diberikan kesihatan yang baik, 
dimurahkan rezeki, diterangkan hati dan dipermudahkan segala urusan bagi hari-hari yang mendatang
InsyaAllah, amin..

Apa aktiviti hari nih yer??
Macam biasa lots of things need to settle it.
Dah 2 orang start sekolah nih. 
Mamamyja memerlukan perbelanjaan yang banyak.
Mula rasa nak buat '2 kerja'. Haha
Memang dah buat pon, tambahan pula lebih melampau-lampau. Cam tamak rasanya.. 


Positif Attitude

Kat FB banyak sangat terbaca azam masing2. Bersepah-sepah rasanya.
Pernah terbaca tahun lepas dan tahun nih azam yang sama berulang. TAPI..
Adakah kita betul-betul berazam. Atau sekadar .......? 

Semuanya bergantung kepada Nawaitu kita. 
If kita benar2 nak berubah, cuba berubah walaupun tidak banyak tapi..
sekurang-kurangnya kita mencuba. Der jugak yang berkata;
'xkan nak berubah pon nak kena bagitahu semua orang?'
tidak perlu pon, tapi manusia nih melihat. tidak sikit banyak. 
Jadi kalau dalam satu tahun keadaannya sama adakah ia betul2 berubah??

Mamamyja berharap sangat tahun ini mamamyja dikelilingi oleh orang-orang yang positif attitude. Janganlah terlalu membawa perangai menganyam ketupat yang tidak menjadi. Belum lagi di tambah dengan Keyboard Warrior.. Sudah-sudahlah tu.

Tahun 2015 adalah tahun yang begitu pahit untuk mamamyja ingat kembali. Rasanya tidak perlu mengimbau kenangan lalu. I don't want to cry again.

Jangan ambil hati dengan kenyataan diatas. Mamamyja cuma luahkan per yang terpendam
I know xsemua perfect. Diri mamamyja sendiri pon.
Bukan nak pandang buruk orang, cuma mamamyja suka guna ayat nih
'aku xganggu hidup ko, ko jangan ganggu hidup aku'
Very simple sebenarnya kan??? 
Cubalah jadi mulut tempayan yang boleh ditutup.

~ The End ~
Read more ...