Tuesday, 9 September 2014

CABARAN 30 HARI: HARI 9 - 5 LELAKI YANG MENARIK PERHATIAN ANDA



Assalamualaikum,

Hum, rumah xd internet. Ahhhh bosan giler. Cam ner nih boleh pecah kepala. Terpaksa lah mamamyja update dekat opis. Kebetulan pula today my bos el. Yahoooo !!!! boleh Draft sampai ke Cabaran yang termampu. Hahahaha. Macam xd keje kan? Padahal keje banyak nih, Mood nak bekerja sudah tiada. Haha

Cabaran Hari Ke-8 : 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda

Siapa "LELAKI" itu yer?? Pening nak describe nih..


1. Of cause la "My Hubby".  Mamamyja tertarik sebab senyuman dia. Bukan senang nak dapat tengok dia senyum. Muka nih la penenang Hati dan Jiwa mamamyja. Sehari x tengok fuh boleh meroyan... [dari couple lagi] hihik. Sekarang dah jadi Imam yang terbaik buat mamamyja. Sentiasa ada disaat  susah dan senang. K lah nak puji banyak2 takut nanti dia baca [kembang] pula. Hehehe


2. "Ayah", Sure x boleh lupa sebab ayah sebahagian yang membesarkan kita juga. Mamamyja tertarik dengan ayah dengan cara dia menjadi ketua keluarga. Sampaikan masa mamamyja dah besar teringinkan ciri2 suami LIKE cam ayah. Alhamdulillah, x banyak sikit ada juga dapat seakan2 ayah. Bersyukur sangat2. Mana ada manusia yang perfect betul x? hehehe


3. "My Son", sejuk perut ibu lahirkan kamu.. Syukur sangat Allah berikan ibu anak lelaki yang ibu x tahu nak cakap cam ner. Yang pastinya memang senang sangat ibu menjaganya.. Dia lah yang rapat dengan mamamyja. Mamamyja fully breastfeed dia sampai 2 tahun. Mamamyja harap sampai ke besar perangai dia sebegitu. Ibu akan sentiasa doakan kebaikan buat anak-anak ibu.

Lagi 2 apa yer? em... pening plak nak mencari huahaha.. so mamamyja go true sejarah Nabi yer..

4. "Talhah bin Ubaidillah r.a", yang pada perang Uhud terkena lebih dari tujuh puluh tikaman atau panah serta jari tangannya putus. Namun Talhah r.a yang sangat berani dan kuat inilah yang menjadi perisai melindungi Rasulullah S.A.W di saat-saat genting, beliau memapah Rasulullah S.A.W yang tubuhnya telah berdarah menaiki bukit Uhud yang berada di hujung medan pertempuran saat kaum musyrikin pergi meninggalkan medan peperangan kerana mengira Rasulullah S.A.W telah wafat. Saat itu Talhah r.a berkata kepada Rasulullah S.A.W, ”Aku tebus engkau ya Rasulullah dengan ayah dan ibuku.” Nabi S.A.W tersenyum seraya berkata, ”Engkau adalah Talhah kebajikan.” Sejak itu beliau mendapat julukan Burung Helang hari Uhud. 
Rasulullah S.A.W pernah berkata kepada para sahabatnya, ”Orang ini termasuk yang gugur dan barang siapa yang senang melihat seorang yang syahid berjalan di muka bumi maka lihatlah Thalhah.” 
Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Ash-Shiddiq r.a, selalu aktif di setiap peperangan selain Perang Badar. Di dalam perang Uhud, Beliaulah yang mempertahankan Rasulullah SAW sehingga terhindar dari mata pedang musuh sehingga putus jari-jari Beliau. Thalhah bin Abdullah gugur salam Perang Jamal di masa pemerintahan Ali bin Abi Thalib dalam usia 64 Tahun dan di makamkan di Basrah.

5. "Zubair bin Awwam ra", Azzubair bin Awwam r.a, sahabat yang berikutnya, adalah sahabat karib dari Talhah r.a. Beliau memeluk Islam pada usia 15 tahun dan hijrah pada usia 18 tahun. Dengan seksaan yang ia terima dari pakciknya sendiri. Kepahlawanan Azzubair ibnu Awwam r.a terlihat dalam perang Badar saat ia berhadapan dengan Ubaidah bin Said Ibnul Ash. Azzubair ibnu Awwam r.a berhasil menombak kedua matanya sehingga akhirnya ia tersungkur tak bergerak lagi, hal ini membuat pasukan Quraisy ketakutan.
Rasulullah sangat mencintai Azzubair ibnu Awwam r.a. Beliau pernah bersabda, ”Setiap nabi memiliki pengikut pendamping yang setia (hawari), dan hawariku adalah Azzubair ibnu Awwam.” Azzubair ibnu Awwam r.a adalah suami Asma binti Abu Bakar r.a yang menghantarkan makanan pada Rasulullah S.A.W saat beliau hijrah bersama ayahnya.
Pada masa pemerintahan Umar r.a, saat panglima perang menghadapi tentara Romawi di Mesir, Amr bin Ash r.a meminta bala bantuan pada Amirul Mukminin, Umar r.a mengirimkan 4000 tentera yang dipimpin oleh 4 orang panglima, dan ia menulis surat yang isinya, ”Aku mengirim empat ribu tentera bantuan yang dipimpin oleh 4 orang sahabat terkemuka dan masing-masing bernilai 1000 orang. Tahukah anda siapa empat orang panglima itu? Mereka adalah Ubadah ibnu Assamit, Almiqdaad ibnu Aswad, Maslamah bin Mukhalid, dan Azzubair bin Awwam.” Demikianlah dengan izin Allah, pasukan kaum muslimin berhasil meraih kemenangan.
Memeluk Islam juga karena Abu Bakar Ash-Shiddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada usia 64 tahun.

Hem, oklah kot sampai sini. Mamamyja nak sambung wat keje nih. Jap lagi petang sambung write cabaran seterusnya. Hihik, 

Mengharapkan line internet OK sudah di rumah malam nih.. 

14 comments:

  1. anaknya macam muka ibunya ..tang matanya.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, semuanya lelaki yang baik-baik :)

    ReplyDelete
  3. hahaha...betul kann...nak puji suami lebih-lebih takut dia kembang pulak nanti. Lagi satu, saya malu sangat kalau dia baca... baca diam-diam belakang saya pastu buat tak tahu tak apa. Jangan baca depan-depan. Tak tau mana nak sembunyikan muka terus! :)

    ReplyDelete
  4. Ayah ! yes itu la lelaki semua org akan ada dalam list.

    ReplyDelete
  5. Alhamdullilah. Semuanya baik-baik. hehe.

    Anak akk ikut muka akk. Sejuk je nnti :)

    ReplyDelete
  6. betul laa mamamyja ! haha.. mimin pun confiused dengan cabaran kali ni. Sama ada ciri-ciri lelaki atau lelaki. haha. kena betulkan balik ni

    ReplyDelete
  7. muka u n hubby ade iras..hehehehe
    berjodoh kata orang tua2.. amin~

    ReplyDelete
  8. Semoga kekal bahagia di samping lelaki-lelaki pujaan hati tu....;-)

    ReplyDelete
  9. My son pun ada baju mickey mouse purple tu...hehe...

    ReplyDelete
  10. saya list kan ciri2lelaki. kalau lelaki saja tak tau nak bubuh sapa. haha

    http://coretancikfafa.blogspot.com/2014/09/cabaran30hari-day-9-5-lelaki-yang.html

    ReplyDelete