Tuesday, 10 November 2015

AJ - Paris Gold Label

Assalamualaikum,

Tengah buat per tu?? Mamamyja tengah free nih. 
Sambil2 dorang tengok Minions yang entah ke berapa kali dah ulang-ulang. 
Naek bosan dah mamamyja. Sementara menjadi minat si tecik tu. 
I pon meluangkan masa tuk menaip. Padahal nak gosok baju keje untuk esok.

Aduhai, xd mood langsung nak keje nih. Lagi 3 hari
Mood I dah ke laut nih. Nak terus cuti je rasanya.
Tapi apakan daya cuti I masih tinggal lagi 7 hari xsilap. 
Sampai hujung tahun nih.. hihik

Act mamamyja nak citer pasal 1 tudung AJ yang tengah HOT giler sekarang nih.
Tudung Paris GOLD Label permberian percuma dari Datin Juma sempena birthday dia pada 5.11.2015
Semua pergi ke Outlet AJ untuk dapatkan tudung free.. Tapi I yang bekerja nih boleh ker nak pergi?
Memang x la kan. Apatah lagi nak beratur sepanjang2 keretapi tu. Seawal-awal lalat bangun.
(kul berapa lalat tido?) hahaha

Keesokkan harinya terus berleluasa di fb menanyang tudung2 yang dapat free tu.
Bagi yang tak dapat macam i nih? mampu tengok je ler..
Haha, dalam hati. aduhai cantiknya. Nak jugak!!!!
Dan kepada yang dapat tu, mereka terus menjual. dengan harga yang xhagak-hagak dek akal fikiran
paling mahal yang mamamyja tengok RM 150.00 sehelai. Ko giler??? 
Dapat free dan ko jual dengan rege cam tu?? alasannya, penat beratur untuk mendapatkanya.
So, nak komen apa kan? Semoga dia bertemu dengan buyer yang xkedekut macam i nih. Hahaha

Akhirnya pada petang sabtu yang lepas mamamyja pon menulis hasratnya di FB dengan harapan ada yang ingin menjual dengan harga yang kena dek akal fikiran. Haha

Saja jer mamamja letak RM100 supaya ada seller yang murah-murah nih keluar.
Akhirnya yang paling murah ada RM55 tapi ia kurang menyakinkan mamamyja sebab mamamyja kena lebih berhati2 sekarang nih. Ramai penipu. 
Bahayakan.. sebab tu kalau boleh COD terus. Senang..

Abaikan tangan Arissa. Sibuk jugak nak amik tudung tu.
Pada mamamyja ia cantik. Xtahu la bagi korang. Haha
Setiap orang berbeza pandangan dan penglihatannya. BETUL x??

Mamamyja rahsiakan berapa harganya. Yang pasti bukan RM100.
Siapa pandai teka??? mamamyja akan bagi sehelai tudung AIDIJUMA 

Pengomen yang pertama dapat meneka dengan TEPAT akan menerima sehelai TUDUNG AJ (tapi bukan yang di atas) daripada mamamyja. Siapa cepat dia dapat!!!

Syarat2nya..

Follow blog MAMAMYJA.COM
Jawapannya sila taip di ruangan KOMEN di bawah ye berserta dengan FB LINK KORANG
Supaya senang mamamyja nak hubungi pemenang.
Tarikh tutup penyertaan pada 13 November 2015
Hadiah akan dipos selepas daripada mamamyja balik bercuti. Harap Maklum

Good Luck and All The Best

~ The End ~

6 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Jawapan saya : RM75

    https://www.facebook.com/cti.pinky3

    Happy join,,

    ReplyDelete
  2. Alaaa...akak tak pandai bab terka terka nih.
    Tapi cuba gakla. Akak rasa RM80 :)

    ReplyDelete
  3. Tapi memang cantiklah tudung paris nih!

    ReplyDelete
  4. alaaaaa.. dah tutup lak penyertaan nye. rugi nyeeee
    huhuhuhu

    cantek tudung tuh. berkenan sgt yang warna coklat tuh.

    ReplyDelete
  5. dah terlepas ek..hihi..baru nak dapatkan AJ...
    kalau tak silap harga dia rm55 kot

    ReplyDelete
  6. Knock! Knock! Eyja,..mana entri cuti2 Langkawi? :)

    ReplyDelete