Saturday, 4 October 2014

PENULIS SKRIP MELARIK AWAN

Assalamualaikum,

Happy Saturday uolls, mamamyja tengah bosan nih. Apa nak buat petang nih yer?? nak pergi jenjalan pon dah bosan, Esok mamamyja nak balik Cheras, rumah parents. Yea...yea best nyer. Dah lama x balik, mana tahu lepas makan masakan ibu dan ayah baby nih nak keluar. Hehe

Oklah malas nak celoteh panjang. Mamamyja nak review sikit pasal drama azalea yang mamamyja tonton dekat tv3 online nih. xdapat nak menonton kat tv sebab cerita nih start jam 4 petang hingga 5 petang Isnin hingga Khamis, Episod pon dah nak habis dah nih. 

Actually mamamyja kenal ker dengan penulis skrip nih?? hahhaha, kenal sangat-sangat sebab dia kawan mamamyja. Cerita nih skrip bersama hubby dia. Nanti mamamyja tempek gambar eh. Uhuks..


Sinopsis:
Kehidupan Fatiha diuji apabila ibunya menghidap barah payudara. Kerana tidak mahu menyusahkan bapanya Harun, Fatiha terpaksa melupakan impiannya untuk melanjutkan pelajaran. Setelah kematian isterinya, Harun sering didekati oleh Zaitun dan menerimanya. Sedangkan beliau pernah berjanji pada Fatiha tidak akan menduakan arwah ibunya.

Fatiha perlu bersedia menerima ibu tiri dan kakak tiri bernama Areya. Malang menimpa ayahnya kemalangan dan terbunuh. Tinggallah Fatiha bersama ibu dan kakak tirinya. Sudah jatuh ditimpa tangga, Ibu tirinya telah menjual Fatiha kepada Rayyan seorang anak orang kaya.Harapan Zaiton, dia ingin membolot harta peninggalan arwah Harun hingga sanggup memfitnah Fatiha. Rayyan juga termakan hasutan Zaitun dan sentiasa memberi layanan yang buruk pada Fatiha. Fatiha terpaksa menjadi orang gaji di rumah Rayyan. Mujur Haziq dan ibu bapa Rayyan melayan Fatiha dengan baik. APAKAH KESUDAHANNYA???

Kalau x silap mamamyja tinggal lagi 5 episod jer nak habis. Hehe, ce la korang try menonton, Best, semua pelakon baru. Semuanya pandai membawa watak masing-masing. Bagi yang gemar menonton boleh guna Tonton tv3 ataupon others web yang share drama nih. Tapi better guna Tonton. Register dulu erk. hihik


Boleh klik pada gambar eh.. 


Haha, nih la penulis skripnyer. Faridah Ariffin. Hubby dia nyer gambar xd la eh. kuikui Mamamyja tumpang glamour kat blog je ler. Itu pun blog mamamyja sendiri. 

Hari nih mendung, sedap tidur nih. Tapi tidurku sudah tidak lena.. Ahaks

~ The End ~

3 comments: