Thursday, 1 January 2015

WELCOME 2015

Assalamualaikum,

Selamat ber'public holiday' to all bloggers and readers. Mamamyja tengah berfikir-fikir aktiviti apa nak buat hari nih. Tapi yang pasti hari nih nak buat 'last minute' preparation untuk sekolah Aisar. 

Hari nih la nak membasuh semua baju sekolah dan kalau der masa lagi baru sibuk nak membalut buku sekolah. Aduhai ibu, kenapa la buat last minit. Maklumlah mamamyja kekangan masa dengan der baby lagi. Nak mula jer buat keje, Arissa dah bangun. Hehe


Wishlist tahun nih? ada ker? macam xd jer. Oh baru teringat. Nak menyahut cabaran untuk diri sendiri supaya dapat menyusukan Arissa cukup sampai 1 tahun. Due date nya 10.10.2015 nanti. Chaiyok, chaiyok buat diri sendiri.

Azam baru memang sentiasa terpahat di dalam hati. Bukan terpahat sahaja yer. Kena buat sekali. Entah bagaimana la keadaan mamamyja lepas nih. Adakah semakin terurus ataupun semakin berserabut. Aisar dah sekolah nih nanti bagaimanalah cabarannya mamamyja sebagai seorang ibu.

Mamamyja terasa kekalutannya apabila nak menguruskan 3 orang anak walaupun suami disisi. Tapi anak-anak, mesti mahukan ibunya juga. Oh!! anak-anakku. Sekarang nih jer bila jam 11 pagi mamamyja dah start rasa mengantuk yang amat sangat. Padahal tiap2 malam tidur awal juga. Gamaknya berat sekarang sudah 46.1 kg maka akan berkurangan sedikit demi sedikit.

Walauapapun yang terjadi, mamamyja terpaksa kuatkan semangat juga demi anak-anak. Doakan mamamyja sihat selalu yer kengkawan.

Selamat Tahun Baru 2015 !!!!

Aisar Na'imullah, Nurul Auni dan Nurul Arissa

Ibu dan ayah akan berusaha keras untuk membesarkan kamu bertiga. We love you forever and ever.

~ The End ~

13 comments:

  1. All the best buat mamamyja. Smg berjaya mencapai target menyusukan arissa dan impian 2015.

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru mamamyja :D

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baru, eyja. Moga setiap impian utk 2015 akan tercapai.

    ReplyDelete
  4. Asslmkm kak.. Selamat tahun baru.. Semoga thunbaru ni akn lebih baik dr sebelumnya..

    ReplyDelete
  5. mimin tak dapat cuti hari ni :((

    ReplyDelete
  6. mamamyja wanita serba boleh! Takpe kak. 3 org kan akak tentera akak. Hihi. Kejap je masa berlalu, tetiba dah besar. haha

    Selamat tahun baru 2015 akakk!

    ReplyDelete
  7. Moga azam baru tercapai hendaknya.... Selamat tahun baru mamamyja ^-^

    ReplyDelete
  8. kalau kat kedah no public holiday 1hb kemarin. huhu

    semoga segala hajat menjadi kenyataan. selamat tahun baru! ^^

    ReplyDelete
  9. ringan je die...insyaAllah mamamyja berjaya menyusukan arissa sehingga 1 tahun malah bersambung sehingga 2 tahun. Due date 10.10.2016 ek..caiyok2..

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah
    semoga 2015 membawa lbh erti n kebaikan dlm hidup kita semua

    ReplyDelete
  11. Salam thn baru dari aida.
    Salam perkenalan ye...

    ReplyDelete
  12. All the best mamamyja. Memang seorang ibu boleh buat apa saja kannn..serba boleh.
    Kelantan takde public holiday untuk new year.

    ReplyDelete
  13. semoga semuanya berjalan lancar.. aminn

    ReplyDelete