Wednesday, 31 December 2014

Memories 2014

Assalamualaikum,


Hari ini last untuk tahun 2014. Pelbagai pahit getir telahku lalui. [poyonyer la ayat] Oh, semoga tahun depan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun ini. Insyaallah, amin..

Nak taip entry tapi rasa mengantuk ya amat. Cam ner nih.. Hahaha

Banyak kenangan ke tahun nih? em biasa-biasa sahaja. Apa pula planning next year eh? xd rasanya kot. Maklumlah Aisar dah masuk darjah 1 jadi xd la mamamyja nak p holiday lelama. Kalau p time cuti sekolah kos yang agak mahal juga. Hehe

Januari 2014
Pindah rumah, duduk rumah baru. Merasa rumah sendiri, syukur alhamdulillah

Februari 2014
Disahkan mengandung. Alhamdulillah

Mac 2014
Holiday ke Langkawi bersama parents. Ibu support semua. Alhamdulillah
Start dari tahun 2012 dan berturut-turut tahun sehingga 2014 mamamyja akan bercuti di Langkawi. 

Jun 2014

July 2014
First time beraya sendiri because anak-anak kena chicken pop. So sad because this year my family turn. Memang menangis time nih.

October 2014
Bersalin anak yang ke-3. Alhamdulillah

November 2014
Berpantang dengan jayanya. Hahahahaha

Disember 2014
Interview Penolong Penguasa Imigresen Gred KP27 dan juga tiada rezeki. Fail, sedih giler
Masuk bekerja setelah cuti bersalin selama 2 bulan

Setiap tahun adalah kenangan yang terindah buat mamamyja. Tahun nih special sedikit sebab kelahiran orang baru dalam keluarga kami. Kurniaan dari Allah S.W.T


Mamamyja harap tahun depan adalah tahun yang bermakna juga buat kami sekeluarga. Oklah mamamyja nak sambung buat keje lain. Ahaks, sebenarnya dalam hati nih ada sedikit kerisauan. Entah kenapa tetiba der perasaan cam nih. Mudah2an xd apa yang berlaku. Heehe

Kepada sesiapa yang terlalu sakit hati dengan mamamyja nih, apa nak cakap eh. Terpulanglah yer. Bukan sebab nak membalas dendam or apa2 pun, Tapi entahlah .... {ayat tergantung}

Mamamyja berdoa semoga mamamyja boleh berubah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Belajar menjadi seorang isteri yang solehah. Insyaallah. Bukan x solehah eh sebelum nih. Manusia kekadang terleka dan alpa dan xlari dari membuat kesilapan. Cuma kita belajar bagaimana untuk berubah supaya kesilapan itu tidak berlaku berulang-ulang kali. Hihik

~ The End ~

9 comments:

  1. semoga tahun depan lebih baik drpd tahun ni ye mamamyja. :) Aaminn..

    ReplyDelete
  2. Semoga hari yang akan datang akan lebih baik dari hari ini..usaha tingkatkan kejayaan mamamyja..

    ReplyDelete
  3. banyak manis yang dilalui mamamyja tahun ni :) semoga 2015 lebih manins :D

    ReplyDelete
  4. semoga thn 2015 membawa seribu kebahagiaan buat mamamyja sekeluarga insyaAllah :)

    smg ada kesempatan boleh kita jumpa sbb kita duduk berdekatan jer ;)

    ReplyDelete
  5. 2014 yang banyak kenangan. Moga 2015 lebih baik, lebih bermakna, lebih gembira buat kita semua :)

    ReplyDelete
  6. Banyak kenangan juga utk kathy. Paling getir arwah ayahanda meninggal hari yg sama kehilangan MH370 :'(

    ReplyDelete
  7. Semoga knangn 2014 akn sentiasa kekal di ingatan..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, 2014 berlalu dengan banyak kenangan manis ya mama. Semoga tahun ni lebih manisnya..hehehe

    ReplyDelete
  9. gud luck utk tahun 2015 nie.. ;)

    ReplyDelete