Wednesday, 31 December 2014

Wordless Wednesday # 2

Assalamualaikum,

Last 2014 wefie with Nurul Arissa

Pagi-pagi dah bangun awal teman ibu bersiap nak pergi keje. Luv u sayang !!!!.. suka tangkap gambar yer. 

Jom Like kat sini

~ The End ~ 
Read more ...

Memories 2014

Assalamualaikum,


Hari ini last untuk tahun 2014. Pelbagai pahit getir telahku lalui. [poyonyer la ayat] Oh, semoga tahun depan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun ini. Insyaallah, amin..

Nak taip entry tapi rasa mengantuk ya amat. Cam ner nih.. Hahaha

Banyak kenangan ke tahun nih? em biasa-biasa sahaja. Apa pula planning next year eh? xd rasanya kot. Maklumlah Aisar dah masuk darjah 1 jadi xd la mamamyja nak p holiday lelama. Kalau p time cuti sekolah kos yang agak mahal juga. Hehe

Januari 2014
Pindah rumah, duduk rumah baru. Merasa rumah sendiri, syukur alhamdulillah

Februari 2014
Disahkan mengandung. Alhamdulillah

Mac 2014
Holiday ke Langkawi bersama parents. Ibu support semua. Alhamdulillah
Start dari tahun 2012 dan berturut-turut tahun sehingga 2014 mamamyja akan bercuti di Langkawi. 

Jun 2014

July 2014
First time beraya sendiri because anak-anak kena chicken pop. So sad because this year my family turn. Memang menangis time nih.

October 2014
Bersalin anak yang ke-3. Alhamdulillah

November 2014
Berpantang dengan jayanya. Hahahahaha

Disember 2014
Interview Penolong Penguasa Imigresen Gred KP27 dan juga tiada rezeki. Fail, sedih giler
Masuk bekerja setelah cuti bersalin selama 2 bulan

Setiap tahun adalah kenangan yang terindah buat mamamyja. Tahun nih special sedikit sebab kelahiran orang baru dalam keluarga kami. Kurniaan dari Allah S.W.T


Mamamyja harap tahun depan adalah tahun yang bermakna juga buat kami sekeluarga. Oklah mamamyja nak sambung buat keje lain. Ahaks, sebenarnya dalam hati nih ada sedikit kerisauan. Entah kenapa tetiba der perasaan cam nih. Mudah2an xd apa yang berlaku. Heehe

Kepada sesiapa yang terlalu sakit hati dengan mamamyja nih, apa nak cakap eh. Terpulanglah yer. Bukan sebab nak membalas dendam or apa2 pun, Tapi entahlah .... {ayat tergantung}

Mamamyja berdoa semoga mamamyja boleh berubah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Belajar menjadi seorang isteri yang solehah. Insyaallah. Bukan x solehah eh sebelum nih. Manusia kekadang terleka dan alpa dan xlari dari membuat kesilapan. Cuma kita belajar bagaimana untuk berubah supaya kesilapan itu tidak berlaku berulang-ulang kali. Hihik

~ The End ~
Read more ...

Thursday, 25 December 2014

Program Bantuan Masuk Sekolah - TAWAS

Assalamualaikum,

Sekali lagi mamamyja memanjat kesyukuran di atas rezeki yang datang mencurah. Walaupun tidaklah sebanyak mana, tapi bersyukur sangat2. Siapa nak beri kan?? kalau bukan Allah Taala.

Kali nih dua kali mamamyja terima baucher dari TAWAS. Boleh jenguk di sini yer. Next entry mamamyja akan cerita macam mana pula nak register anak ke dalam program TAWAS nih. Sebab untuk Arissa mamamyja x register lagi. Huhu

Actually barang kelengkapan sekolah Aisar dah pun mamamyja beli tetiba dapat pula massage dari Tawas untuk menghadirkan diri

 RM 50.00 tu, alhamdulillah.

 Mamamyja pergi lewat sebab en suami ada hal lain, lagi 1 jam kul 3 petang baru sampai. selamat sempat dan kaunter masih belum tutup. Register kehadiran, diberi tag dan kalander.

 Nih ler Aisar. Aduhai tengok tu rambut panjang, kolar baju xdibetulkan. Maklumlah mamamyja dah xboleh nak siapkan setiap sorang. Aisar belajar berdikari yer. Ibu minx maaf tau. Hehe

 Posing di banner tu penting. Kuikui. [abaikan orang belakang tu yer]


 Mamamyja grab bag sekolah untuk sekolah agama. Baju putih sehelai dan stokin sekolah.

 Muka happy dapat barang-barang sekolah.

Happy berpublic holiday yer. Program mamamyja hari nih adalah duduk melepak jer kat rumah. Nak kuar jenjalan rasa malas pula rasanya. Ahaks. Lagipun hari nih ada 2 kenduri kawin, siang dan malam. Hehe, xpayah masak hari nih.

Esok kerja seperti biasa, aduhai malasyer...

~ The End~
Read more ...

Wednesday, 24 December 2014

Wordless Wednesday # 1

Assalamualaikum,


Tengok ler orang kurus makan 

Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam

Tadaa... banyak x? ker sikit jer nih sebab separuh jer nasi nyer. Ada yang makan banyak cam mamamyja x? Silalah angkat tangan. Jangan Malu Jangan Segan. Hahha

Have A Nice Day !!!!

Mood ~ Jam 9 nanti der meeting, ngantuks beb .... 
Read more ...

Monday, 22 December 2014

Segmen Bloglist Januari 2015 by Akif Imtiyaz

Assalamualaikum,


Sambil-sambil meneman Arissa tidur, ibu berblogging jap. Jumpa satu segmen. Apa lagi cepat-cepat lah join sebelum tamat tempoh [p.o.y.o] giler seh..

Actually mamamyja tengah SEDIH !!! sedih dengan sikap orang disekeliling. Kecewa pon ada jugak. Ku sedar diri ini, aku hanyalah insan biasa. tapi aku ada harga diri .. [lagu tu, lagu

Bagi mamamyja terpulanglah kalau diorang nak menjaja cerita buruk tentang diri ini. Selagi mamamyja boleh sabar, selagi itu lah aku akan kuat menempuh segala dugaan dan cabaran. Mamamyja bagi peluang untuk mereka 'mengata' sebanyak yang mungkin. Kerana bukanku yang berdosa dan ia xkan merubah apa2 pun. Betul x??

Ah !!! apa mamamyja merepek nih. Melalut yang bukan hala. Buat luahan perasaan kat segmen orang [choiiii] ... Hehe



Sis, mamamyja DONE follow all rules.

Kepada sesiapa yang ingin join segmen boleh la klik banner tu yer

~ The End ~
Read more ...

Monday Blues # 2

Assalamualaikum,

Minggu ketiga mamamyja bekerja akhirnya



I'm SICK !!!

Flu and Coughing

Start dari hari Jumaat lagi, mula-mula sakit tekak. Minum air masak banyak-banyak plus makan aiskrim vanilla. Baru rasa lega sikit. Tapi aiskrim x leh makan banyak sebab baru lepas pantang dengan menyusukan arissa. Nak makan ubat pon takut effect kat arissa. Kang asyik tidur jer.

So, mood bekerja hari nih memang melemaukan betul. Malas nak bersosial sangat. Sebab x berapa nak sihat. Kalau selsema nih seluruh badan rasa sakit2 kan?. Memang meletihkan.

Mood ~ Rindu nak kiss and bergomol2 dengan Arissa. Karang kalau buat semua tu berjangkit pula. Terpaksa la ibu berkorban.. Aduhai, xtahan nyer. Cium baju jer lah.. Sob...sob.. 

~ The End ~
Read more ...

Saturday, 20 December 2014

Almari Kasut by GROUPON

Assalamualaikum,


Kali nih mamamyja nak citer tentang rak kasut yang dibeli pada bulan lepas, before mamamyja start kerja. Teringin pula nak membeli barang di GROUPON nih. Sebenarnya takut-takut juga. Sebab takut ditipu sekali lagi ketika mamamyja membeli barang di LIVINGSOCIAL. Hehe

Patutnya entry nih mamamyja taip lama dah tapi memandangkan mamamyja seorang mummy yang busy memanjang payah nak update blog selalu. Haha poyo giler. 


Actually mamamyja der bookmark kan page Groupon nih, tapi entah mana hilangnya. Haha
RM 68.00 kalau x silap mamamyja lah.

 Sampai jer parcel macam x sabar eh nak main cantum-cantum. Hehe, Aisar seperti biasa rajin betul nak menolong ibunya. Tapi mamamyja suka buat kerja sendiri. Jadi lebih cepat. Kalau anak-anak masuk campur, xjadi kejenya nanti. Ngeh.. ngeh..

Yehuu.. dah lama x main cantum-cantum nih


 Tadaa.. nih la hasilnya. 




Ngeh.. ngeh.. kreatif x? xkretif sangat kan. Ini lah padahnya kalau orang terlampau banyak koleksi tudung. Dari pelbagai jenis dan fesyen. Nak up to date nyer pasal. Hehe

Tudung ala-ala fareeda jer yang tiada tempat nak simpan. Sebab tu la mamamyja tinggalkan 2 space di atas supaya mamamyja boleh menggantung kesemua tudung yang berawning. Ngeee...

Nih pon dah tinggal sikit, sebab mamamyja dah bagi dekat bibik. Kalau tak, mau serabut kepala otak mamamyja nak simpan mana kesemua tudung-tudung tuh..

Oklah, mamamyja nak ready depan TV nih. Nak menonton Maharajalawak Mega. Rancangan feveret tu. Mamamyja sokong Bocey and Zero. Harap2 malam nih performance dorang bagus. Haha

~ The End ~
Read more ...

Thursday, 18 December 2014

Kerja oh Kerja !!!

Assalamualaikum,

Tadaa... baru nak muncul. Kekadang timbul kekadang tenggelam blog mamamyja nih. Hadui susah betul nak update blog hari-hari. Balik petang dah busy dengan anak-anak. Memang xd masa. Nih pon kebetulan Arissa tengah tidur, dapatlah mamamyja update jap. Update dalam keadaan mata mengantuk. Baru jam 9 malam dah mengantuk. Maklumlah, seharian mengadap komputer. 

Kalau diikutkan rasanya boleh kabur jugak pendangan nih. Sebab dari umur 19 tahun sampailah sekarang asyik mengadap komputer jer kejenya. Sebelum nih lagi teruk. Sampai sakit-sakit kepala. 

Fuh, kalau der la yang baik hati tolong picit2 bahu nih kan best. Anak-anak la jadi mangsa tercepat bila ibu keletihan lesu cam nih. Hehe


Nih ler di antara kerja mamamyja. Check punch card + buku cuti + HRMIS, pegawai dan kakitangan. Adalah seramai 130 orang. Fuh memang berpeluh2. Satu hari pon x habis. Thats y la mamamyja susah nak update blog minggu nih mamamyja nak siapkan kesemuanya kenyataan cuti bagi tahun 2014

Selepas Cuti diluluskan, mamamyja kena tulis di white board nih. Ha, macam cikgu cikgi x? hehe Sebenarnya untuk senang kita nak tahu pergerakan pegawai dan kakitangan pada tarikh2 berkenaan.

Kerja menjaga cuti nih senang sebenarnya kalau masing-masing memberikan kerjasama pada mamamyja. Yang susahnya bila dah amik Emergency Leave tapi lupa nak isi. Ujung tahun mula lah bila baki cuti tinggal sikit, kelam kabut check kelandar dengan diari sendiri. Hihik

HRMIS (Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia) - Sistem maklumat pengurusan sumber manusia sektor awam yang bersepadu, komprehensif dan berteraskan kompetensi bermula dari proses perancangan strategik tenaga manusia dan pengambilan pegawai sehingga pegawai bersara.

Oklah, mamamyja nak gosok baju. Kemungkinan esok drive sendiri pergi kerja. Oh tidak!! malasnya. Kalau x, sempat mamamyja sambung tidur sebab en suami yang drive. Ngeh.. ngeh 

~ The End ~
Read more ...

Wednesday, 17 December 2014

Perhimpunan Bulanan SUK

Assalamualaikum,


Minggu yang busy, mamamyja seperti biasalah nak mengejar dateline ajer. Huh, kelam kelibut dibuatnya. Semuanya nak cepat. Maklumlah nak hujung tahun. Itu lah salah satu sebab kenapa mamamyja amik cuti bersalin 2 bulan jer. Banyak kerja nak disiapkan. 

Lagipun pe'el mamamyja nih xsuka nak susahkan orang. Tambahan pula mamamyja cerewet orangnya. Suka buat kerja dengan kemas dan teratur. Itu salah satu prinsip mamamyja. So kalau ada yang buat keje sekadar 'melepaskan batuk ditangga'. Lebih baik mamamyja jer yang buat semua. Betul x?

Kat Pejabat SUK nih, ini lah first time mamamyja turun perhimpunan bulanan. Xmacam pejabat lama mamamyja di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Putrajaya dulu, kat sana ditegaskan bahawa setiap kali perhimpunan bulanan adalah wajib turun kebawah. 

Kalau dekat SUK nih mamamyja x boleh hilang dari tempat bekerja. Haha, macamlah "important" sangat kita nih kan. Kerja di Bahagian Pentadbiran jer pon. Bukannya Setiausaha Pejabat yang tidak boleh kemana-mana. Tapi nak buat macam nana kalau dah "ARAHAN " jadi kena lah akur, 'SAYA YANG MENURUT PERINTAH', yer kan. Hehe

Sekitar majlis perhimpunan bulanan bersama PKNS

Wah sure kepanasan nanti. Nampak x mamamyja yang mana? hahah poyo giler

ngee.. gambar x berapa nak clear sangat. sebab dek terpancar sinaran pagi.

ha, kenal x sapa tu?? Menteri Besar Selangor yang baru.

Tengok mamamyja dapat per. Goodies bag from PKNS. Yahoo !!!

 
Wah dapat calander next yer. Alamak der 2 la pulak kalander 2015 nanti. Yang satu lagi ditempah khas oleh mamamyja. Nanti I update entry eh.

 Oklah, mamamyja nak buat kerja. Nanti time lunch mamamyja nak blogwalking.

~ The End ~
Read more ...

Monday, 15 December 2014

Monday Blues # 1

Assalamualaikum,

Selamat pagi sumer !!!! Today, Isnin yang mendamaikan buat mamamyja. Semangat sikit hari ini. Entah kenapa. Hehe ..... Semalam x online pon. Rasa rindu pada blog. Lepas mamamyja post entry nih nak singgah blog bloggers lain ya. 

Rutin tiap-tiap pagi bangun seawal 4.45. Menyusukan Arissa, mandi makan pagi sikit untuk topup balik lepas penyusuan, solat subuh dan terus gerak ke rumah pengasuh.

Sampai jer opis jam 7.05 minit..


seperti biasa rutin harian mamamyja, ambil kunci opis. Maklumlah I jer yang datang awal setakat nih. Hehe.


Dapat pula rezeki pagi nih. Nasi Lemak free from BSN. Depa buka booth kat bawah tu.. 
Untung kan datang kerja awal2 nih. hehehe

Oklah nak settlekan apa yang patut sebab jap lagi jam 8 ada perhimpunan.

~ The End ~
Read more ...

Saturday, 13 December 2014

Majlis Konvokesyen PASTI Ke-5

Assalamualaikum,

Gambar yang boleh dikatakan hampir-hampir nak basi. Tapi xper kita update juga. Mamamyja tengah free sekarang nih, Bangun solat subuh, basuh baju. Terus jengah blog nak update. Kebetulan pula Arissa tengah tidur. 

Hari nih mamamyja nak pergi kenduri. Kawan kolej kami berkahwin. Petang pula nak buat apa yer? Belum terfikir lagi. Hehe

Majlis Konvokesyen PASTI Cawangan Selayang Kali Ke-5

Sedih sikit sebab mamamyja xboleh nak pergi coz tengah berpantang masa tu. So, en suami la yang pergi sorang. Moral support kepada anak walaupun x dapat apa2 hadiah masa tu. 


 Amboi pandang sapa tu tangkap gambar? hehe



Alalaala, senyuman mu Aisar. Geram ibu







Tahniah !!! Ibu doakan aisar semoga berjaya di dunia dan akhirat. Xpernah putus ibu mendoakan kejayaan anak-anak ibu. Study rajin2 yer nak.

~ The End ~

Read more ...

Friday, 12 December 2014

Nurul Arissa berusia 2 Bulan

Assalamualaikum,

Kejap jer dah Jumaat kan? Happy betul mamamyja semalam. Shopping x hingat. Tapi barang anak-anak bukan barang sendiri pon. Selasa lepas check up Arissa, nak update hari Rabu x sempat sebab kerja banyak. Hari nih pon sama, tapi xper mamamyja taip entry nih lelaju yer. 




Berat Arissa - 5.4 kg

Alhamdulillah naik juga ibu risau sebab tiap kali lepas minum susu Arissa mesti muntah walaupun dah di burp kan. Kekadang banyak juga. Bila mamamyja search kat internet mencari jawapan kepada masalah ini, barulah boleh tenang sikit. Walaupun x berapa nak tenang jugaklah. Still memantau lagi.

Mamamyja nak belanja gambar Arissa berusia 2 bulan 1 hari



 Nampak x bintat merah di peha kanan Arissa. Bengkak dan merah, cian anak ibu yer..  Bekas kena injection tu.


Alalala!!!! senyumanmu cayang, membuatkan ibu xboleh nak keje. Rasa nak cuti ngadap kamu jer.

~ The End ~
Read more ...