Wednesday, 18 February 2015

Rambutku Sudah GUGUR !!!

Assalamualaikum,

OH TIDAK !!!!!! rambut mamamyja dah start gugur. Orang tua-tua kata rambut ibu lepas bersalin akan gugur bila anak sudah mula menyembur. Tapi Arissa belum lagi menyembur. Main air liur sampai buih-buih ada lah. Hihik


Sharing is Caring

Perkara perlu tahu :
  1. Ibu baru bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari
  2. Hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut
  3. Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, ia tidak akan menjadi botak. Sebaliknya kembali normal apabila bayi berumur setahun
  4. Ia akan diganti dengan rambut yang baharu, purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari
  5. Ketika hamil peningkatan estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan, hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja akan gugur setiap hari
  6. Selepas bersalin tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi @ bersikat
  7. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin
  8. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka
Makanan mencegah keguguran rambut :
  • Telur dan daging ayam
  • Gandum
  • Tauge
  • Syuran Hijau
  • Buah-buahan Segar
  • Makanan Laut
  • Salmon
  • Kunyit dan Jintan
  • Air Masak
Apa yang perlu dilakukan :
  • Memotong rambut dengan pendek
  • Menggunakan syampu yang diperkaya dengan vitamin B, khasiat bunga telang @ berasaskan minyak kelapa/santan
  • Gunakan sikat rambut jenis lembut. 
  • Elakkan menyikat rambut ketika basah
  • Keringkan rambut basah dan jangan terlalu kuat mengeringkan rambut dengan tuala kerana ketika rambut basah, strukturnya lebih rapuh dan mudah gugur
  • Pengambilan makanan yang berkhasiat, kaya dengan protein dan zat besi
  • Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia (mengeriting, mewarna, melurus)
Sumber PA&MA Mac 2012

Apa yang mamamyja perlu lakukan nih? Nak potong rambut pendek. Oh sayangnyer !!! bukan senang nak membela bagi panjang nih. Lagipun, mamamyja xberminat berambut pendek. Zaman sekolah dulu sukalah. Hihik. Mamamyja hanya memakai syampu L'oreal Paris Fall Repair 3X yang botolnya warna hitam pink tu. Oleh itu, mamamyja bersabar je lah dengan rambut-rambut yang gugur nih. Mungkin akan potong tapi xd lah pendek sangat. Hihik

Oklah, Arissa pon dah bangun. Nanti mamamyja sharing lagi eh.

~ The End ~

16 comments:

  1. Hehe... Mmg mslh sy juga... Dh byk syampu try.. Sama juga..

    ReplyDelete
  2. kalau nani tak boleh tukar tukar shampoo kalau tak memang gugur :)

    ReplyDelete
  3. saya pun alami benda yang sama,,..selalu jugak ambik maknan2 tu tapi sama je..gugur jugak.heheh

    ReplyDelete
  4. myja...mmg org ckp baby main air liur je, rambut akan gugur..bukan setakat menyembur je..kalau meleleh pun..

    ReplyDelete
  5. myja...mmg org ckp baby main air liur je, rambut akan gugur..bukan setakat menyembur je..kalau meleleh pun..

    ReplyDelete
  6. myja...mmg org ckp baby main air liur je, rambut akan gugur..bukan setakat menyembur je..kalau meleleh pun..

    ReplyDelete
  7. Wahhh! Myja da upgrade domain name...tahniah! nmpk lg ekslusif giteww! hihi

    ReplyDelete
  8. http://www.vitaminuntuksemua.my/2013/04/atasi-rambut-gugur.html jemput baca

    ReplyDelete
  9. memang normal rambut gugur sekitar 100 helai sehari. Tapi bila rambut makin nipis harus kita risau kan. Mamamyja kena jaga makan.

    Ambil makanan yg kaya protin - rambut asasnya protin
    Zinc - bantu kurangkan masalah rambut gugur.

    Jemput ke blog nuha. Entry "saya dah boleh main bola"

    ReplyDelete
  10. hahahhaa...apsal la banyak sangat Acik komen kat atas tu??huhuuu..sorry

    ReplyDelete
  11. nice sharing mamamyja..
    tula ramai yg tegur bile firash dok main buih main air liur tu sume ckp abisla ayu pasni botak laa
    hahhaahaha
    sebab ni rupenye..
    tula syg plak nak potong rambut pendek
    en asben dah byk kali suh potong..
    sebab byk rambut gugur nie

    ReplyDelete
  12. khaty sendiri tak dak anak kecik pon dah potong rambut pendek..ngee..begitu rupanya masalah rambut bila selepas kelahiran bayi ya..

    ReplyDelete
  13. ohhhh baru tau. eyja kena cari suplemen & pakai produk utk kuatkan akar rambut.

    ReplyDelete
  14. rasanya usia cam kita kot akan hadapi prolem ni

    ReplyDelete
  15. Bila diingat mcm mana tahap rambut gugur lps bersalin ngeri rasa...ingatkan ada penyakit apa la huhu...

    Kena buat sesuatu sblm botak hihi

    ReplyDelete