Monday, 1 December 2014

Penolong Penguasa Imigresen Gred KP27 {Interview}

Assalamualaikum,

Sepatutnya hari sabtu mamamyja update, tapi disebabkan internet ni terlampau lah bagus. Mamamyja dapat update hari ini. Stress giler bila tiada internet dirumah !!!!!. Nak pakai BB macam x berbaloi sahaja. Bayar mahal, Quota sikit setakat berapa GIT jer. Memandangkan laki bini budak IT, terpaksa la mamamyja melanggan STREAMYX lepas nih. Sebab kami berdua kaki download. Hahahha....

Hari sabtu lepas, mamamyja kan der Panggilan Ujian Fizikal Pen. Penguasa Imigresen. Disebabkan dah lama x bangun pagi. Akhirnya mamamyja terkandas jua. Jam 6 baru sedar. Arghh.. lewat dah nih. Kena sampai 15 min sebelum jam 8. Camner nih?? Dengan nak hantar baby dan anak ke rumah mak. Selamat lah semua persiapan dah mamamyja prepair malam tadi.

Alhamdulillah allah permudahkan segalanya. 5 min sebelum jam 8 pagi mamamyja sampai. Laju juga mamamyja drive 120km/j. Pecut dari Sungai Buloh ke Putrajaya. First time lak tu drive jejauh cam nih. Ingatkan mamamyja jer yang lambat. Rupanya ada lagi. So, touch up sikit muka. Terus pergi ke Tingkat 7, SPA.

Sampai jer taklimat dah habis. Ramainyer yang dapat panggilan.. aduhai seram meh. Nak snap pic pon dah x sempat.


First register dapat borang dan isi lah butiran peribadi. Tunjuk surat tawaran dan ic sekali..
Turn mamamyja group ke 10. Lama jugak nak tunggu, sebab mereka sendiri pon cam kurang kakitangan nak check. Hehe

Akhirnya semua ujian settle jam 10.00 pagi. Mamamyja turun ke parking, amik pakaian untuk temuduga pula. Sebenarnya x sangka boleh lepas ujian fizikal tu. Alhamdulillah allah permudahkan semuanya.
Salin pakaian curi2 masa pergi mengepam susu. Lepas pam,  ya allah laparnya. Dari pagi x sempat nak breakfast. Selamat x pengsan. uuuwwaaa


Yuhuu, pose sikit. Amboi tempat. Kat toilet juga nak snap. Haha lantak. Bukannya mamamyja baring pon kat situ. Hahaha tengok tu menjinjing beg kiri, kanan dan belakang. Beg pam, xboleh ditinggalkan. Kena sentiasa bawa sekarang nih.


Jam 11.00 mamamyja pegi register pula untuk temuduga. Haduyai berdebarnya.. Hehe seram meh. Sebab bukan banyak pon study. ahaks Sementara tunggu giliran, sembang2 dengan budak sebelah. Keje government di bukit aman. Hehe dialah yang beri mamamyja roti untuk alas perut. Selamat der yang baik hati.. Hadoi eyja benda senang pon lupa ker. Yer lah dah gementar makan pon dah x ingat dah.


Close up sikit result. Tengok cukup-cukup makan jer nih. Mamamyja xd masalah yang lain. Malah diberi kelongaran untuk tidak berkawad sebab baru lepas berpantang. Alhamdulillah...

Jam 12 turn mamamyja dipanggil. Antara soalan yang ditanya..
  1. Perkenalkan diri (english)
  2. Disebabkan mamamyja kerja di bawah Jabatan Peguam Negara, Banyak soalan tentang Jabatan saya. Tanya mengenai kerja Timbalan Pendakwaraya
  3. Klasifikasi fail IP (Fail Kes) Terbuka, Sulit, Rahsia atau Rahsia Besar.
  4. Imigresen di bawah Kementerian apa dan apa Jabatan yang seangkatan dengannya
  5. Fungsi atau peranan Imigresen
  6. Kenapa kita mesti memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan
  7. Kajian Kes - Jika KP17 tidak hadir kerja selama 3 hari berturut2. Apa tindakan anda sebagai KP27
  8. Secara jujurnya, kenapa anda memilih jawatan ini.
Ok x soklan mamamyja, senang kan. Alhamdulillah allah permudahkan, jika ada rezeki mamamyja insyaallah. Jika tiada, mungkin ada hikmah disebaliknya.

~ The End ~

10 comments:

  1. insyaallah ada rezeki,
    dah dipanggil tu pun rezeki dah tue:)
    gud luck mamamyja

    ReplyDelete
  2. Insyallah...
    mudahan ada rezeki buat mamamyja.. mana tahu kan.. rezeki anak..

    Btw, baju n kaler baju y mamamyja pkai tu sgt cantek n sweet

    ReplyDelete
  3. Good luck mamamyja, insyaAllah mudah mudahan ada rezeki dpt.

    Jd ibu menyusu kene kuat smgt, ingat lg waktu keje office dulu jinjit smp 3 beg. Beg laptop, beg pam susu dgn beg bekal air.. hoho lap peluh ...

    ReplyDelete
  4. Insyaallah..doakan mamamyja dpt..amin.

    ReplyDelete
  5. Saya doakahn yg TERBAIK utk mama. Mudah-mudahan ada rezeki :)

    ReplyDelete
  6. Moga keputusannya seperti yang diingini...

    ReplyDelete
  7. teringat masa interview pegawai imigresen. tak lepas nak bersoal jawab pun sebab bmi lebih. haha. kita sama tinggi la kak, tapi berat tu yang saya terlebih sikit. malu pulak dengan kak yang dah jadi mama ni. haha.

    apa-apa pun semoga rezeki ni berpihak pada kak. mudah-mudahan. amin. ^_^

    ReplyDelete
  8. Mudah-mudahan ada rezeki mama dan arissa

    ReplyDelete
  9. salam..pn nk tanya...mcm mane dengan result..dapat x..cos result da keluarkan....

    ReplyDelete