Monday, 24 November 2014

Sepanjang Tempoh Berpantang 44 Hari

Assalamualaikum,


Entry kali nih, teringin mamamyja nak ceritakan kisah berpantang mamamyja selama 44 hari. Nak kata berbeza dengan yang sebelumnya, oh tidak. Sama saja sebab orang yang menjaganya sama. Iaitu my mom sendiri. 

Hari pertama berpantang jer mamamyja dah makan ayam!!. Serius, best dan sedap. Kalau dengan ibu memang dia xkan bagi makan, katanya nanti gatal. Tapi mamamyja xd sebarang luka. So nak gatal kat mana? Hehe. Then lepas mamamyja makan xd effect apa2 pon.

1 week mamamyja berpantang di rumah mak mertua. Coz sini kawasan kampung. Ada la orang mengurut. Kalau duk kat Cheras tu, celah mana la mamamyja nak cari tukang mengurut lepas bersalin. 3 hari mengurut fuh, memang sedap sangat-sangat. Lagi satu yang bestnya mak mertua mamamyja x tekankan sangat pantang tu dari segi makanan. Tapi still berjaga2 supaya tidak makan benda-benda yang sejuk.

Penyakit yang dialami oleh mamamyja semasa berpantang.

Bengkak Susu
Memang selalu terjadi tiap kali kelahiran. Hoho, sakit nyer x terkata. Akhirnya dapat diatasi, berurut ler. Suh bidan urut. Tapi sampai sekarang terasa macam bengkak walaupun susu dah keluar dengan lancarnya.

Rengat
Hehe, nih penyakit yang baru kali ini dialami. Memang sakit. Tiap kali menyusu mamamyja akan terasa contraction. Pelik juga kenapa macam nih. xtahan kot. Sakit selang 5 minit. Em, bila di search dan mengadu kepada makcik  mengurut baru lah lega sikit perut mamamyja.

"Bagi ibu yang darahnya tidak habis keluar bersama uri mereka maka mereka berisiko mendapat sakit rengat. Semasa proses kelahiran darah kotor ibu akan keluar bersama uri namun jika tertinggal walaupun secebis darah kotor dalam rahim ibu, rasa sakit rengat akan dirasai oleh ibu. Kesan daripada sakit rengat ini, ibu akan mengalami rahim tidak kecut dan perut buncit sehingga menyebabkan bentuk badan serta wajah sembab/seperti wanita hamil"

Patut la perut mamamyja nampak flabby jer dan memang diakui sebelum balik dari hosp doc der scan perut mamamyja. Memang ada darah x habis keluar sepanjang 18mm. Patutla rasa sakit. Mulanya doc nak keluarkan guna forcep. Adoii nak serluk lagi ker?. Tapi, doc pakar kata just bagi ubat antibiotik dan ubat tahan sakit. Mamamyja pon makan antibiotik jer sebab menyusukan baby kan. Lepas tu mamamyja beritahu perkara ini kepada makcik mengurut. Dia pon tahu yang masih ada darah dalam perut. Diurut2, akhirnya keluar berketul2. Barulah mamamyja lege selepas 3 hari berurut tu.

Dalam masa yang sama mamamyja struggle makan buah kurma untuk kecutkan rahim nih ha. Lepas jer satu minggu di rumah MIL, mamamyja pulang ke rumah ibu pula. Hahaha, nih yang xbest nih. Memang pantang betul2 lah jawabnyer. Siksa, tapi terpaksa demi kebaikanku jua.

(sumber en.google)
Ada x sesiapa yang berbengkung cara mamamyja nih? Angkat tangan!!.. hehe, siksa ooo. ketat giler sakit tulang2 punggung. Dengan gatal kat perut sebab lemak nak pecah. 

(sumber en.google)
nih hasilnya, tapi mamamyja nyer sampai menutupi punggung. Nak lepaskan hajat pon susah. Jalan cam orang Jepun. Tapi syukur sangat, sebab perut pon dah kempis. Lembik2 perut tu masih ada lagi. Maklumlah dah anak 3. X kisahlah. Janji berat dah turun and mamamyja dah slim. Sebelah malam mamamyja pakai bengkung Premium Beautiful klas x ko jah !!! .. Hahahaa

Semua pantang2 tu mamamyja ikut sehinggalah hari ke-44.

Mamamyja pakai set bersalin Nona Roguy

Setakat mamamyja pakai ok lah. xd sembelit lagi. Baby pon OK jer. Masuk nih kali kedua mamamyja pakai set nih.

Oklah, sampai sini jer lah cerita pantang 44 hari mamamyja. Xd yang menarik pon Actually nak sharing about berbarut tu. So kepada sesiapa yang berhajat memang nak slim, korang kena struggle dekat berbarut nih. Tapi kalau dah memang ada gen slim tu, xstruggle pon xper. Memang akan kurus juga. Hehe

~ The End ~

13 comments:

  1. Saya berpantang makan minum bertungku berbarut selama 100 hari. Alhamdulillah.. Demi kesihatan kan

    ReplyDelete
  2. Asalam..khaty pon berbenggkung macam mamamyja..tapi khaty guna yg tradisi turun temurun..yang panjang,pastu kena ikat kat tiang seri tak pon ikat kat nako cermin..ngee..khaty ambil jamu tradisional dari nenek..jamu ok lagi,tapi ayaq akaq kayu memang tak boleh telan langsung...

    ReplyDelete
  3. Sue berbengkung mcm mamamyja jg. Berurut, bertungku berpilis. Bdn kembali sihat segar dan cantik.

    ReplyDelete
  4. sonok baca n3 MamaMyja nih.
    bab bengkung tuh Zura belom pernah cuba lagi.
    pakai bengkung biasa jer.

    ReplyDelete
  5. saya pakai bengkung biasa ja. Tahniah mamamyja dapat baby baru :)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.. dah selamat berpantang..

    klo doc hosp dia org bg je mkn ayam asal jgn mkn kulit.. ayam lak masak cam sup or bakar lada hitam pom ok.

    lya msa pntang dulu pkai bengkung y biasa jenis lekat tu.. sebelum mkn wajib sapu krim pati halia n pkai bngkung dulu.. x nk bg perut buncit & masuk angin..

    bab ubatan msa pntang mmg lya xde ambik lgsung sbb terikat dgn ubt hosp penyakit lya. mmg xleh campur ubat2 herba..

    ReplyDelete
  7. selamat hari merdeka.hihi,merdeka habis pantang lah kan...

    ReplyDelete
  8. tak dek pengalaman berpantang lagi. hahaha :P single mingle giteww :)

    ReplyDelete
  9. Sy berbengkung dan semua bnyk skip2. Cuma berjaga bab mkn je..

    ReplyDelete
  10. Hsha... ayu xgne pon bgkung cmtu... cmne ni mamamyja... xslim da la pasni...

    ReplyDelete
  11. hihi...tahun dpan nak kene pantang lagi...asiah pun guna barut camni gak...:)

    ReplyDelete