Sunday, 8 February 2015

Door Gift #1

Assalamualaikum,

Semua dah tidur ker? Hehe, mamamyja x tido lagi. Padahal mata dah mengantuk nih. Arissa pon dah tidur. Sekarang dah jam 12.19 pagi. Apa nak buat esok eh? Nak pergi mana yer? tapi rasanya kerja rumah banyak nak settlekan esok. Menggosok pakaian untuk seminggu.

Panjang lak celotehnya. Mulai bulan ini dan seterusnya akan ada 1 entry "Door Gift #" Kenapa eh? Maklumlah orang macam mamamyja nih selalu kekurangan idea. Jadi disebabkan itu mamamyja akan ujudkan entry ini mengikut pada jemputan kenduri yang mamamyja hadiri. Ok kan? maklumlah nak travel ke sana sini, duit pon xada. Hehehe

Ok untuk jemputan yang pertama tahun nih mamamyja attend di Lorong Belimbing. Dekat jer dengan rumah MIL. Nih kira back dated sikit la eh. Hahaha.

24 Januari 2015
Lorong Belimbing, Kuang Selangor

Ada telur pindang (dalam bekas warna oren) 2, Kek Batik (dah telan awal2 dah) Paper Bag color cream tu ada gula-gula. 

Mana pegi telur tu? Hahahaha, dah bagi MIL sebab mamamyja x reti makan pon. Kang disimpan buat busuk jer. 

Kenduri yang best sebab ada banyak booth. Paling best dekat booth yang ada mash mellow, biskut choclate mountain dan lain-lain lagi. Anak-anak, huh memang suka giler lah kan. Hahaha

Kenduri yang kedua pon dekat Lorong Belimbing, Kuang pada 1 Februari 2015. Door Gift nya 1 packet sumi. Mana sumi nya? Hahahahaha, mamamyja dah bagi orang lain. Sebabnya kat rumah xd orang nak makan. Anak-anak? Oh memang xboleh bagi makan. Kuikui

Next week mamamyja akan update entry kenduri hari nih yang mamamyja pergi. Oklah yer, nak taip entry seterusnya. Hehe

~ The End~

14 comments:

  1. Suka pergi kenduri yg ada booths. Rasa lebih meriah kan,...

    ReplyDelete
  2. Hehehe kita pon suka pergi kenduri ..Bila dapat gift macam ni anak2 mmg excited sangat2 ..hahaha

    ReplyDelete
  3. suka jugakk pergi kenduri sebab senang. takyah nak masak. hahaha

    ReplyDelete
  4. X sabar nk p kenduri cuti raya cina ni ;)

    ReplyDelete
  5. pergi kenduri best tkyah masak gantung peyok, hari2 kenduri pun lagi best kan haha..

    ReplyDelete
  6. sekarang..setiap kendri mcm dah wajib ada booth.. termasuk photobooth.. hehe..
    best kumpul koleksi doorgift ni.. lg2 y unik tu..

    ReplyDelete
  7. saya pun kalau pi kenduri seronok sanagt dapat dor gift ..yang mana boleh simpan ,kita simpan la buat kenangan..

    ReplyDelete
  8. bestnya ada byk booth boleh makan macam2 heheheheh

    ReplyDelete
  9. Lama dah tak singgah...Arissa dah besar mana?

    ReplyDelete
  10. bestnye ade kenduri yg ade booth nie..
    tp mamamyja ayu suke telor pindang tauu sedappp...

    ReplyDelete
  11. khaty paling suka kenduri yang ada booth..mesti best kan..khaty paling suka makan telor yang dapat ari umah kenduri,siap berebut dengan anak2 lagi,makan letak kicap..ngee

    ReplyDelete