Tuesday, 7 October 2014

Tanda-Tanda Bersalin

Assalamualaikum,

Mamamyja masih lagi di sini (office). Puas mamamyja pujuk baby suh kuar awal, tapi dia tetap berdegil. Kenapa sayang?? seronok duduk dalam perut ibu yer. Abang dengan Kakak kamu semua keluar awal dari tarikh, kenapa kamu xnak yer. Ibu dah makan macam-macam waktu Raya AidilAdha, kamu still juga duduk bergolak-golak dalam perut ibu xmahu keluar... Jom la sayang kita check in HSB, ibu xsabar nak lahirkan kamu nih.. kalau boleh ibu xnak Induce, sakit nak. Walaupun ibu xpernah kena Induce, ibu dengar orang cerita pon dah gerun..

8 TANDA-TANDA NAK BERSALIN

1. Engages - SUDAH
  • Merupakan salah satu tanda nak bersalin tidak lama lagi. Anda mungkin perasan bayi anda telah dipindahkan ke bawah lebih rendah di dalam abdomen anda. Untuk ibu kali pertama bayi mereka mula engages dalam tempoh 2-4 minggu sebelum EDD anda. Untuk ibu kali kedua dan keatas, mereka sering mendapati bayi mereka tidak engaged sehingga kelahiran bermula. Ini disebabkan oleh otot pelvis telah pun diregang. Anda mungkin berasa "kosong" di bahagian atas abdomen dan mungkin berasa kepala bayi berehat di bawah tengah tulang pelvis anda.
2. Kerap Membuang Air Kecil - SUDAH
  • Perut anda yang semakin membesar, berat dan kepala bayi terletak di bawah tengan tulang pelvis anda dimana berdekatan dengan pundi kencing anda. Oleh itu anda kerap membuang air kecing disebabkan oleh kepala bayi menekan pundi kencing anda merupakan salah satu tanda nak bersalin yang sering berlaku.
3. Sakit belakang Bahagian Bawah - SUDAH
  • Apabila bayi anda semakin berat dan jatuh lebih rendah anda rasa sakit di belakang dan pelvis anda akibat ligamen rahim dan pelvis anda diregangkan lebih.
4. Kontraksi Braxton-Hicks - SUDAH
  • Anda mungkin berasa kontraksi ini semakin kerap dan semakin sakit seperti cramp semasa datang haid. Walaupun kontraksi pra-kelahiran ini tidak sekuat kontraksi pengecutan kelahiran yang sebenar. Kontraksi ini membantu menipis, memendek dan membuka serviks anda. Ia akan berlangsung 1 atau 2 minggu sebelum kelahiran bayi bermula. Anda mungkin mendapati kontraksi ini menjadi kurang sengit apabila anda menukar posisi kedudukan atau bermula berjalan.
5. Cirit Birit - SUDAH
  • Hormon kelahiran bertindak pada usus anda boleh menyebabkan kekejangan abdomen dan longgar. Pergerakan usus yang kerap boleh mengosongkan usus anda memberi lebih banyak ruang untuk laluan bayi. Hormon kelahiran ini juga boleh membuat anda merasa loya. Ini juga merupakan salah satu tanda nak bersalin.
6. Keputihan - SUDAH
  • Anda mungkin perasan telur yang lebih putih, lelehan lendir yang dikeluarkan dari faraj.
7. Lendir Pekat dan Pendarahan (Bloody Show) - BELUM (bloody show)
  • Kepala bayi turun ke dalam rongga pelvis dan kontraksi Braxton-Hicks boleh menyebabkan pluk mukus tertanggal. Pluk mukus ini menghalang sebarang kemasukkan asing ke dalam serviks dan menghalang sebarang kuman merebak kepada bayi. Pluk mukus berlendir pekat dan bercampur darah. Ketiadaan pluk ini membolehkan bayi bergerak ke bawah lagi dengan perlahan-lahan.
8. Air Ketuban Pecah - BELUM
  • Hanya 1 dalam 10 ibu hamil mengalami kebocoran air ketuban sebelum kelahiran. Anda harus menghubungi doktor anda segera apabila air ketuban anda pecah, Kebanyakkan doktor akan mencetuskan kelahiran dalam tempoh 24 jam untuk megelakkan jangkitan atau kompilasi yang mungkin.

Sumber Rujukan : bayi-ibu.com


Oklah, mamamyja nak siapkan kerja-kerja yang berbaki. Petang nih last check up. Esok mamamyja nak MC, nak panjat gunung. Hahahahah.. ker kamu memang nak keluar tarikh 8 sayang?? sama ibu eh. Bagus juga. Hehehe....

~ The End ~

11 comments:

  1. Semoga dipermudahkan semuanya. Lahir 3 beradik ni semuanya 38 minggu, tak pernah sampai due date.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnyer. eyja kali nih plak xmo keluar. haduyai.. rungsing dibuatnyer. Hehe

      Delete
  2. moga semuanya dipermudahkan.. InsyaAllah~

    ReplyDelete
  3. semoga selamat melahirkan. amin. ^_^

    ReplyDelete
  4. Semoga selamat melahirkan mamamyja...mesti tak sabar nak cium bau syurga kan..wanginyaaaa...

    ReplyDelete
  5. dari pengalaman Acik, maybe ada janji mamamyja yang mamamyja tak lunaskan lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. berjanji dengan siapa eh?. mamamyja nih jarang nak berjanji dengan orang. Hehe

      Delete
    2. Acik masa mengandungkan yang bongsu ni, Acik ambik cuti awal sebab yang 4 orang sebelum ni semuanya bersalin awal...Acik dah pasang niat, ambik cuti awal ni, nak baca Yassin la lepas sembahyang..sampai terlepas due, Acik tak bersalin jugak..hampir 2 minggu contruction tu ada...bila acik teringatkan niat Acik tu, lepas sembahyang Acik baca Yassin..lepas tu, alhamdulillah...baru rasa nak bersalin..Acik cuma bagitahu je..manalah tahu, kot-kot mamamyja terlepas pandang..kita bantu daripada pengalaman...selamat semuanya ye mamamyja..

      Delete
    3. puas juga mamamyja pikir, tapi memang xd. Maybe dia syok sangat duduk dalam perut nih kot. heheh

      Delete
  6. woooo dah hujung2 da ni mamamyja..
    semoga selamat semuanya mamamyja

    ReplyDelete
  7. Salam kenal mamamyja. Semoga selamat semuanya..

    ReplyDelete