Wednesday, 24 September 2014

37 Weeks - Dugaan 3rd Pregnant

Assalamualaikum,

Hari ni mamamyja cuti lagi. Kenapa?? Cam nih ceritanya..

Isnin - 22 September 2014

Jam 9 am mamamyja makan nasik + sayur kangkung + ikan keli sambal + asam pedas
Jam 1 pm mamamyja minum air cool blog choclate + roti
Jam 2 pm perut mamamyja memulas-mulas dan berangin.. keluar jer angin kat mulut nih ha..

mamamyja duduk berehat. baring, sapu minyak semua bagai, xjalan juga. Still angin and perut tu sakit

Jam 3.30 pm mamamyja terus balik rumah, xtahan sangat. Meeting pon x leh nak masuk.
Jam 4 pm sampai rumah, terus berlari ke toilet.. Hahahaha, habis muntah semua makanan yang mamamyja makan tadi. 
Jam 5 pm baby xgerak, dan perut asik mengeras sahaja. MIL suh pegi hospital untuk tengok jantung baby

Jam 6 pm mamamyja terus pergi Hospital Sungai Buloh. Register bagai, masuk tunggu giliran untuk wat CTG Scan.

Jam 7 pm, Sepatutnya CTG Scan tu 20 minit, tapi mamamyja nyer kes hampir 2 jam. Mau nak menangis, dengan berbantalkan selimut yang digulung-gulung. Dengan pinggang sakit sebab kena baring terlentang, kalau mengiring graf jantung baby xok. Dalam masa yang sama 2 kali mamamyja kena 'seluk' argh.. tidak..disebabkan diseluk terus bleeding. Kena masuk air juga sebab dehydrated. 


Jam 10 pm, Doctor 1 panggil, interview bagai.. Kena seluk lagi - Jalan x buka lagi. Baby pon x masuk lagi kat laluan.

Jam 11 pm, Doctor 2 panggil, scan perut.. Seluk lagi sekali, dah buka 2 cm. Lepas tu doc suruh wat CTG lagi sekali, kalau graft cantik mamamyja boleh discharge, kalau x.. Terpaksa la mamamyja check in

Jam 11.45 pm, CTG scan lagi sekali. Done for 20 minit. Tapi, laporannyer sudah ada contraction 20 minit. Hehe

Jam 1 am 23 September 2014, mamamyja boleh discharge. Balik jer rumah tido dalam keadaan contraction 20 minit. Mamamyja ingat akan bersalin 23hb tu. Rupanya, bangun subuh contraction tu hilang. Tapi mamamyja berusaha keras memanjat tangga sampai 20 x untuk bukakan cm tu.

Apakan daya, baby memang x nak keluar sekarang.. Hehehe xper lah nak, Ibu tunggu jer lah yer bila kamu nak keluar. Lgipon banyak keje ibu kat opis tu kan. 

Oklah sampai sini jer lah. Hari nih patutnya mamamyja kerja tapi terpaksa amik cuti lagi sebab Hubby dengan anak sulung mamamyja demam. Aik, ibu yang nak bersalin depa yang demam. xper lah semua semangat nak sambut orang baru. hahahah


10 comments:

  1. Seronoknya...x lama lg la tu kan.....

    ReplyDelete
  2. aduhaii, sakitnya mamamyja. semoga mamamyja kuat dan tabah ye. for the sweetybaby !

    ReplyDelete
  3. ishh tak dapat bayangkan kalau ayu kene cmtu mamamyja...
    mudah2an semuanye dipermudahkan
    insyallah

    ReplyDelete
  4. semoga mamamyja kuat mengharungi semua ni ya... susah jugak nak harungi masa2 nak bersalin ni ye.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksa kuat ayunie.. memang perit, itulah pengorbanan seorang ibu.

      Delete
  5. Sabar bebyk ye mama..tak lama lg je tuh. Insyaallah di permudahkan

    ReplyDelete
  6. ooooo...itu ceritanya. Okay , Semoga Allah permudahkan mamaMyja bersalin. Amin...

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudahkan segalanyer. Insyaallah tak lama lagi kluar lah baby yg dinanti2 dgn selamat.

    ReplyDelete
  8. Ayu tak leh makan ikn keli. Nnt jadi angin berpusing kat belakang badan. Haritu baca tulisan ust bahiyah.. Katanya wanita hamil xleh makan ikan berbisa.. Terus tobat xmakan dah.

    ReplyDelete