Monday, 29 September 2014

CABARAN 30 HARI: HARI 29 - BUNGA KEGEMARAN DAN ERTINYA PADA ANDA

Assalamualaikum,

Monday Blues, mamamyja sambung bekerja seperti biasa. Gagahi jua walaupun mood dah xd. Terpaksa menyiapkan kerja-kerja sebelum bercuti. Ya Allah x sabarnyer nak melahirkan.. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar. Insya Allah..

Lagi 2 hari cabaran pon tamat. Lepas tu rajin ker mamamyja nak update. Hehe...

Cabaran Hari Ke-29 : Bunga Kegemaran dan Ertinya Pada Anda


MAWAR PUTIH

First time mamamyja dapat bunga, time tu umur 19 tahun kot. Hahaha, mudanyer (gatalnyer aku nih) Time nih xtahu la dah declare ker belum, serius mamamyja lupa. Yang mamamyja ingat, dapat bunga nih la. Hanya sekuntum sahaja daripada ex boyfriend mamamyja (sekarang dah jadi suami). Itulah satu-satunya bunga yang mamamyja terima dan sampai sekarang xpernah2 dapat pon.. Hahahaha, sebabnya hubby kata beli bunga nih membazir, (baik abg bagi makanan

Maksud Mawar Putih

Menunjukkan kesucian dan kehormatan hati, bunga ros pengakuan , the bridal rose; 
"You are Heavenly", "I am Worthy of You". 

Dan maksud 1 kuntum adalah : cinta pandang pertama dan kamulah yang ku tunggu-tunggu.

Maknanya Pada Mamamyja

Dengan bunga tu lah kami couple sampai 3 tahun dan akhirnya mendirikan rumah tangga. Muda masa tu umur mamamyja.. rahsia hahaha (gatalnyer).. Tapi bukan sebab bunga nih kami bersatu, Qada' dan Qadar Allah telah menemukan kami berdua. 


Nih la gambar pertama kami. Haha, muka muda. Time nih sem berapa pon x ingatlah. Yang mamamyja tahu umur 19 tahun kot. Hahaha, inilah ex boypren mamamyja merangkap suami sekarang nih.. kuikui


Nih pula gambar tahun 2013 - 6 tahun anniversary.

Oklah, sampai sini sahaja yer. Ngantuknyer, nak tidur rasanya. Tapi tengah bekerja. Haha

~ The End ~

5 comments:

  1. wow! mawar putih ...nice. Tapi mawar putih susah nak cari lorr :)

    ReplyDelete
  2. Semoga berkekalan bahagia hingga akhir hayat...;-)

    ReplyDelete
  3. Wah, cinta yang berkekalan sepanjang zaman... un magnifique :D

    Mawar putih melambangkan permulaan satu penghormatan dan cinta kepada orang yang tersayang, serta harapan baik di masa akan datang.

    ReplyDelete
  4. Salam kenal, saya blogwalking kat sini, jemput singgah ke blog saya, http://ibu2ahmad.blogspot.com.

    ReplyDelete
  5. transform habis muka husband mamamyja. hikhik

    ReplyDelete