Thursday, 18 December 2014

Kerja oh Kerja !!!

Assalamualaikum,

Tadaa... baru nak muncul. Kekadang timbul kekadang tenggelam blog mamamyja nih. Hadui susah betul nak update blog hari-hari. Balik petang dah busy dengan anak-anak. Memang xd masa. Nih pon kebetulan Arissa tengah tidur, dapatlah mamamyja update jap. Update dalam keadaan mata mengantuk. Baru jam 9 malam dah mengantuk. Maklumlah, seharian mengadap komputer. 

Kalau diikutkan rasanya boleh kabur jugak pendangan nih. Sebab dari umur 19 tahun sampailah sekarang asyik mengadap komputer jer kejenya. Sebelum nih lagi teruk. Sampai sakit-sakit kepala. 

Fuh, kalau der la yang baik hati tolong picit2 bahu nih kan best. Anak-anak la jadi mangsa tercepat bila ibu keletihan lesu cam nih. Hehe


Nih ler di antara kerja mamamyja. Check punch card + buku cuti + HRMIS, pegawai dan kakitangan. Adalah seramai 130 orang. Fuh memang berpeluh2. Satu hari pon x habis. Thats y la mamamyja susah nak update blog minggu nih mamamyja nak siapkan kesemuanya kenyataan cuti bagi tahun 2014

Selepas Cuti diluluskan, mamamyja kena tulis di white board nih. Ha, macam cikgu cikgi x? hehe Sebenarnya untuk senang kita nak tahu pergerakan pegawai dan kakitangan pada tarikh2 berkenaan.

Kerja menjaga cuti nih senang sebenarnya kalau masing-masing memberikan kerjasama pada mamamyja. Yang susahnya bila dah amik Emergency Leave tapi lupa nak isi. Ujung tahun mula lah bila baki cuti tinggal sikit, kelam kabut check kelandar dengan diari sendiri. Hihik

HRMIS (Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia) - Sistem maklumat pengurusan sumber manusia sektor awam yang bersepadu, komprehensif dan berteraskan kompetensi bermula dari proses perancangan strategik tenaga manusia dan pengambilan pegawai sehingga pegawai bersara.

Oklah, mamamyja nak gosok baju. Kemungkinan esok drive sendiri pergi kerja. Oh tidak!! malasnya. Kalau x, sempat mamamyja sambung tidur sebab en suami yang drive. Ngeh.. ngeh 

~ The End ~

9 comments:

  1. Semoga semua urusan kerja eyja dapat dilangsaikan. Moga semua lancar & dipermudahkan.
    Weekend boleh rest & enjoy ngan family :)

    ReplyDelete
  2. Ooo baru tau mamamyja kerja apa. Selamat bekerja :)

    ReplyDelete
  3. punch kad khaty ok tak mama..ngee..gurau ja..selamat bekerja..

    ReplyDelete
  4. Zura pon jaga jugak part punch card nih MamaMyja. tapi staff kat opis zura bape kerat jer. skali jeling jer dah siap key in semua. cuba nak start jeling tuh yang malas. hahaha

    ReplyDelete
  5. Asslmkm kak.. Rindunya sy pd suasana kerja dulu.. Rinduuuu dgn kje bila kje bnyk..

    ReplyDelete
  6. Huhu.ramainya jagaan bawah mamamyja.. msti pening kepala jugak..

    ReplyDelete
  7. lupa ke..buat-buat lupa?hehe..biasalah staf HR memang banyak kerja hujung tahun ni.selamat menjalankan tugas!

    ReplyDelete
  8. Selamat bekerja...memang strunggle tengok dan baca status kakak... saya tertarik dengan HRMIS tu sbb perkataan tu kami kne hafal sebab ada kaitan dengan pengurusan yang melibatkan ICT...klu tak memang saya tak tau apa maksud HRMIS tu... ANywhre good luck ...Saya masih baru dlm dunia blooger..Mohon petunjuk untuk ajar sikit2 kt saya..thank you.. kalau sudi atau free bleh la singgah.. http://arenep93.blogspot.com/

    ReplyDelete