Monday, 17 November 2014

Giveaway Special Mama & Bayi bernilai RM 750.00

Assalamualaikum,

Jalan-jalan malam dekat Facebook tetiba Mamamyja terperasan ada satu Giveaway Special Mama & Bayi bernilai RM750.00 dengan serta merta mamamyja buka dan ingin mencuba nasib mana tahu ada rezeki nurul arissa pula.


04 November 2014 ; 12.00 am - 04 Disember 2014 11.59 pm

Semua syarat-syarat penyertaan telah pun mamamyja tepati.

SUSU IBU ADALAH SUSU YANG TERBAIK, kenapa mamamyja berkata demikian. Mamamyja adalah seorang 'worker' yang boleh dikatakan terlalu sibuk. Selepas melahirkan anak sulung (aisar) mamamyja nekad memberikan susu ibu dan buat keputusan untuk membeli pump manual kerana ingin memberikan susu secara ekslusif kepadanya. Dengan travel work jauh dari Sungai Buloh ke Putrajaya, mamamyja gigih mengepam susu dan mengusung hari2 susu itu menaiki Komuter. Akhirnya mamamyja dapat menyusukan dia fully selama 2 tahun. Alhamdulillah syukur sangat2. Sekarang Aisar menjadi seorang anak yang rapat dengan mamamyja dan perkembangan pelajaran yang amat membanggakan. Semua berkat doa dan usaha mamamyja bagi menjayakan kesungguhan dalam pemberian susu ibu secara ekslusif. 

Tapi mamamyja tidak dapat meneruskan usaha itu kepada anak kedua mamamyja (nurul auni). Auni sempat minum susu ibu selama 8 bulan sahaja, Mamamyja terkilan sangat2. Entah dimana silapnya. 

Kegagalan sekali bukan bererti gagal buat selama-lamanya kan? Mamamyja telah pun selamat melahirkan anak ketiga (nurul arissa) dan kali ini mamamyja berazam untuk menyusukan dia sampai 2 tahun. Mamamyja nak arissa menjadi sama seperti abangnya juga insyaallah. 

Dalam menjayakan semua usaha ini, suami yang banyak beri moral support. Dialah yang sering memberikan susu dan kurma kepada mamamyja. Terima kasih diatas segala-galanya.

Mamamyja sarankan kepada ibu-ibu muda di luar sana BF lah anak anda. Tak rugi malah lagi untung. Duit yang kita beli susu formula tu, boleh digantikan dengan membeli supplement untuk kita memperbanyakkan hasil susu dan yang paling penting adalah keakraban kita dan anak sebenarnya. Semua ini bergantung dengan diri kita. Kena rajin.

Akhir sekali, mamamyja memang berazam untuk BF arissa sampai 2 tahun. Insyaallah Semoga dipermudahkan.

Doa, usaha dan tawakkal kepada Allah.

12 comments:

  1. Bagusss ni..good luck mamamyja..good luck on bfeeding..teruskan berusaha bersungguh2 dalam penyusuan ni ya..tepis segala cabaran dan halangan. Mamamyja pasti boleh!

    ReplyDelete
  2. Gud luck Mamamyja. Semoga ada rezeki arissa.

    ReplyDelete
  3. Semoga berjaya dalam GA ini.

    Tahniah jugak sebab cekal dalam meneruskan penyusuan anak.
    anak2 Zura semua campur dengan FM.
    sebabnye x cukup supply susu badan.
    hehehehe

    ReplyDelete
  4. good luck mamamyja. smg ada rezeki arissa. smg murah rezeki utk menyusu arissa smp cukup 2 thn insyaAllah.

    ReplyDelete
  5. Waa..pnjg reason. Mesti menang nie, insyaAllah! :)
    Belog Miss Balqis

    ReplyDelete
  6. Gud luck mamamyja... doakn ayu jugak ye...

    ReplyDelete
  7. tahniah mama myja dapat no 3....yeahhhh..hihi..

    ReplyDelete