Wednesday, 30 September 2015

EDISI TERHAD HIJABISTA

Assalamualaikum,

Tengah buat apa tu? mamamyja seperti biasa lah time lunch cam gini. Mengantuk bangat. Hahahah nak lelap aja rasanya. Tapi bila mengenangkan yang blog nih hampir nak bersawang so cari idea nak story. Kekurangan idea dengan kerja yang busy pastu dengan bisness xberapa nak up sekarang nih. Oh so sedih and tired beb.

Jom lah layan ketagihan mamamyja semenjak sebulan nih. Tapi xd lah mamamyja nak show off semua. If sapa yang follow my IG maybe korang dah boleh hagak lah koleksi mamamyja kan. Hihik







hahahha, OVER x hakak.. jangan muntah eh. Orang suka selpie cam nih lah jadinya. Kuikui
Penangan AIDIJUMA nih la jadinya. cukup sikit2 nanti der plak yang pengsan.

Sedap plak layan lagu2 jiwang sambil menaip nih. Hahaha bertambah semangat rasanya. Sekarang  lagu Samudera - Salam Sejahtera, mamamyja suka layan lagu2 jiwang time balik keje dulu travel dari PUTRAJAYA ke SUNGAI BULOH naek Komuter kan jauh tu. Hahahaha.

Oklah, bubuy. esok sambung lagi eh. Hehe.. miss me ya .. muahks

~ THE END ~


Read more ...

Monday, 21 September 2015

HAPPY BIRTHDAY AISAR 7.0

Assalamualaikum,

Selamat Pagi sumer !!!! Hahahaha, monday blues ker semuanya. Entah kenapa mamamyja bersemangat waja sangat-sangat. Mungkin nak cuti raya agaknya. Tapi xder lah amik lama mana. Hanya hari Jumaat sahaja. 

Oklah, mamamyja kekurangan idea sebenarnya. Kejap jer anak sulung mamamyja dah besar. Dah 7 Tahun. Hihik macam x percaya jer.

Happy Birthday to My beloved son

 Ibu doakan Aisar semoga menjadi anak yang soleh
Dimurahkan rezeki, berjaya di dunia dan di akhirat
Dipermudahkan segala urusan harian. Insyaallah, Amin

Selpie di pagi hari. Ikut ibu g kerja. Bos xd, dia pulak request. So ibu bawak jer lah. Kang nanges pula. Maklumlah Aisar nih anak yang kuat sentap.. hahahahha

Oklah yer, mamamyja nak sambung wat kerja. Bye..

~ The End ~
Read more ...

Thursday, 17 September 2015

UCAPAN TAKZIAH KE ATAS PEMERGIAN TUAN ANTHONY KEVIN MORAIS

Assalamualaikum,

"Sebagai tanda solidariti, rasa hormat serta simpati, semua warga AGC adalah digalakkan untuk memakai pakaian berwarna gelap pada minggu ini mulai esok." ~ Pengarah BPEN, Jabatan Peguam Negara

Hari ini semua berpakaian gelap, termasuklah mamamyja yang bekerja di Cawangan.
Memang sungguh tragis kisahnya itu walaupun dia bukan bos mamamyja. Tapi dah nama bekerja 1 Jabatan sedikit sebanyak memang rasa sedih dan hiba. 


Kehilangan Tuan Anthony Kecin Morais, Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan ketika beliau menjalankan tugas demi bangsa, agama dan negara.

Dengan penuh rasa hiba, diucapkan takziah kepada keluarga, sanak saudara serta rakan-rakan mendiang di atas pemergian beliau..

~ The End ~
Read more ...

Wednesday, 16 September 2015

Selamat Hari Malaysia !!!

Assalamualaikum,

Mamamyja dah sampai rumah semalam. Yeehuhu, dapat lepaskan rindu kat dak tecik arissa. Rindu banget sama kamu sayang. Pagi2 nih apa lagi mengemas rumah, gosok baju kerja. Breakfast pon x sediakan lagi. Aduhai malas sungguh ibu kamu ini. Last2 kat luar jugak akhirnya. Hehehe

Oklah mamamyja nak sambung wat keje. Esok kita hupdate yer. Xpon malam nih pon ok gak, maklumlah rajin nyer pasal.

Selamat Menyambut Hari Malaysia ....

~ The End ~
Read more ...

Saturday, 12 September 2015

The Baker's Cottage Mooncake Giveaway By Ayuni Rafilah

Assalamualaikum,


Sambil menyambil mengemas beg sebab ESOK!!! mamamyja blogwalking jap. Pastu der giveaway by Ayuni, join lah... Hehee


Hadiah: 
Kek bulan The Baker's Cottage (180 gm) x 3 pemenang terpilih

Tarikh giveaway:
12/9/2015 - 21/9/2015

Syarat #1:
Follow Ayuni 
(Klik butang-butang di bawah)

        

Syarat #2:
Buat entri berkenaan giveaway ini. 
Tampal banner di atas dan backlink kepada blog ini.

Syarat #3:
Tinggalkan URL entri anda dalam ruang komen di bawah.

Pemenang akan diumumkan pada 22/9/2015.
Layari laman web The Baker's Cottage di sini:  

Semoga mamamyja berjaya.. hahaha
Oklah nak sambung mengemas, xhabis2 lagi nih 

~ The End ~
Read more ...

Friday, 11 September 2015

LOVELY FRIDAY - Kursus Lagi :(

Assalamualaikum,


Sekejap jer masa berlalu. Dah hari Jummat. Alhamdulillah masih bernafas dan boleh meneruskan ibadah kepadamu Ya Allah. Amin

 Tadaa... orang suka selpie, jangan marah eh. kuikui
Hari nih mamamyja pakai Tudung AJ White Label..
Syamimi sama x tudung kitew?? Hahaha
Alhamdulillah tudung awak sampai dengan selamatnya. 
Terima Kasih dengan Entry Penghargaan tu. I hargainya juga.

 HUAARGH !!!! kursus mamamyja sudah mencecah 13 hari setahun, jadi sekarang pencapaian melebihi sasaran iaitu 7 hari dalam setahun. Hari nih dapat emel kena pergi lagi kursus... geramnyer.
Mamamyja nyer letih x hilang pon lagi nih. Nak nanges rasanya. Dah la rindu kat ibu kitew. 

Tarikh Kursus : 13 hingga 15 September 2015
Bertempat : Institut Perakaunan Negara, Sabak Bernam Selangor

Sebaknyer rasa nak pergi walaupun dekat sebab mamamyja nak balik rumah ibu. Call terus x jadi balik. Sedihnyer... Walapun dekat tapi kesibukan I nih mengalahkan Datin tu yang kena cari masa yang betul2 free baru balik jumpa Ibu. Baru best. Kalau balik kejap2 dan terkejar2 memang mamamyja x minat. Huhuhu

Oklah, mamamyja nak sambung siapkan kerja. Bubuy

~ The End ~
Read more ...

Wednesday, 9 September 2015

WORDLESS WEDNESDAY - TOUCH N GO

Assalamualaikum,

Just nak bagi tahu kad Touch n Go Mamamyja dah baru. Hihik
Personalize gambar sendiri, anda bila lagi??? ker mamamyja yang dah ketinggalan. Hahaha xkisahlah janji nak menggantikan kad lama yang dah teruk giler sampai No. serial xnampak. Nak claim pon susah. Hahaha



Menggantuk tahap gaban... Sambil2 menaip dengar lagu. Bila kena lagu yang best melalak jap.. rasa2nya kuat x? hahaha

sebab mamamyja pakai headphone. Mesti kalau kuat x sedar punya. Hihik..

~ The End ~
Read more ...

Tuesday, 8 September 2015

WEDDING ADIK [PART 1]

Assalamualaikum,


Kejadian dah 2 minggu yang lepas. Masih x basi lagi untuk update kan?? Hahaha, malasnya mamamyja nak story panjang-panjang. Kita layan gambar jer lah nak x? xtahu nak taip apa sebenarnya. Saja tengah bosan-bosan sebelum pegi breakfast. Lapar nih.

Kat blog nih jer lah mamamyja nak upload. Kalau kat fb tu macam xsesuai jerk. Hahaha, sekeping dua keping leh la kan. Sebab kat fb tu kalau upload rasa cam 'something wrong' jer. Perasaanku kah ? 

Cuma kat blog nih xbanyak LIKE jer lah ataupon COMMENT. Maklumlah mamamyja bukan banyak follower, kalau ada pon mayb dorang jenis yang tak suka baca entry kita kot. Lagi satu sebab mamamyja nih jenis busy sangat. Tu yang nak blogwalking sampai xd masa. Thats y i sendiri yang kena faham why like that. Hahahaha.. Mungkin mereka memakai term nih,

"dorang x jengguk blog kita, so kita xyah la jenguk" if "dorang jenguk then baru i balas balik"

Tapi x kisahlah.. xd orang Komen atau Singgah pon xper. Xd nak sakit2 hati.. Blog nih blog personal mamamyja. So mamamyja tulis and share apa yang mamamyja rasa. Erk, melalut pula yer. Nak share pic ker nak membebel?? Sorry yer!!! hahaha

Maaf jika ada yang terasa, mamamyja x kata kat uolls yer. I kata kat diri I nih. Sebab susah nak terima kenyataan. Hahahhaa

Majlis di : Dewan Wisma Sejarah
Pada : 29 Ogos 2015 
Jam : 8.00 malam




 abaikan semua muka kembung2 sebab dalam mulut ada makanan. haha



 mamamyja with sepupu, nih sikit jer yang datang. hihik


free style posing pengantin. hehe


Selamat Pengantin Baru !!!

Along kekurangan ayat nak wish. Kahkahkah.. xlarat nak wish dah.

~ The End ~
Read more ...

Monday, 7 September 2015

SEMOGA SELAMAT SAMPAI

Assalamualaikum,

A busy day today, maklumlah esok bos cuti. Yeay!!!! hamboi seronok nampak. Hehe.. dah malam baru sempat nak menaip. Arissa dah tido senang sikit nak update. Kalau x asik nak duduk kat riba nengok ibu wat apa eh. Hehe

Menaip sambil sakit gigi. Hamik ko, berdenyut2 nih ha. Last2 x tahan sangat terus telan Paracetamol.. Lega la sikit. Mamamyja x suka sangat makan Panadol @pun Ponstan. Takut der side effect jer. Hehee

Mengantuk la plak. Okey lah cepat2 sikit menaip yerk..

 prepair apa yang patut sebelum packing
Mamamyja harap kalian suka yer terima hadiah yang tidak seberapa daripada mamamyja. Saja jer mamamyja xnak show off. Hehehe, tapi kalau rasa nak buat entry lepas menerima hadiah sangat2 dialu2kan. 

 dah masuk dalam sampul.. Hehehe bubuy 

Mamamyja doakan semoga hadiah2 ini sampai ke tuannya yer..

Boleh amik tracking dekat sini tau..

Pemenang Pertama - EH 00 414 231 3MY
Pemenang Kedua - EH 00 414 232 7MY
Pemenang Ketiga - EH 00 414 233 5MY

Boleh click untuk terus ke LINK Pos Laju yer.

If xsampai boleh contact mamamyja semula yer.. tapi Insyaallah mesti sampai nyer kan..

Oklah yer.. mamamyja dah nak masuk tido. Letih bangat nih. Selamat Malam and Goodbye

~ The End ~
Read more ...

Friday, 4 September 2015

PEMENANG SEGMEN RAYA BERSAMA MAMAMYJA

Assalamualaikum,


Syukur Alhamdulillah akhirnya tamat juga segmen yang mamamyja anjurkan nih "SEGMEN RAYA BERSAMA MAMAMYJA". Walaupun x berapa ramai yang nak join. Tak perlah mungkin tiada rezeki. Apapun mamamyja mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang telah terlibat dalam segmen nih. 

Mamamyja terpaksa umumkan hari ini pemenangnya kerana esok pepagi mamamyja ada Program Khidmat Masyarakat. So busy, takut lewat umumkan peserta tertunggu2 pula. Yehuuuu... 


Story morry baju raya korang memang best. Suka mamamyja baca sebab tercatit juga cerita raya sekali kan. Bila dikenangkan memang best. Apapun baju raya korang semua memang cantik-cantik, walaupun ada yang story xbeli baju raya, its ok. Janji niat kita beraya pada hari  itu yang penting sebenarnya. Betul x? 

Disini hanya seramai 22 peserta sahaja yang terlibat. Mamamyja ucapkan terima kasih. Moga2 ada rezeki kalian untuk menerima hadiah yang tidak seberapa daripada mamamyja yer.

Diumumkan pemenangnya adalah ... Jeng, jeng, jeng ... ahaks

Pemenang Pertama
No. 16

Pemenang Kedua
No. 3


Pemenang Ketiga
No. 21

Tahniah kepada semua pemenang, yang tidak berjaya jangan bersedih dan berkecil hati. Mungkin ada juga rezeki anda di tempat lain. Heheheh

Kepada Pemenang silalah pm kepada mamamyja 

Nama, Alamat dan Contact No. untuk mamamyja pos kan hadiah2 korang

di PAGE FACEBOOK mamamyja yang korang dah LIKE tu yer..

Terima kasih mamamyja ucapkan kerana bersama-sama menjayakan dan memeriahkan lagi SEGMEN RAYA BERSAMA MAMAMYJA nih. Insyaallah tahun depan pula mamamyja akan anjurkan segmen yang lain pula. Doakan mamamyja berjaya dan maju dalam bisness kecil-kecilan mamamyja nih yer. Insyaallah. 

Bubuy sumer ....

~ The End ~
Read more ...

Thursday, 3 September 2015

HEADER MAMAMYJA MANA???

Assalamualaikum,
Pagi-pagi datang keje, bukak blog.. Tetiba rasa benggang dengan kelalaian dan kebangganggan diri sendiri. Huh, rasa nak nanges pon hado nih ha.. cam ner nak buat nih? Bila nasik dah jadi bubur... 

Bila malam semalam dengan confident nya mamamyja terus klik icon edit dan REMOVE Configure HTML/ JavaScript untuk Header mamamyja sendiri. Actually nak buang benda lain, akhirnya terbuang yang lain. Bengang nyer nih!!!! 

So sekarang nak buat apa bila blog dah togel cam tu. Header pon xd. Agak-agak mood nak menaip tu hado x? Memang x la kan.. GERAM NYER !!!!!! rasa nak hempuk2 pc nih ha. Kenapa sampai careless cam tu sekali. 


Nih gambar sebelum togel. 

Bila dah togel ingat mamamyja nak screen capture ker? Memang x la kan.. Sakit hati punya pasal nih. Penat tempah dari Tahun 2013. xkan la nak tukar. Masih sayang lagi.

Akhirnya mamamyja contact balik Designer tu. Harap-harap dia dapat lah tolong mamamyja dan masih menyimpan hasil2 kerja dia tu. 

Uwaaaa, kalau x dapat tolong.. maka terpaksalah i melabur lagi.. Sedihnyer !!!!

~ The End ~
Read more ...

Wednesday, 2 September 2015

WORDLESS WEDNESDAY - GEDIX!!!!

Assalamualaikum,
No komen just wanna say
adik yang kawin akk yang gedix !!!

Tetiba rasa nak naek pelamin lagi. Hahahha 8 years until today...


Hubby and Wife senyum meleret. Memang GEDIX!!!! hahhahah

~ The End ~
Read more ...

Tuesday, 1 September 2015

SEGMEN RAYA BERSAMA MAMAMYJA TELAH TAMAT

Assalamualaikum,

Dengan segala hormatnya dengan ini dimaklumkan bahawa Segmen Raya Bersama Mamamyja telah ditutup penyertaannya. Terima Kasih mamamyja ucapkan kepada blogers2 yang join segmen mamamyja yang tidak seberapa nih. 

Walaupun tidak berapa ramai yang join.. i rasa sedih sikit, tapi x perlah nak buat macam mana "aku bukan bloggers yang famous" so, terima lah hakikatnya. Mungkin kurang promotion dari mamamyja sendiri. Maklumlah i nih bukanlah bloggers full time, hihik nak kata part time pon x jugak. Ahaks..

Oklah mamamyja dan sediakan hadiahnya, so waiting la yer siapa yang kena tu. Mamamyja akan guna Random.org untuk mencari siapakah pemenang yang bertuah.

Hadiah tempat pertama sepasang lingeries ( disebabkan mamamyja buat bisnes nih). Tudung AJ Green Label 1 dan AJ White Label 1.

Oklah yer, mamamyja nak sambung wat keje. Banyak lak keje yang pending nih. Nantikan 5hb nanti yer. Terima Kasih dan bubuy

~ The End ~


Read more ...