Thursday, 25 September 2014

CABARAN 30 HARI: HARI 25 - BERITA TERKINI YANG AKU BACA HARI INI

Assalamualaikum,

Entry nak cepat nih. Sambil2 buat kerja. Hehe, tengah sakit kepala nih ku gagahi jua pergi opis menyiapkan kerja-kerja yang terbengkalai tu ha. Ya Allah kuatkan lah semangatku ini. Drive pagi2 walaupun dah xlarat nih.

Jom menyahut cabaran seterusnya

Cabaran Hari Ke-25 : Berita Terkini Yang Aku Baca Hari Ini


myMetro - Penangan Cinta


Tampin: Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga ditemui tidak sedarkan diri di belakang sekolahnya dipercayai selepas meminum sejenis racun rumpai, semalam.
Difahamkan, dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa berusia 15 tahun dipercayai meminum racun rumpai di belakang sekolah berkenaan sebelum rebah. 
Menurut sumber, pelajar itu dipercayai baru putus cinta dikatakan gagal mengawal perasaan dan meminum racun yang dibawa ke sekolah secara diam-diam
"Selepas minum pagi di sebuah warung berdekatan, mangsa terus menuju ke belakang bangunan sekolah dan mengeluarkan botol racun daripada beg lalu meminumnya sebelum dia rebah dalam keadaan mulut berbuih".
" Pelajar itu bagaimanapun bernasib baik kerana di temui rakan yang terus memaklumkan kepada pihak sekolah sebelum dia dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan,"

Komen mamamyja

Kenapa nih dik oi. Kot yer pon putus cinta kenapa la buat perkara yang boleh membahayakan diri. Nih daripada tengok gambar cam bukan islam jer. Sebab kalau islam, kita masih lagi berpikir yang hukumnya membunuh diri sendiri. Belajar dulu ya dik, sampai berjaya lepas tu baru pikir soal cinta. 

Hehe, macam lah mamamyja xpernah bercinta time umur 15 tahun. Huahahaha

Oklah, malas pula nak ngulas panjang-panjang. Hehe, hari nih mamamyja dapat Gaji, Syukur Alhamdulillah, nak p shopping ar. (xsedar lagi ker awak tu tengah sakit) hihik...

6 comments:

  1. Itulah namanya budak-budak Mama, belum matang lagi... baru putus cinta dah nak bunuh diri, kalau dia tahu dia akan bertemu dengan ramai gadis yang hot dan menarik macam Ayuni bila dah besar nanti, tentu dia takkan bunuh diri, hehe :P

    Jom bershopping Mama, Ayuni pun baru dapat gaji ni :D

    ReplyDelete
  2. Dah nama pon bebudak kan mamamyja..jauh lagi perjalanan ..bunga pon bukannya sekuntum..
    Wah..mamammyja smpt lg nak shopping ya..owg gomen semua senyum meleret ari nie..ngee

    ReplyDelete
  3. aiyakk,,, budak2 sekarang putus cinta pon nak cabut nyawa.. byk sngt tgk drama la nia

    ReplyDelete
  4. mamayja memang superb mama. berblog time critical. huhu.

    budak2 zaman sekarang tak diugut buat macam tu, mesti bercinta. aneh-aneh jee bebudak ni

    ReplyDelete