Friday, 23 January 2015

TIRED [Part 2]

Assalamualaikum,

Salam Jumaat, mamamyja dok kat opis jer. Kengkawan ajak keluar pon mamamyja xd mood nak kemana-mana. Penat xhabis-habis lagi nih. Mamamyja need a fully rest but when?? Ya Allah, hambamu ini terasa penat yang amat-amat sangat. 

Rindu kat blogku, rindu nak berkongsi cerita, rindu kengkawan blogger, rindu nak blogwalking.. Tapi keadaan mamamyja sendiri yang membataskan aku untuk membuat semua perkara yangku suka. Sedih !!!!

Kali ini mamamyja nak share tentang diri ini kenapa penat sangat.. ;(

4.45pagi - Bangun Pagi, mandi manda, siapkan breakfast Aisar, keluarkan stok susu Arissa, bersiap nak pergi kerja

5.55pagi - Bergerak turun, membawa troli bag-bag yang perlu diangkut dari tingkat 4, guna lift

6.00pagi - Bergerak hantar Arissa ke rumah pengasuh

6.10pagi - Bergerak hantar Aisar ke rumah pengasuh

6.20pagi - Bergerak hantar Auni ke rumah mak mertua

6.30pagi - Solat subuh dekat surau yang berdekatan

6.40pagi - Bergerak pergi kerja ke Shah Alam

7.15pagi - Sampai opis, pam susu, make up terus buat kerja (kerja office yang xpernah surut)

4.30ptg - Balik rumah, xder lengah-lengah der

5.15ptg - Ambil Auni dekat rumah mak mertua, bibik dah siapkan makan malam

5.40ptg - Ambil Aisar dari sekolah agama

6.00ptg - Ambil Arissa dari rumah pengasuh

6.30ptg - Sampai rumah, rehat, mandi manda.

7.30mlm - Makan malam, basuh baju, sidai baju, kemas rumah sikit, gosok tudung untuk keesokkan harinya (baju lain dah gosok semua hari Sabtu), prepair barang-barang tuk dibawa esok. Buku sekolah Aisar. semua serba serbi

10.00mlm - Tidur !!! 

12.00pg - Bangun menyusukan Arissa, kalau dia meragam kekadang sampai jam 1 lebey..

Itulah rutin harian mamamyja. Nak share jugak, kerana sekarang tengah stress. Mamamyja nak luahkan. Suami membantu tetapi apakan daya, anak-anak semuanya ibu ajer. Kekadang rasa penat sampai menangis. 

Kepenatan inilah mempengaruhi susu Arissa, mamamyja cuba untuk relaks tenangkan fikiran, kosongkan minda tapi entah kenapa, kenapa mesti memikirkan itu ini.. I need more rest... Help me friend, I need your moral support ... Need it.

Dan sebab itulah mamamyja susah nak membesarkan badan nih dengan chubby nyer, walaupun mamamyja makan banyak (macam membela hantu) still xgemuk2. Setiap masa dan ketika mulut nih mengunyah untuk penghasilan susu yang mahu mengalah susu lembu bila diperah. Tapi apakan daya rezekinya banyak itu aja. Mamamyja bersyukur kerana masih dapat teruskan menyusu Arissa secara ekslusif lagi. Belum campur dengan mana-mana susu formula. 

Thanks la korang yer baca luahan hati mamamyja nih. Kekadang kita perlukan kawan untuk luahkan apa yang terpendam bagi reda sikit keserabutan otak nih. Moga malam nih Maharaja Lawak Mega boleh hiburkan mamamyja sedikit.


~ The End ~

Siapa nak teman mamamyja karok?? jom g jom ... hahahah tapi suara mamamyja sumbang. camner eh.. ngeee ;)

11 comments:

  1. sumbang pun bolehlaaa mamamyja :D

    ReplyDelete
  2. Myja try slow talk dgn ank2 yg dah besar utk minta bantuan dari ayah. Sbb mama kene tumpukan pd baby Arissa. Lama2 insyaAllah diaorg faham.

    Padtu kerja rumah kene bgtau hubby part msna dia kene buat w/ pun hari2 kene remind dia buat spy myja x letih sgt.

    Kalo rasa dah mcm nk meletup baik ambik cuti. Pastu buat kanggaroo care dgn baby.
    Bogelkan baby bg tinggal pampers. Myja pki baju yg ada butang depan. Letak je baby sepanhang hari dkt dada.

    Boleh cuba dulu. Stay strong myja^^

    ReplyDelete
  3. All the best myja, insyaAllah pasti boleh. Myja relax ya..hujung minggu ni spend quality time dgn family btl2, rest sebanyak2nya...

    ReplyDelete
  4. rajin giler dia taip setiap jam pagi sampai petang... aktiviti by aktiviti... ingat pulak tu semua... pehhhh.... respekkk... dua jempol

    ReplyDelete
  5. Have a rest kak. Kena curi2 masa jgak utk rest. Btw, hari tu dah follow blog kak myja. Kenapa kna follow balik. Patut la takde keluar update kat dashboard

    ReplyDelete
  6. Slow-slow ye, eyja. Lama2 nanti bila dah terbiasa dgn rutin tu, insya Allah tak penat sangat. Pengasuh Aisar & Arissa lain-lain ye. Semua area Kuang & Kundang?

    ReplyDelete
  7. rutin kt sama la mama myja...
    bgun seawal pagi.. tiduk selewat-lewat malam...
    mujur lya anak sorang aje.. tp serius, letih sgt...
    nak pitam... tp takpelah..maybe lama2 ok bila dh terbiasa...

    ReplyDelete
  8. Jgn stresss.. Relax dan buat mana yg termampu... Zikir terapi diri... Insha Allah.. Ada kekuatan..

    ReplyDelete
  9. Slow-slow mamamyja, jangan stress.. bila dah biasa nanti akan jadi mudah.

    ReplyDelete
  10. Sokong sangat kak. Ikutkan kerja hakiki ni sampai mati pun tak habis...uwaaa!!! hihi

    ReplyDelete
  11. huhuhuu mamamyja nak nangis jugak laaa cmtu...
    stress jugak kadang penghasilan susu makin kurang..
    xde mase nak rehat..
    malam lak memang 3x firash bangon nak nyusu
    ayu baru anak 1 mamyja dah 3 tauu
    jom g karok jomm

    ReplyDelete