Thursday, 31 December 2015

7 years old ker???

Assalamualaikum,


Cuti sekolah sudah hampir melabuhkan tirainya.
Semua mesti busy menyiapkan segala persiapan. 
Mamamyja seperti biasa tidak suka persiapan last minit. 

Semuanya sudah prepair awal2 bagi mengelakkan perkara yang sukar dan rumit berlaku.
Kejap juga masa berlalu kan. Esok dah tahun baru
Apa wish tahun depan yer? 

7 years old? yer ker? macam baru jer kenal mamamyja eh.
Sebenarnya dah lama, dari blogspot lagi. 
Cuma blog mamamyja nih suam-suam kuku sahaja. Xrajin nak update. 
Maklumlah kekangan masa yang membuatkan mamamyja payah sangat nak update.


31 Disember 2008 - 31 Disember 2015

My Wish semoga mamamyja dapat teruskan berblog nih. Harap-harap dapat meluangkan masa walaupun xbanyak sikit pon jadi lah
Kepada yang telah follow mamamyja thanks a lot.
Bagi yang rajin menjenguk dan komen, terima kasih banyak-banyak
Harap2 tahun depan lagi ramai follower. I sendiri pon malas nak blogwalking. Caner tu eh. Hehe

Oklah, have to go
Happy New Year !!!!!
Read more ...

Tuesday, 29 December 2015

Planner & Diari 2016

Assalamualaikum,

Happy lunch sumer. Tengah makan apa tu?
Mamamyja diet. Percaya atau x nih? Hihik
Tul ar, xlalu nak makan and x tahu nak mamam apa. Jemu kot. Haha

Hem... ngah bosan-bosan dok opis nih. Update Blog lah
Maklumlah suam-suam kuku dah blog nih
Kerja tempat mamamyja nih macam xleh nak lari kemana. Kerja xpernah nak putus dan surut

 Eh,eh dah sampai lah. Siapa letak nih?
Berani betul maen letak ajer. Kang ada orang laen rembat.
Benda nih sensetif tau, hahahha.. yer ker??





Masih panas lagi kat tray. Belum diisi lagi. Bakal penuh dengan agenda-agenda yang penting
Tapi nih Office nyer. So more kepada meeting, kursus and leave.

Nanti mamamyja share personal punya planner. Hantik sangat tau. Poyo giler minah nih. Hahaha.

Klah bubuy. Sambung esok plak. 
Sikit-sikit Xperlu banyak-banyak kang xterbaca pula. Hihik

Read more ...

Monday, 21 December 2015

SEGMEN | PENCARIAN BLOGLIST JAN - JUN 2016

Assalamualaikum,


Tengah intai2 blog kita yang hampir-hampir nak bersawang, jumpa plak segmen.
Seperti biasa lah kalau sesimple arahan akan senangkan diri untuk join. Hihik

How's life?? busy ker? mamamyja macam biasa. Haha


Oklah nak sambung wat keje laen.. Bubuy.
Actually mamamyja dan follow yer. Hahaha

~ The End ~ 
Read more ...

Wednesday, 16 December 2015

WORDLESS WEDNESDAY - Masalah Betul, lah

Assalamualaikum,


Siapa yang ada masalah sama ngan mamamyja angkat tangan sekarang.. haha

Nih la yang mamamyja hadapi.
Jam 9 malam dok melangut depan almari. Hampir setengah jam.
Berfikir baju apa nak pakai untuk esok.
Hahahaha !!!!!

Read more ...

Friday, 4 December 2015

Lama Tak Bersiaran

Assalamualaikum

Masih rindu ker kat kita x??
Mamamyja sibuk sangat sampai xd masa nak update blog.
Mood tengah tak der nih. Stress dengan macam-macam hal balik Langkawi nih
Dengan kena tipu lagi.. nanti la i story tapi, takut menangis jer nanti

So, mamamyja update gambar jer lah yer masa g langkawi. 
Cerita dan gambar yang lain, coming soon eh
Sibuk dengan dateline-dateling, dengan dinner yang bakal tiba nih

Checklist Jap
Baju, tudung, kasut, clutch, make up, accesories semua done. 
Stay tune yer.. Ahaks..

Apa lah rupa nya nanti.. Hihik

Jom layan gambar hari ketiga mamamyja dan Meow's Team ke Pulau Langkawi


Bird Paradise Wildlife Park
Xcukup corum, nurul auni dah masuk kedalam dah. Xsabar2 sangat. Grrrrr..

Oklah, nanti bila mamamyja free i story yer. 
Jangan lah xjenguk blog nih dah.
Kalau ada entry baru komen lah yer. Nanti mamamyja balas kunjungan tau. Ahaks

~The End~
Read more ...

Tuesday, 10 November 2015

AJ - Paris Gold Label

Assalamualaikum,

Tengah buat per tu?? Mamamyja tengah free nih. 
Sambil2 dorang tengok Minions yang entah ke berapa kali dah ulang-ulang. 
Naek bosan dah mamamyja. Sementara menjadi minat si tecik tu. 
I pon meluangkan masa tuk menaip. Padahal nak gosok baju keje untuk esok.

Aduhai, xd mood langsung nak keje nih. Lagi 3 hari
Mood I dah ke laut nih. Nak terus cuti je rasanya.
Tapi apakan daya cuti I masih tinggal lagi 7 hari xsilap. 
Sampai hujung tahun nih.. hihik

Act mamamyja nak citer pasal 1 tudung AJ yang tengah HOT giler sekarang nih.
Tudung Paris GOLD Label permberian percuma dari Datin Juma sempena birthday dia pada 5.11.2015
Semua pergi ke Outlet AJ untuk dapatkan tudung free.. Tapi I yang bekerja nih boleh ker nak pergi?
Memang x la kan. Apatah lagi nak beratur sepanjang2 keretapi tu. Seawal-awal lalat bangun.
(kul berapa lalat tido?) hahaha

Keesokkan harinya terus berleluasa di fb menanyang tudung2 yang dapat free tu.
Bagi yang tak dapat macam i nih? mampu tengok je ler..
Haha, dalam hati. aduhai cantiknya. Nak jugak!!!!
Dan kepada yang dapat tu, mereka terus menjual. dengan harga yang xhagak-hagak dek akal fikiran
paling mahal yang mamamyja tengok RM 150.00 sehelai. Ko giler??? 
Dapat free dan ko jual dengan rege cam tu?? alasannya, penat beratur untuk mendapatkanya.
So, nak komen apa kan? Semoga dia bertemu dengan buyer yang xkedekut macam i nih. Hahaha

Akhirnya pada petang sabtu yang lepas mamamyja pon menulis hasratnya di FB dengan harapan ada yang ingin menjual dengan harga yang kena dek akal fikiran. Haha

Saja jer mamamja letak RM100 supaya ada seller yang murah-murah nih keluar.
Akhirnya yang paling murah ada RM55 tapi ia kurang menyakinkan mamamyja sebab mamamyja kena lebih berhati2 sekarang nih. Ramai penipu. 
Bahayakan.. sebab tu kalau boleh COD terus. Senang..

Abaikan tangan Arissa. Sibuk jugak nak amik tudung tu.
Pada mamamyja ia cantik. Xtahu la bagi korang. Haha
Setiap orang berbeza pandangan dan penglihatannya. BETUL x??

Mamamyja rahsiakan berapa harganya. Yang pasti bukan RM100.
Siapa pandai teka??? mamamyja akan bagi sehelai tudung AIDIJUMA 

Pengomen yang pertama dapat meneka dengan TEPAT akan menerima sehelai TUDUNG AJ (tapi bukan yang di atas) daripada mamamyja. Siapa cepat dia dapat!!!

Syarat2nya..

Follow blog MAMAMYJA.COM
Jawapannya sila taip di ruangan KOMEN di bawah ye berserta dengan FB LINK KORANG
Supaya senang mamamyja nak hubungi pemenang.
Tarikh tutup penyertaan pada 13 November 2015
Hadiah akan dipos selepas daripada mamamyja balik bercuti. Harap Maklum

Good Luck and All The Best

~ The End ~
Read more ...

Sunday, 8 November 2015

Best Dress 2015 - Alhamdulillah

Assalamualaikum,

Happy Sunday!! tengah buat apa tu? mamamyja ngah tunggu en suami balik dari fitness. 
Lambat pula baliknya. Update la blog kejap. Hehe

Citer balik pasal throwback yang lepas, boleh klik sini...
Nih la mamamyja nak story. Ape benda tu eh?? Hihik

Winner of Best Dress on Birthday Party Kelab PUUN Selangor.

Wah!!! suprise kan. Hahahaa.. saja gatal2 suka-suka then xsangka pula boleh menang.
Actually baju raya yang xterpakai2 pon. Haha

Jom layan gambar lah yer. Tapi xberapa nak best sebab x bawak kamera.

 Pheeweett x? Hihik

 Best dress Lelaki, tapi pakai selipar. Hahaha

 Kenapa muka mamamyja cam tu? cam malu2 jerk. Hahaha

 Possing sikit. Poyo giler kan mamamyja.
Act i memang cam nih. If der yang buat tema2 nih. 
Pantang kalau x join. Sure join punya. hahaha


See.. memang over. Haha

Leh jenguk sini untuk kemenangan kali pertama Tahun 2013. Hihik
Hadiahnya pon dah selamat dikerjakan oleh Geng Meow's
Malas nak bawa balik rumah sebab nanti mengadap jer. Nasi pon xlalu makan.

Baju from Buttonmybutton
Kasut from Summit
Tudung from Zahraonlineshop

Bolehlah terjah yer.. Oklah yer, mamamyja nak melipat kain. Dah menggunung tu.

~ The End ~
Read more ...

Friday, 6 November 2015

THROWBACK - Alhamdulillah

Assalamualaikum,

Salam Jumaat semua. Tengah buat apa tue?? 
Mamamyja seperti biasa happy jer bila dah hari jumaat.
Masih menghitung-hitung hari. Haha
Lagi 7 hari nak g holiday!!!! 
Ahhhh, syoknyer.

 Congratulation!!!!
Alhamdulillah. Hahahaha
Nak tahu sebab apa?? nanti mamamyja citer eh

Abaikan tempat yang bersepan-sepah tu. Hahahaha
Seserabutnya kepada mamamyja tu. Tengok pon pening. Hahaha

Oklah bubuy. Mamamyja nak keluar g karok. Siapa nak itot??

Nak karok sangat, karok la kau!!! haha

~ The End ~
Read more ...

Wednesday, 4 November 2015

FULLCAT TUDUNG AIDIJUMA

Assalamualaikum,


Entah kenapa tetiba mamamyja terlalu huntingkan design Fullcat dari Aidijuma nih.
Sampaikan suatu hari itu mamamyja sanggup membida untuk mendapatkannya. 
Haish teruk betul kan?

Tapi itu lah yang terjadi kepada sesiapa yang terlalu fanatik dengan Tudung Aidijuma nih
Sehinggakan sanggup buat apa sahaja untuk memilikinya. 
Cuma kena pastikanlah bahawa yang tudung itu masih elok lagi kondisinya.

 tengok rezeki siapa yang dapat memilikinya
Mamamyja memang dah lama hunting kan design nih.
Cantik sangat ker? bagi korang
Mungkin sebab mamamyja nih sukakan kucing, tapi entahlah

Harga sebenar White Label adalah RM10
Tapi bila penjual2 ini mencandat mereka akan mengenakan upah sebanyak RM5.OO untuk sehelai
dan pada hari keesokkan harinya harga sehelai tudung White Label akan menjadi RM20.00 tidak termasuk kos postage.
Ha tengok berapa harga yang mamamyja dapat beli untuk FullCat nih.

Harga permulaan RM 30.00 kenaikan adalah RM 1.00 sehingga jam 11.30 malam. 
Waktu mula mamamyja dah lupa la pulak. Hehe
Punyalah ramai yang nak bid dan akhirnya ia menjadi rezeki mamamyja.
Harga terakhir adalah RM 75.00
Hamik ko.. dah minat sangat sanggup mamamyja beli.

memang membazir kan. dulu masa orang jual murah x nak amik
Pandang sebelah mata, last2 bila dah xd mencari bagai nak giler. Hahaha
BTW untuk harga terkini sekarang mamamyja nampak ia sudah mencecah RM 85.00 sehelai.

Tadaa... homei x kak ton. Cit. hihihik

Akhirnya mamamyja dapat memilikinya. 
Buat yang diluar sana, xyah lah nak ketagih sangat dengan Tudung Aidijuma nih.
Sebab memang susah nak berhenti nanti. Hahha
Mamamyja pon sudah berfikir2 nak retire. Insyaallah. Try my best..

~ The End ~
Read more ...

Sunday, 1 November 2015

Hello November

Assalamualaikum,

Tengah buat apa tu? Kejap jer kan dah bulan November. 
Pejam celik, pejam celik udah nak hujung tahun. Hahaha
Umurku pon semakin meningkat tuanya.

Next year planning masih belum ada lagi. 
Preggy for 4th baby? Maybe hold dulu. 
Boleh kan? Hahaha


Apa nak buat hari ni yer. En suami pon keje. 
Nak keluar jenjalan boleh jer. Tapi nak kena mengusung ketiga-tiga 'handbag' nih
Pening mak nak oii...
Nak tengok wayang pon x tahu citer apa yang best. Hahaha, download sudah.

Ok lah seperti biasa rutin harian
Menggosok baju sekolah - baju kerja, basuh tudung-tudung nealofar dengan tangan.
Busy jugak tu kan. Hehehe

~ The End ~
Read more ...

Saturday, 31 October 2015

Masih ada yang rindu..

Assalamualaikum,

Lama juga mamamyja tidak bersiaran. Ada yang rindu x?? 
Hahaha xd kot. Cuma yang ada member office je ler. 
Entah napa tetiba dia rindu kat kita. Hahaha

Kelakar dan terharu juga. Mungkin sebab dah 3 hari x jumpa kot, 
Tu yang tetiba windu tu datang..

see.. is that my name?? Banyak betul nama gelaran buat mamamyja nih
Ikut sedap depa la nak panggil apa. Hahaha
Mana dan jer nak panggil tu. Kelako tul lah kawan-kawan mereng aku nih

apapun i'm happy with you alls..

Haish.. mengantuk la plak bila menaip nih.
Apa nak taip pon dah lupa. Hahaha

4 my beloved friend yang sampai rindu-rindu kita tu, thanks ya
Kita pon rindukan kalian juga. 
Kursus sorang-sorang. sibuk dengan kawan-kawan di negeri yang lain pula.. 

Oklah, petang-petang sabtu nih mamamyja duduk rumah jer.
Tidak kemana-mana sebab xd mood nak keluar kot.
Ker sebab xd duit. Hahahaa kelakar nya. 
Bubuy...

~ The End ~
Read more ...

Sunday, 25 October 2015

LANGKAWI AGAIN???

Assalamualaikum,

Ye ker nih? Sekali lagi. 
Hahaha, mamamyja ingatkan 2014 is the last mamamyja g holiday...
 sebab Aisar dah Darjah 1, rupa-rupanya x. Huh

Masuk nih sudah 2012 hingga ke 2015
berturut-turut mamamyja pergi ke sana.
Apa yang best yer??

Nak kata makananya, biasa jer. Pantai, bersepah2 pantai kat Malaysia nih selain dari Langkawi.
Entahlah yer. Mungkin dah tertarik sangat kot. Haahaa

Adakah mamamyja berpeluang nak pergi? ataupun burn saja tiket tu?? 
Tengok lah keadaan cuaca sekarang
Last week jer 43 penerbangan ke Langkawi pon dibatalkan

Aduhai, seriau pulak mak rasa... Mudah2an Allah permudahkanlah urusan mamamyja dan kengkawan yang lain

kawan-kawan?? hahaha, kali nih kami pergi ber6.
Ramai x? seramai 23 orang termasuk kanak-kanak.. best kan?
So, i jadi pemandu pelancong. Hihik

Oklah yer, nanti kan cerita MEOW'S HOLIDAY TO LANGKAWI

~ The End ~
Read more ...

Thursday, 22 October 2015

Arissa dan tudung Aidijuma

Assalamualaikum
Tengah sibuk ibu mengemas tudung aidijuma nih
Arissa sibuk juga nak try semua tudung-tudung ibu
Maklumlah anak dara kan. 

Mamamyja kemas sebab dah sarat sangat mata memandang. 
Rasa ada yang nak di letgo sebab xsempat nak pakai. Ketagih je beli. Tu lah jadinya, HAHAHAHAHA

Arissa cuba banyak kali untuk memakai sendiri sebab melihat kakaknya buat begitu
Tapi, bila xboleh2 terus dia bising membebel2 bahasa dia lah. 
hahahahaha

Nak tengok x Arissa posing with scarf AJ

 "Chomel x saya" ... muka redha jer posing.
 Tapi bila mamamyja pakaikan dia dah meronta2 marah mengamuk
kena letak puting baru dia diam. hehehe

TAPI !!!!!! JADI BEGINI BILA

ibu cabut puting dia. Hahahaha
Mana chomel posing pakai puting kan..
Habis ngamuk. lagi ibu geram tengok

Mamamyja nak get ready untuk balik keje. Siapkan apa yang patut.
Balik cepat nak jumpa peluk cium dak tomei nih.
Rajin Arissa sambut ibu balik keje. Shuka x?? Of cause la i shuke. Huhu

~ The End ~
Read more ...

Wednesday, 21 October 2015

WORDLESS WEDNESDAY - JEREBU!!!!

Assalamualaikum,

Dah lama mamamyja tak bersiaran. Hehe, busy kot
Apa yang dibusy kan pon xtahu lah... ahaks

Jerebu makin kuat dan tiada kurangnya.


Pagi-pagi dah sampai opis. Jam 6.52 am. 
Masa perlu dipatuhi. Right??

Sepatutnya bukan pakai mask nih. Tapi dah ini jer yang ada dalam kereta. 
Pakai jugaklah "menghindari lebih baik dari mengubati"..
Jagalah kesihatan anda dan keluarga tersayang..

~ The End ~
Read more ...

Thursday, 15 October 2015

STUDY !!! STUDY !!!

Assalamualaikum,

mamamyja ker yang nak kena study tu? 
yer lah kot. Sebab nak menalaah sama untuk anak. Maklumlah anak dah start darjah 1. Nak xnak mamamyja kena follow and teman anak buat xcersice dia.

Balik je sekolah agama, aisar dah bagi ibu dia surat cinta. Padahal ibu dah tahu dah sure Jadual Peperiksaan Akhir Tahun. Mamamyja dah whatsapp cikgu awal2 bulan Oktober supaya leh planning program with family dan masa untuk aisar study.

Seperti biasa Tablet dan HP quarantine buat 1 bulan supaya boleh menerima hakikat. 
"ibu suruh study bukan suruh main" Mamamyja xdlah selalu beri dorang main tab nih. 
Kalau x ketagih sampai mata tu sakit-sakit. Kita tengok pon naek rimas. 
Macam xd benda lain nak buat selain dari mengadap tab tu. 

Subject yang paling mamamyja risau Bahasa Malaysia kerana dia careless dalam menulis.
Besar kecik, tinggi rendah tulisan dia. 
Kecuaian disitu dah kurang beberapa markah sedangkan jawapan dia betul. Masa mamamyja tengok kertas soalan dia memang geram sangat2.

Budak dalam kelas dia sahaja 22 orang straight A means markah 100% setiap subject. 
Dah tentu2 aggregate pon 100 kan??. Hadoiii banyak tul persaingannya. 
Ibu nih risau jer. Kalau boleh xnak turun kelas.  
Mudah2han Aisar cemerlang dalam peperiksaan. Ibu sentiasa doakan anak-anak ibu dipermudahkan segala urusan dan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan.

Cuma ada cabaran pula dengan anak mamamyja yang kedua nih. 
Suka benar kacau abangnya tengah belajar. Mamamyja pon naek geram jugak. 
Bila diajak bersama-sama belajar dia xnak. Nak maen katanya. 
Arissa pon sama mengganggu abangnya juga. Adoiii stress mak!!!

Ok lah yer.. mamamyja nak sambung jadi Cikgu yer..

~ The End ~

Read more ...

Sunday, 11 October 2015

HAPPY BIRTHDAY ARISSA 1.0

Assalamualaikum

Entry lambat sikit. Maklumlah weekend sibuk dengan keluarga terpaksa la melambatkan kerja-kerja menghupdate blog. Kahkahkah.. Nih pon baru balik dari Pahang terus menaip entry takut-takut lah basi.

Actually mamamyja tengah frust yang teramat-amat sangat. Nak tahu kenapa? Nanti i cerita yer korang. Oklah malas nak lari dari tajuk sangat.



 Selamat Hari Lahir Arissa
Dah setahun umur anak ibu nih yer
Dah pandai jalan dah pun, alhamdulillah. Nih yang cepat jalan antara adik beradik yang lain
Ibu dan ayah doakan yang terbaik buat arissa insyaallah, amin.

 wanita melayu terakhir x kiter. berkain batik. Hahahahha, cam nih ar kalau balik umah mak hihik

 memang suka betul korang posing eh. hihik

Oklah mamamyja nak siapkan baju2 untuk esok. Dah keje kan?? Mood nak bercuti sudah datang. Hehehehe

~The End~
Read more ...

Thursday, 8 October 2015

MAHSURI JUBAH 2.0 - Bella Ammara

Assalamualaikum,


Wahai semua bloggers di luar sana, attention please !!!!!

Kepada sesiapa yang berminat dengan Collection Bella Ammara, mamamyja nak bagi tau nih keluaran terbaru pada 10 Oktober 2015 (Sabtu) ini.. 

 Mahsuri Jubah diperbuat daripada material LV Sateen dan diserikan dengan 10 'Songket Patch' bagi menampakkan ciri-ciri ekslusif 

 Emerald Green /  Sugar Pink / Lavender / Coral Peach / Sea Green




Hidden zip for nursing and wudhu' friendly dear ....

NOW !!!! I'm your trusted Personal Shopper

Untuk 10.10.2015 (Sabtu)
harga RM 159.00 sahaja
Tanpa Hidden Charge, Only POSTAGE sahaja.
Whatsapp mamamyja NOW untuk menempah slot 016-2427738
Last Payment Receive on Friday Nite and item will post it to you on Monday 12.10.2015 via POSLAJU

COD AREA : SG.BULOH / KUANG / KUNDANG / CHERAS

~ The End ~




Read more ...

Sunday, 4 October 2015

LOVE GRUNGE AIDIJUMA

Assalamualaikum,

Mamamyja tengah HUNTING tudung nih!!! tapi kalau boleh nak yang NEW!! even kalau PRELOVE pon nak yang sekali pakai. Aduhai banyak songeh pulak dia nih. Hahahahahah



Siapa leh tolong mamamyja carikan LOVE GRUNGE nih... Help, kalau boleh nak NEW yer. Sekali pakai pon xper janji JUJUR... xmau tipu2 yer. dosa tau..

~ THE END ~
Read more ...

Saturday, 3 October 2015

Welcome Oktober

Assalamualaikum,

Apa khabar semua hari nih?? tengah buat apa tu eh?? Sabtu kan hari nih, nak g mana eh? dengan keadaan yang berjerebu. xkan nak keluar jenjalan yer. Rasa sesak sangat nafas nih. Better duduk rumah. Tapi kekadang terasa bosan. Hahahaha

Oktober, apa yang best eh? entahlah kan. Sambutan birthday 2 anak dara mamamyja tu. Tapi mayb sambutan yang sederhana kerana bulan November nya nak g bercuti.. Nantikan eh. Meow  Teams Vacation again.. Hahhha Yang hari tu pun nak cerita pasal team meow xciter2 kan

Nanti lah bila ada masa kita Throwback hokay..



Profile pic berwajah baru. Semuanya mamamyja tukar. Maklumlah cepat bosan sikit. All profile fb, ig, whatsapp mamamyja dah tukarkan kepada yang lain. Yuhuuu

Happy weekend all friend

~  The End ~

Read more ...

Wednesday, 30 September 2015

EDISI TERHAD HIJABISTA

Assalamualaikum,

Tengah buat apa tu? mamamyja seperti biasa lah time lunch cam gini. Mengantuk bangat. Hahahah nak lelap aja rasanya. Tapi bila mengenangkan yang blog nih hampir nak bersawang so cari idea nak story. Kekurangan idea dengan kerja yang busy pastu dengan bisness xberapa nak up sekarang nih. Oh so sedih and tired beb.

Jom lah layan ketagihan mamamyja semenjak sebulan nih. Tapi xd lah mamamyja nak show off semua. If sapa yang follow my IG maybe korang dah boleh hagak lah koleksi mamamyja kan. Hihik







hahahha, OVER x hakak.. jangan muntah eh. Orang suka selpie cam nih lah jadinya. Kuikui
Penangan AIDIJUMA nih la jadinya. cukup sikit2 nanti der plak yang pengsan.

Sedap plak layan lagu2 jiwang sambil menaip nih. Hahaha bertambah semangat rasanya. Sekarang  lagu Samudera - Salam Sejahtera, mamamyja suka layan lagu2 jiwang time balik keje dulu travel dari PUTRAJAYA ke SUNGAI BULOH naek Komuter kan jauh tu. Hahahaha.

Oklah, bubuy. esok sambung lagi eh. Hehe.. miss me ya .. muahks

~ THE END ~


Read more ...