Friday, 28 November 2014

STUDY JOM!!

Assalamualaikum,

Salam jumaat semua, entry dah petang. Semalam mamamyja dah pulang ke rumah sendiri. Oh, rindunya x terkata. Hari nih hari yang buzy ler kan. Nak mengemas sikit2. Maklumlah baru pas habis pantang. xkan nak buat yang berat2 kan.

First perkara yang mamamyja pikir bila balik ke rumah. Internet!!! memang menjadi satu masalah kalau xd internet kat rumah. Memang xd la kan buat masa sekarang nih. Uuuuwwwaaa nak nanges rasanya. Cam ner nak update blog nih. Itu jer lah perkara yang menghilangkan rasa boringku tatkala anak-anak tidur. Nak access pakai HP, memang x puas apatah lagi nak update blog. Walaupun Note 2 dikira besar jugak. Tapi ahhh, x best lah.. hehe

Study!!! bila nak study nih mamamyja oi. eh, sudah. every nite per. hahaha... maklumlah dah berhandbag 3 nih payah tul nak study. Bila start jer, keluarlah bunyi-bunyi nih

"ibu !!!!! tengok la auni nih..."
"ibu!!!! auni nak mam cik..." (makan nasik)

Pening dibuatnya, tapi itulah. Dah nama pon anak-anak kecil. Ku sabar jerlah. Kalau marah pon bukan faham. Hehhee

nota adhoc. Lari dari bidang yang diingini. Ku gagahi jua membaca.. Tulisan pon cakar ayam. Dah lama xmenulis. 

Internet kat sini SLOW bangat seh. Mamamyja try langgan tuk 1 week. Wifi apartment nih. Hadoii nak loading satu2 memang penat nak tunggu. Naik bosan pon der. Sabar jer lah. Peliks jugak bila try speedometer, 212mbps. Laju tu. Tapi entah kenapa slow. Nak langgan streamyx, xdpt nak teruskan sebab nak tengok commitment untuk next year. Sebabnya nak pakai banyak duit. Huhu


Ok lah, sampai sini jer lah. Mamamyja nak mandikan arissa. Malam nih nak menonton rancangan fev. Maharajalawak Mega. huhu

~ The End~
Read more ...

Thursday, 27 November 2014

SAMAN MBSA

Assalamualaikum,

1st  Time nih mamamyja kena saman!!! keluar jer dari bank, tengok kat kereta. SAMAN!!! aiyark apahal lak tetiba dia rush pulak tempat nih setelah sekian lama memang xpernah pon terjadi. Geram pon der jugak.. Choiii betul lah. Mentang-mentanglah 25.11.2014 gaji. Ko saman aku yer...


Seksyen Kesalahan 4
"Meletakkan kenderaan di kawasan jalan selain daripada petak letak kenderaan yang di sediakan (Bandar Baru Sg. Buloh)"

Selamat MBSA yang saman kalau Polis or JPJ, xpasal2 kurang mata demerit mamamyja sebab masih dalam Percubaan (P).

Dihati kecilku, aku pegi bank buat kad atm yang xpired. Bukannyer pergi keluarkan duit. Korang saman aku!!! selamat RM 10 jika (Bayaran dalam masa 24 jam) sepuluh hinggit pon duit lor

Haish malu plak rasanya dah tua2 masih dalam P, maklumlah dulu before kawin ibu suh amik lesen awal2 malas aku kata. Sekarang dah tua baru ada Lesen. Anak pon perli.. ish, ish xpatut. hehe

Jom lah biru kita sejukkan badan. Setelah panas membahang secara tiba-tiba tadi..

 Dah lama biru mamamyja nih xmandi. Kesian ko biru, tapi mamamyja mandikan sekarang musim hujan. xperlah dah sesak nafas dah masuk kereta. Penuh pasir, macam kat laut. Mana datang pasir2 itu????

Paham2 jerlah bila ada anak cerdik pintar duduk dalam kereta. Macam-macam hal ler. Itu selamat seat masih tidak comot kerana "Anda Dilarang Makan dan Minum Di Dalam Kereta" Hoho memang pantang makan-makan dalam kereta nih. 

Oklah, mamamyja nak buat apa yer hari nih?? yes membaca dan terus membaca. Mana tahu lulus ujian fizikal leh masuk temuduga.. Mudah2an Insyaallah

~ The End ~
Read more ...

Wednesday, 26 November 2014

Wordless Wednesday - Mamamyja is back

Assalamualaikum,

Hehe, entry yang ringkas. Sebabnya mamamyja busy semenjak habis pantang nih. Isnin, pergi office settlekan dokumen. Selasa pergi bank and kemas rumah sampai petang dan hari ini rasa nak bawa anak-anak ngangkut barang nak pulang ke rumah kami. Tapi cuaca macam nak hujan. Huhu



nih ler mamamyja pada hari yang ke 45. still suka make up yang nampak muka nih pucat2 gitu. 

Mamamyja using Estee Lauder foundation. Eyeshadow, eyeliner, mascara and blusher from Naked dan Lipstick ColorStay and Compact Powder from Revlon.

Read more ...

Monday, 24 November 2014

Sepanjang Tempoh Berpantang 44 Hari

Assalamualaikum,


Entry kali nih, teringin mamamyja nak ceritakan kisah berpantang mamamyja selama 44 hari. Nak kata berbeza dengan yang sebelumnya, oh tidak. Sama saja sebab orang yang menjaganya sama. Iaitu my mom sendiri. 

Hari pertama berpantang jer mamamyja dah makan ayam!!. Serius, best dan sedap. Kalau dengan ibu memang dia xkan bagi makan, katanya nanti gatal. Tapi mamamyja xd sebarang luka. So nak gatal kat mana? Hehe. Then lepas mamamyja makan xd effect apa2 pon.

1 week mamamyja berpantang di rumah mak mertua. Coz sini kawasan kampung. Ada la orang mengurut. Kalau duk kat Cheras tu, celah mana la mamamyja nak cari tukang mengurut lepas bersalin. 3 hari mengurut fuh, memang sedap sangat-sangat. Lagi satu yang bestnya mak mertua mamamyja x tekankan sangat pantang tu dari segi makanan. Tapi still berjaga2 supaya tidak makan benda-benda yang sejuk.

Penyakit yang dialami oleh mamamyja semasa berpantang.

Bengkak Susu
Memang selalu terjadi tiap kali kelahiran. Hoho, sakit nyer x terkata. Akhirnya dapat diatasi, berurut ler. Suh bidan urut. Tapi sampai sekarang terasa macam bengkak walaupun susu dah keluar dengan lancarnya.

Rengat
Hehe, nih penyakit yang baru kali ini dialami. Memang sakit. Tiap kali menyusu mamamyja akan terasa contraction. Pelik juga kenapa macam nih. xtahan kot. Sakit selang 5 minit. Em, bila di search dan mengadu kepada makcik  mengurut baru lah lega sikit perut mamamyja.

"Bagi ibu yang darahnya tidak habis keluar bersama uri mereka maka mereka berisiko mendapat sakit rengat. Semasa proses kelahiran darah kotor ibu akan keluar bersama uri namun jika tertinggal walaupun secebis darah kotor dalam rahim ibu, rasa sakit rengat akan dirasai oleh ibu. Kesan daripada sakit rengat ini, ibu akan mengalami rahim tidak kecut dan perut buncit sehingga menyebabkan bentuk badan serta wajah sembab/seperti wanita hamil"

Patut la perut mamamyja nampak flabby jer dan memang diakui sebelum balik dari hosp doc der scan perut mamamyja. Memang ada darah x habis keluar sepanjang 18mm. Patutla rasa sakit. Mulanya doc nak keluarkan guna forcep. Adoii nak serluk lagi ker?. Tapi, doc pakar kata just bagi ubat antibiotik dan ubat tahan sakit. Mamamyja pon makan antibiotik jer sebab menyusukan baby kan. Lepas tu mamamyja beritahu perkara ini kepada makcik mengurut. Dia pon tahu yang masih ada darah dalam perut. Diurut2, akhirnya keluar berketul2. Barulah mamamyja lege selepas 3 hari berurut tu.

Dalam masa yang sama mamamyja struggle makan buah kurma untuk kecutkan rahim nih ha. Lepas jer satu minggu di rumah MIL, mamamyja pulang ke rumah ibu pula. Hahaha, nih yang xbest nih. Memang pantang betul2 lah jawabnyer. Siksa, tapi terpaksa demi kebaikanku jua.

(sumber en.google)
Ada x sesiapa yang berbengkung cara mamamyja nih? Angkat tangan!!.. hehe, siksa ooo. ketat giler sakit tulang2 punggung. Dengan gatal kat perut sebab lemak nak pecah. 

(sumber en.google)
nih hasilnya, tapi mamamyja nyer sampai menutupi punggung. Nak lepaskan hajat pon susah. Jalan cam orang Jepun. Tapi syukur sangat, sebab perut pon dah kempis. Lembik2 perut tu masih ada lagi. Maklumlah dah anak 3. X kisahlah. Janji berat dah turun and mamamyja dah slim. Sebelah malam mamamyja pakai bengkung Premium Beautiful klas x ko jah !!! .. Hahahaa

Semua pantang2 tu mamamyja ikut sehinggalah hari ke-44.

Mamamyja pakai set bersalin Nona Roguy

Setakat mamamyja pakai ok lah. xd sembelit lagi. Baby pon OK jer. Masuk nih kali kedua mamamyja pakai set nih.

Oklah, sampai sini jer lah cerita pantang 44 hari mamamyja. Xd yang menarik pon Actually nak sharing about berbarut tu. So kepada sesiapa yang berhajat memang nak slim, korang kena struggle dekat berbarut nih. Tapi kalau dah memang ada gen slim tu, xstruggle pon xper. Memang akan kurus juga. Hehe

~ The End ~
Read more ...

Sunday, 23 November 2014

SELAMAT TINGGAL 44 HARI, YAHOOO !!!

Assalamualaikum,


Alhamdulillah, akhirnya tamatlah sudah 44 hari berpantangku. Mamamyja berdoa semoga diberikan kesihatan yang baik untuk hari-hari yang mendatang. 

makanan terakhir pantang, biskut wheatmeal jacobs cicah milo.. yummy

Sila abaikan air tu yer. Sebabnya mamamyja memang x pantang ngan air. Mamamyja akan minum banyak. Menyusukan, mestilah kena minum banyak air, tapi orang2 tua x bagi. Hehe

hihik, belanja 1 pic masa kat hospital saat menunggu waktu untuk bersalin.

Lepas nih bermulalah episod baru buat mamamyja. Seorang ibu yang akan menjaga bayi, ditambah dengan aisar yang akan bersekolah dan auni yang suka meragam.

Pagi2 bangun jam 4.30 bersiap2 untuk menghantar anak dan pergi kerja. Jam 4.30 balik keje pon belum tentu dapat balik ke rumah. Pick up auni and arissa, then tunggu aisar balik sekolah. Oh, tidak dapat mamamyja bayangkan. Silap2 jam 7 baru sampai rumah. Dengan nak masaknyer lagi, nak meneman aisar wat homework lagi. Hoho, tetiba rasa macam nak nanges. (belum harungi lagi da nak nanges ke) Mampukah mamamyja menjalankan rutin itu setiap hari?

Oklah, bye.. bye pantang. Sehingga kita berjumpa lagi pada tahun 2017 In shaa allah, jika diberikan umur yang panjang.

# esok mamamyja akan ke office, nak siapkan dokumen interview. sapa nak itot. hehehe

~ The End ~
Read more ...

Saturday, 22 November 2014

DAPAT SURAT CINTA DARI TESCO !!!

Assalamualaikum,

Hye, mamamyja baru lepas mengemas beg2. Bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Yuhuu, rindunyer Tapi bukan hari ini pulangnya. Maybe selasa depan. Haha, esok last day berpantang. Yea.. yea... merdeka. Mudah2an mamamyja sihat hendaknya lepas nih. 

Tapi apakan daya hari nih dah rasa tekak nih perit sangat. Macam nak batuk selsema jer. Nih kes berjangkit dengan auni la kot. Uwwwaaa, nak makan ubat. Kang kesian kat baby plak. Terpaksa la mamamyja minum air banyak-banyak.

2 hari lepas mamamyja dapat surat dari Tesco dan SPA. Agak kelakar dan terpegun jugalah pabila membaca surat dari Tesco nih

"Bagi pihak Tesco, saya ingin menyampaikan salam rindu kami pada anda kerana kami dapati anda telah sekian lama tidak mengunjungi kami."

Ha, tu dia.. dia tahu juga yang mamamyja dah jarang pergi membeli belah di Tesco. Tahu x kenapa??
Sebabnya:

* Kat area Sungai Buloh dan Kota Damansara xd Tesco. So, mamamyja shopping kat Giant je lah
* Pernah shopping banyak, tapi dapat kupon xmenarik

"Sebagai tanda ingatan kami pada anda, terimalah 2 kupon istimewa untuk manfaat anda seisi keluarga.


 Alhamdulillah rezeki bulan nih. Hehe, nak kena redeem. Sapa nak bagi free kan?? 5kg tu. 

~ The End ~
Read more ...

Friday, 21 November 2014

SEGMEN BLOGWALKING SAMPAI PENAT

Assalamualaikum,

Mamamyja sambil2 mengajar aisar belajar. Ibunya menaip Blog. Hehe, terjumpa segmen nih pagi tadi. Xsempat nak terus update. Tu yang sampai malam baru berpeluang. 


mamamyja dah follow #6135 (ramai tul follower anis)

Tamat - 30 November 2014

~ The End ~
Read more ...

My Son and My Daughter we LOVE you

Assalamualaikum,

Mamamyja nak throwback gambar anak-anak mamamyja selepas kelahiran. Semuanya sepesen jew muka. Ibu dengan Ayah LOVE korang ketat2.


Ibu doakan anak-anak ibu aisar na'imullah, nurul auni dan nurul arissa menjadi anak yang soleh dan solehah, Patuh pada perintah Allah dan Taat kepada kedua ibu bapa. Insyaallah.

~ The End ~

Read more ...

Thursday, 20 November 2014

Menang Kontes Komen 1 BY Malas Tul

Assalamualaikum,

Wah terkezut jap.. Alhamdulillah mamamyja menang. Actually, mamamyja der join satu contest nih. Just taip komen sahaja. Mengumpul mata mengikut turutan komen. Siapa paling banyak akan dikira pemenang.

Contohnya begini:

Orang pertama komen dapat 10 mata.
Orang kedua komen dapat 9 mata.
Orang ketiga komen dapat 8 mata.
Orang keempat komen dapat 7 mata.
Orang kelima komen dapat 6 mata.
Orang keenam komen dapat 5 mata.
Orang ketujuh komen dapat 4 mata.
Orang kelapan komen dapat 3 mata.
Orang kesembilan komen dapat 2 mata.
Orang kesepuluh dan seterusnya komen dapat 1 mata. 

Hadiahnya berupa wang tunai RM 10

Cuma contest nih tidak diwar-warkan. Mamamyja pelik juga kenapa tuan blog x istiharkan eh. Jadi pengomen tu sikit jer. Rasanya mamamyja jer pengomen tegar. So, macam xbest sikit menang sebab xd pesaing. Haha,..

Tapi xper, korang nantikan kontes kedua yer.


(klik pic untuk ke web Malas Tul)

Mamamyja harap mat kuno dapat promotekan contest dia supaya ramai boleh join..

Terima Kasih Mat Kuno
Read more ...

Wednesday, 19 November 2014

Pengalaman Bersalin Anak Ketiga

Assalamualaikum,


Mamamyja terpanggil untuk menceritakan pengalaman bersalin anak ketiga nih kerana lain dari yang lain. Kali ini lain sedikit kerana mamamyja pergi Menyerahkan Diri ini ke Hospital Sungai Buloh. Oh, memang tidak boleh terima hakikat. Tapi mamamyja terpaksa.

Usia Kandungan : Cukup 40 Minggu
Komplikasi mengandung : GDM (Diabetis Semasa Mengandung)
Solution : Induce 

Kenapa mesti Menyerahkan Diri pada tempoh cukup 40 minggu sedangkan masih ada lagi 10 hari tempoh menunggu. Kerana dikhuatiri risiko komplikasi mungkin meningkat jika tempoh kehamilan menjangkau tempoh ini.

Berjalan dengan penuh harapan agar dipermudahkan semuanya

9.10.2014 - Khamis 

10.00 am - Sampai ke Hospital Sungai Buloh, register bagai. Then terus masuk bilik wat CTG Scan

11.30 am - Doc. check laluan, nothing. Belum ada bukaan lagi.

kenapa lah doc tu cucuk kat tepi nih. sakit tahu x. nak bengkok kan tangan susah. Kedua belah tangan mamamyja kena cucuk dengan jarum nih. Sakit oooo !!!

01.00 pm - Lepak kat bilik rehat coz memang xder katil yang tersedia buat masa sekarang.
                  Solat  Zohor, sambung lepak and bersembang dengan jiran-jiran sebelah.

ha, amik kau. 24 hingga 48 jam okay !!!

03.00 pm - Check CTG lagi dan sambung melepak bersembang. Sakit? belum ada tanda2 sakit.

05.00 pm - Mak mertua datang, tanya cam ner. So, hahha mamamyja pon apa lagi report ar.
                  Bangle xdapat lagi, jadi makanan pon xleh amik. Xtahu bila akan dapat katil sebab
                  x ada orang yang bersalin dalam masa yang terdekat.

mukaku yang kebosanan menunggu katil. selagi tak dapat katil selagi tu xboleh induce.

07.00 pm - Check CTG lagi dan melepak2 di bilik rehat.

Dapat juga akhirnya bangle mamamyja, tapi dah malam. mana ada makanan dah. Laparnyer !!!

09.30 pm - Akhirnya, mamamyja dapat katil. Huhu, boleh tidur dengan lena sebab esok harinya
                  mamamyja bakal di induce. Suka x? Seram meh, first time nak kena induce nih.. Takoot

Akhirnya mamamyja dapat jugak katil untuk tidur malam nih. Kesian yang lain, tidur di kerusi. Ini pon menyelit jer. 

10.10.2014 - Jumaat

Bangun solat subuh, berdoa semoga dipermudahkan semuanya pada hari ini. Risau yang teramat sangat. Takut pun ada.

Muka dah sembab, muka ketakutan tapi buat2 seolah tiada apa2.

08.00 am - Doc datang, check laluan dan induce. So mamamyja xboleh bergerak selama 1 jam.

09.00 am - Check CTG

11.00 am - Mamamyja dah mula bosan duduk hospital, tapi terpaksa menghadapinya. hehe

12.30 pm - Ibu datang menzirah mamamyja, time nih mamamyja dah rasa contraction 20 minit.
                  Maknanya mamamyja xakan berlengah-lengah lagi. So teruskan usaha berjalan-jalan
                  di wad untuk cepat bukaan.

04.00 pm - Hubby ngn MIL datang jenguk pula.. Hahaha, time nih memang dah rasa cam 10 minit
                  contraction. Hoho, xtahan dah nih. Doc check laluan baru buka 4cm. Hum, lama lagi tapi
                  dah kena tolak ke Labour Room.

04.30 pm - Mamamyja di suruh buang air besar, jangan teran eh. xyah teran pun keluar sendiri. Haha

05.00 pm - Dah berada dalam Labour Room, so mamamyja dah x boleh bergerak2 sebab kena wat
                  CTG Scan. Ha nih yang x sanggup nih. Sakit kot nak tunggu cam nih.

05.30 pm - Laluan still 4cm. Cam ner nih contraction dah rasa setiap 5 minit. Xtahan jer rasanya nih.

06.00 pm - Memang mamamyja xtahan sakit induce nih. Sakit bila dipaksa cam gini. Diberi suntikan
                  tahan sakit. Tapi macam tak effective pon. Still sakit tu rasa

06.15 pm - Mamamyja try untuk teran. Bukaan still 4cm. Ya Allah.. peritnya rasa..

06.30 pm - Bidan 2 org datang, doc 2 orang juga, doc pakar pon 2 orang.. Kenapa ramai sangat eh??
                  Haha sebab mamamyja decide nak operate. Punyalah x boleh nak tahan sakit tu. Tapi
                  doc pakar cakap xboleh operate sebab anak no.3 dan dia possible boleh normal.

06.35 pm - Ntah apa bidan tu buat kat mamamyja, akhirnya dah buka 8 cm dan mamamyja di suruh
                  meneran. Dalam masa yang sama tiba-tiba ubat tahan sakit mula bertindak balas.
                  Maknanya mamamyja meneran dalam keadaan mengantuk. Oh tidak !!! mampukah aku
                  mengatasi masalah ini.

06.45 pm - Teran punya teran. Alhamdulillah, akhirnya lahir lah bayi perempuan yang sememangnya
                  tidak disangka-sangkakan. Sebab perut mamamyja like baby boy. Lahir tanpa
                  menggunting. So, xd sebarang jahitan pon. Yes, senang nak pantang. Just banyakkan
                  makan jamu untuk mengembalikan kemerajaan gitu.

Inilah anak ketiga mamamyja, nama masa nih belum terpikir lagi. Kesian dia coz semua baju berwarna biru, memang ibu xbelikan warna pink pon. Hehe.

Detail kelahiran boleh tengok sini

Habis jer meneran mamamyja terus tidur dan xingat dah apa yang mereka lakukan dekat mamamyja. Punya la mengantuk yang teramat sangat. Rasanya mamamyja x susukan baby pon kat labour room. Just kulit ke kulit jer. Serius mengantuk. Sampaikan nak hantar ke wad pon mamamyja x sedar lagi.

Makanan hari pertama start pantang. Sedapkan, ayam pun mamamyja balun.  

Akhirnya, jam 3 pagi baru mamamyja sedar dan semua barang keperluan tiada. Termasuklah HP. Haha, semua xdibenarkan melawat mamamyja sebab mamamyja tidur mati. So, esok paginya baru hubby datang bawakan semua barang-barang mamamyja. 

Then, jam 3 petang mamamyja dah boleh discharge. Alhamdulillah. Xpayah duduk hospital lelama. Bosan..

Door gift buat Nurul Arissa

Pengalaman yang setiap ibu xkan lupakan. Setiap kelahiran berbeza dan kali ini betul2 berbeza. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian itu. Syukur alhamdulillah baby dan mamamyja selamat. Maka dengan ini bertambah lagi tanggungjawab yang akan dipikul.

~ The End ~
Read more ...

Saat Hatiku Bersedih

Assalamualaikum,

Entah kenapa ia terjadi dan kekadang mamamyja terasa sedih sangat2. Bila hendak cuba melupakan ia sering bermain di kotak fikiran ini. Hendak diluahkan kepada siapa?? Bagi mamamyja tidak ada seorang pun layak untuk menerima luahan ini. Melainkan Allah s.w.t

Jadi aku hanya mampu MENANGIS !!!!, ya menangis dengan semahu-mahunya. Bagi segala tekanan dan rasa sakit tu hilang. Tapi sampai bila??


Kekadang terpikir kenapa orang suka sakitkan hati kita yer?? Apa salah kita??

Allah berfirman : 'Pergilah kepada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihanya' (H.R Thabrani dari Abu Umamah)

Akhirnya mamamyja ...


"Saat aku bersedih aku memilih berusaha untuk tersenyum walau ada kalanya aku x mampu, pilih berusaha bangkit saat terjatuh dan aku memilih sabar dan redha dengan 1 ujian yang menyapaku .... kerana ku yakin ALLAH bersama dengan orang yang bersabar dengan ujian NYA" - cosmas jep
Read more ...

Tuesday, 18 November 2014

Hari Suaikenal Murid Darjah 1 Tahun 2015

Assalamualaikum,

Hari nih baki pantang mamamyja tinggal 5 hari. Yahoo x sabarnyer nak habis, Sebab nak buat preparation untuk pergi ujian fizikal, nak pulang kerumah. Rindu bangat sama rumahku. Nak mengemas. Dah tunggang langgang rasanya rumah tu. 

Hari ahad nih Aisar kena lapor diri ke sekolah baru dia sebagai Murid Darjah 1, ibu memang xcited. Tapi hari ahad tu ibu masih dalam tempoh 44 hari (last day). Should I go or stay at home??  Ah, pegi je lah eh. Tapi boleh ker? Haha


Mula-mula terkejut bila dapat surat nih. Murid-murid akan dikenakan Ujian Diagnostik. "Sesiapa yang ada pengalaman tentang Ujian ni x? Boleh share dengan mamamyja". Ujian yang bagaimana yer.

Actully, mamamyja nak pergi sangat coz der taklimat untuk Ibubapa. Disebabkan ini pertama kali. Ibu betul2 teruja. Haha, ayah xpergi pon xper janji ibu dapat pergi dan dengar taklimat yang akan disampaikan. Tapi kalau keadaan tidak mengizinkan ibu suh ayah jer lah yang pergi. Hehe


Persiapan yang ad hoc. Pakai jer lah yer Aisar. Hujung bulan 12 nanti kita shopping barang sekolah yer. Ibu betul2 dalam pantang time nih. xsempat nak pilih. Alat tulis masih ada. Lagipun mamamyja memang beli stok alat tulis yang banyak. xpayah ibu nak ke kedai setiap bulan beli pensil. Hahaha

"Mood - xcited, believe or not next year mamamyja 3 series ^_^"
Read more ...

Monday, 17 November 2014

Giveaway Special Mama & Bayi bernilai RM 750.00

Assalamualaikum,

Jalan-jalan malam dekat Facebook tetiba Mamamyja terperasan ada satu Giveaway Special Mama & Bayi bernilai RM750.00 dengan serta merta mamamyja buka dan ingin mencuba nasib mana tahu ada rezeki nurul arissa pula.


04 November 2014 ; 12.00 am - 04 Disember 2014 11.59 pm

Semua syarat-syarat penyertaan telah pun mamamyja tepati.

SUSU IBU ADALAH SUSU YANG TERBAIK, kenapa mamamyja berkata demikian. Mamamyja adalah seorang 'worker' yang boleh dikatakan terlalu sibuk. Selepas melahirkan anak sulung (aisar) mamamyja nekad memberikan susu ibu dan buat keputusan untuk membeli pump manual kerana ingin memberikan susu secara ekslusif kepadanya. Dengan travel work jauh dari Sungai Buloh ke Putrajaya, mamamyja gigih mengepam susu dan mengusung hari2 susu itu menaiki Komuter. Akhirnya mamamyja dapat menyusukan dia fully selama 2 tahun. Alhamdulillah syukur sangat2. Sekarang Aisar menjadi seorang anak yang rapat dengan mamamyja dan perkembangan pelajaran yang amat membanggakan. Semua berkat doa dan usaha mamamyja bagi menjayakan kesungguhan dalam pemberian susu ibu secara ekslusif. 

Tapi mamamyja tidak dapat meneruskan usaha itu kepada anak kedua mamamyja (nurul auni). Auni sempat minum susu ibu selama 8 bulan sahaja, Mamamyja terkilan sangat2. Entah dimana silapnya. 

Kegagalan sekali bukan bererti gagal buat selama-lamanya kan? Mamamyja telah pun selamat melahirkan anak ketiga (nurul arissa) dan kali ini mamamyja berazam untuk menyusukan dia sampai 2 tahun. Mamamyja nak arissa menjadi sama seperti abangnya juga insyaallah. 

Dalam menjayakan semua usaha ini, suami yang banyak beri moral support. Dialah yang sering memberikan susu dan kurma kepada mamamyja. Terima kasih diatas segala-galanya.

Mamamyja sarankan kepada ibu-ibu muda di luar sana BF lah anak anda. Tak rugi malah lagi untung. Duit yang kita beli susu formula tu, boleh digantikan dengan membeli supplement untuk kita memperbanyakkan hasil susu dan yang paling penting adalah keakraban kita dan anak sebenarnya. Semua ini bergantung dengan diri kita. Kena rajin.

Akhir sekali, mamamyja memang berazam untuk BF arissa sampai 2 tahun. Insyaallah Semoga dipermudahkan.

Doa, usaha dan tawakkal kepada Allah.

Read more ...

GIVEAWAY BIRTHDAY YOU ALLS

Assalamualaikum,

Sis Acik, sempat lagi ker mamamyja nak join nih? Baru berkesempatan nak join. Rasanya mamamyja x join lagi kan?? ehehehe


1 Oktober 2014 - 30 September 2015

SYARATNYA :
Boleh rujuk dekat email Acik yer

Tarikh lahir : 8 March 19**
 Nama Penuh : Nurjalilah binti Abdul Ghani
 Alamat Penuh : Rasanya Acik ada alamat rumah ija kan??
No. Phone : 016- 242****

Read more ...

Sunday, 16 November 2014

Segmen BLOGWALKING by Sakura

Assalamualaikum,

Arissa xnak tidur pula, lepas mamamyja susukan dia. Bila letak ngamuk pulak. Haduii, tetiba terasa pening pula. Walaupun jarak mereka cuma 3tahun setiap kelahiran, mamamyja still rasa kekok.. haha

Hari nih mamamyja nak join segmen by Sakura,


Done Follow u dear #307

Oklah mamamyja nak sambung preparation untuk Ujian Fizikal Imigresen nih, Mana tahu kalau lulus dipanggil Interview. Kalau xstudy per den nak jawab nanti. Wish Me Luck ya..

" Mood ~ xsabar nak tunggu anak bujang balik. Graduation 6 years old. "

~ The End ~ 
Read more ...

Saturday, 15 November 2014

PENOLONG PENGUASA IMIGRESEN GRED KP27

Assalamualaikum,

Hari nih memang hari yang menggembirakan mamamyja. Kenapa eh? Mai nak kongsi sikit. Hehe


Jam 11.39 am tadi dapat satu sms. Fuh terkedu seketika. Its true babe?? hahaha, x puas hati jugak. Last2 terus bukak SPA check betul ke x dan akhirnya ....


Betul beb. Mamamyja memang teruja, cuak, gementar, confident ke x nih?? Because out of my job. Temuduga fizikal tu? Layakkah aku??


Diantara kriteria yang diperlukan. Serius memang cuak.. Jika lulus pemeriksaan fizikal ni akan terus dipanggil interview. Seriously memang gementar habis. 

Ya Allah jika ini rezeki Nurul Arissa, kau kurniakanlah.. Amin. Doakan semoga mamamyja LULUS yer. 

~ The End ~
Read more ...

Friday, 14 November 2014

SEGMEN BLOGWALKING NOVEMBER

Assalamualaikum,

Anak-anak masih tidur, ibu pun dah habiskan rutin berpantang pada hari ini. So, sesi menghupdate blog lah. Tapi sebelum tu cari cerita2 baru untuk di download. hehe



Nama Pena : Mamamyja
Negeri Kelahiran : Pulau Pinang

*boleh klik banner jika berminat nak join*

~ The End ~
Read more ...

Thursday, 13 November 2014

Masih Ada Yang Sudi

Assalamualaikum,

Tajuk entry macam sedih jer bunyinyer. Actually, xder lah sedih sangat. Mamamyja x kisah pon pasal Follower nih. Sebab mamamyja pon tahu bukan senang nak menarik perhatian pembaca.Ya, memang masih ada yang sudi follow blog mamamyja yang serba kekurangan nih. Lebih-lebih lagi dalam penulisan sesuatu entry dan banyak lagi lah yang mamamyja rasa. 


Hari nih baru cukup 300 Members. Its ok.. Thanks kepada followers yang sudi memfollow mamamyja dan juga yang rajin mengomen semua entry yang ada. Blog mamamyja nih suam-suam kuku, maklumlah bukan selalu ada masa sangat. Tambahan pula dah bertambah handbag (anak) mamamyja. hihik

Insyaallah mamamyja akan cuba update dengan entry yang baru setiap hari. Doakan semoga blog ini tidak akan terkubur buat selamanya. Haha..

Lagi 10 hari pantang mamamyja habis. Yahoo!!!

~ The End ~
Read more ...

TELENOVELA - Don't Mess With An Angle

Assalamualaikum,

Hye, tengah bosan-bosan nih. Kita review sikit cerita yang hangat nih. Hangat ker? Mungkin bagi mamamyja kot. Sebabnya ada masa nak tonton. Maklumlah tengah cuti berpantang nih. Tengok TV ajer lah keje nyer. Hahaha

Mamamyja dah ketinggalan banyak sebab citer nih ditayangkan waktu office hour. xkan nak tengok time kerja kan? So, ibu mamamyja yang ceritakan semuanyer dan sekarang mamamyja menonton jer lah untuk sambungan cerita nih.


Don't Mess With An Angle
TV 9
Jam 10.00 am - 11.00 am
Latest Episode - 176


 Jalan cerita yang menarik. Hero dan heroin nyer sedap mata memandang dan yang paling penting heronya tu Sado beb.. hahahha

Kalau rasa-rasa berminat nak tonton dan sudah ketinggalan jauh boleh la menonton di Tonton TV9 yer. 

Selamat Menonton

~ The End ~
Read more ...

Wednesday, 12 November 2014

WORDLESS WEDNESDAY : 1st CHECK UP ARISSA

Assalamualaikum
Sebenarnya check up arissa hari isnin yang lepas. Tapi memandangkan ibu dia masih belum berkesempatan untuk update blog hari2. Macam nih ler payah nak update selalu. Cam ner lepas nih eh, adakah rajin mamamyja update blog yer. Hopefully lah kan..


Hasil daripada Check Up

Berat Arissa 4.9 kg ... aduhai, sikit lagi nak obes sayang. Memang diakui arissa kuat minum susu.

So, ibu pun check up juga. Berat ibu sekarang 46.1 kg hahaha... kurus x mamamyja. Sukanyer..

Tahun depan dah start bekerja, abang dah sekolah, maka berat ibu akan berkurangan lagi. Lagi la kurus nampaknyer..

~ The End ~
Read more ...

Monday, 10 November 2014

Syukur Alhamdulillah

Assalamualaikum,

Sujud Syukur, Alhamdulillah. mamamyja telah selamat melahirkan anak ke-3. Syukur yang tidak terhingga. Okay, sebenarnya mamamyja belum habis pantang. Hehe, Tinggal lagi 13 hari dan hari nih baby berumur genap 1 Bulan. Haish, bestnyer xterkata.. Even anak yang ke-3.

Terima kasih kepada officemate, kengkawan blogger dan keluarga yang mendoakan mamamyja tempoh hari. 


It's Girl
Nurul Arissa binti Aiman Marzuki
3.44 kg
10.10.2014 (Jumaat)
06.45pm
Hospital Sungai Buloh, Selangor

Ini di antara wish dari rakan-rakan FB mamamyja, Thanks ya






Mana gambar baby? Hehe, nanti yer.. Insya Allah selepas habis 40 hari mamamyja akan letak pic baby yer. Tunggu.. hihik

Oklah, mamamyja nak bersiap2 pergi klinik nih. Nak cucuk arissa 1 bulan. Bubuy

~The End~
Read more ...

Monday, 3 November 2014

1st Segmen: Blogwalking bersama-sama by Khairunnisa Hassan

Assalamualaikum,

Mamamyja belum habis pantang lagi nih. Tapi curi2 menaip and join segmen. Bosan nyer lah weh bila berpantang nih. Lagipun tinggal lagi 20 hari jer. Lepas tu YAHOO !!!!!. bebas.. 


Done follow u sis, #1869

~ The End ~
Read more ...