Tuesday, 30 September 2014

CABARAN 30 HARI: HARI 30 - PERKARA MENARIK YG SAYA BERBANGGA TAHUN INI

Assalamualaikum,

Entry yang rasanya kelam kabut mamamyja nak taip nih. Hehe, apa yer perkara yang menarik. Tetiba mamamyja buntu wat seketika. 

Cabaran Hari Ke-30 : Perkara Menarik Yang Saya Berbangga Tahun Ini

Mamamyja pregnant untuk kali ke - 3 dan akan melahirkan pada 9 Oktober 2014 Insyaallah

Melihat anak-anak mamamyja membesar dengan jayanya, abang 6 tahun dan kakak 3 tahun

Mamamyja pergi bercuti dengan family ke Langkawi


Bisness sampingan suami yang berjaya

Tercapai kursus lebih daripada 7 hari Tahun ini.


Mamamyja dapat siapkan Cabaran 30 Hari walaupun ada masa mamamyja sakit.

Akhir sekali dapat memiliki rumah sendiri dan tinggal sendiri tanpa bergantung dengan keluarga. Amin

Itu jer lah rasanya kot. Hehe

Oklah, mamamyja xd lah berbangga sangat. Biasa-biasa jerk pon. Hehe
Read more ...

Monday, 29 September 2014

CABARAN 30 HARI: HARI 29 - BUNGA KEGEMARAN DAN ERTINYA PADA ANDA

Assalamualaikum,

Monday Blues, mamamyja sambung bekerja seperti biasa. Gagahi jua walaupun mood dah xd. Terpaksa menyiapkan kerja-kerja sebelum bercuti. Ya Allah x sabarnyer nak melahirkan.. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar. Insya Allah..

Lagi 2 hari cabaran pon tamat. Lepas tu rajin ker mamamyja nak update. Hehe...

Cabaran Hari Ke-29 : Bunga Kegemaran dan Ertinya Pada Anda


MAWAR PUTIH

First time mamamyja dapat bunga, time tu umur 19 tahun kot. Hahaha, mudanyer (gatalnyer aku nih) Time nih xtahu la dah declare ker belum, serius mamamyja lupa. Yang mamamyja ingat, dapat bunga nih la. Hanya sekuntum sahaja daripada ex boyfriend mamamyja (sekarang dah jadi suami). Itulah satu-satunya bunga yang mamamyja terima dan sampai sekarang xpernah2 dapat pon.. Hahahaha, sebabnya hubby kata beli bunga nih membazir, (baik abg bagi makanan

Maksud Mawar Putih

Menunjukkan kesucian dan kehormatan hati, bunga ros pengakuan , the bridal rose; 
"You are Heavenly", "I am Worthy of You". 

Dan maksud 1 kuntum adalah : cinta pandang pertama dan kamulah yang ku tunggu-tunggu.

Maknanya Pada Mamamyja

Dengan bunga tu lah kami couple sampai 3 tahun dan akhirnya mendirikan rumah tangga. Muda masa tu umur mamamyja.. rahsia hahaha (gatalnyer).. Tapi bukan sebab bunga nih kami bersatu, Qada' dan Qadar Allah telah menemukan kami berdua. 


Nih la gambar pertama kami. Haha, muka muda. Time nih sem berapa pon x ingatlah. Yang mamamyja tahu umur 19 tahun kot. Hahaha, inilah ex boypren mamamyja merangkap suami sekarang nih.. kuikui


Nih pula gambar tahun 2013 - 6 tahun anniversary.

Oklah, sampai sini sahaja yer. Ngantuknyer, nak tidur rasanya. Tapi tengah bekerja. Haha

~ The End ~
Read more ...

Sunday, 28 September 2014

CABARAN 30 HARI: HARI 28 - 5 PERKARA BERMULA DENGAN ANDAINYA

Assalamualaikum,

Happy Sunday u olls, apa nak buat eh hari nih. Mamamyja seperti biasa, still memantau pergerakan baby. Terasa kesakitan senggugut tu kekadang ada. Ya Allah cepatkanlah kelahiran ini. Hehe, Esok dah hari Isnin, mamamyja kerja macam biasa. Mesti mood tu xd dah kan.. Still counting days untuk delivery.

Cabaran Hari Ke-28 : 5 Perkara Bermula Dengan Andainya


1. Andainya mamamyja teruskan sambung STUDY, mesti dapat kerja lagi bagus daripada ini kan? Gaji pon besar. Hehehehe

2. Andainya mamamyja KAYA, mesti mamamyja dapat pergi jalan2 merata-rata tempat kan??
(nak berjalan jer tahu. huhu)

3. Andainya mamamyja KAHWIN lambat, mamamyja mesti habiskan masa dengan enjoy jer.. 
(rugi kawin lambat)

4. Andainya mamamyja DIPANJANGKAN umur dan DIMURAHKAN rezeki, mamamyja nak jaga orang-orang yang mamamyja sayang. Suami, Anak, Ibu Ayah, Mil and Fil.

5. Andainya mamamyja terjumpa wang BERJUTA, mamamyja akan mendiamkan diri. HAHAHAH
(giler betul)

Oklah, itu andainya. Yang no.5 tu cam mengarut jer, hahaha. dah x tahu apa nak tulis tu yang merepek meraban ayat ke 5 tu. Sebenarnya tengah blur nih. hehehe 

~ The End ~
Read more ...

Saturday, 27 September 2014

CABARAN 30 HARI: HARI 27 - MOOD SAYA HARI INI

Assalamualaikum,

Cabaran demi cabaran telah mamamyja sahut. Tinggal lagi beberapa hari cabaran pon habis. Hehe, mamamyja seperti biasa. Bangun pagi2 mengharapkan keajaiban daripada Allah SWT supaya dipercepatkan kelahiran ini. Sentiasa berdoa semoga dipermudahkan semuanya. 

Cabaran Hari Ke-27 : Mood Saya Hari Ini

Banyak pula mamamyja rasa mood hari nih. Hehehe


Pagi-pagi bangun, mood terus jadi lain sebab perut sakit sangat. Rasa keras and senggugut sikit. Sekarang dah ok sikit, tapi baby cm kurang gerak jer. Sempit dah eh sayang. Keluarla cepat. Hihik


Tengahari nih mood nak makan pula. Mamamyja ada kenduri jap lagi kat Nice Banquet Hall, Rawang. Tapi masih berpikir nak pergi ke x. Sebab mood nak makan berat2 nih dah kurang sangat-sangat dah. Hehe


Petang mamamyja akan bertukar kepada mood nih, sebab nak pergi shopping. YEAY !!!! shopping apa lagi tu? semua dah prepair. Ala, mamamyja teringin nak makan JCO, dah lama x makan. Xkira nak makan juga. Hehehe


Bila malam mamamyja akan jadi mood begini, sebab nya takut nak tidur. Sakit sangat2. Baby suka mengeraskan badanya. Jadi mamamyja kena tidur mengiring dan bila nak ubah kedudukan, Ya Allah hanya Tuhan jer yang tahu betapa sakitnya perut ini. Sabarla wahai hati... 

Oklah, mamamyja nak menaip entry lain pula sementara menunggu untuk pergi makan kenduri. Bubuy
Read more ...

Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!

Assalamualaikum,


Happy Weekend !!! mamamyja bosan dah nih. Nak keluar jenjalan malas pun ada. Blogwalking je ler, then terjumpa Giveaway. Apa lagi, join lah. mana tahu ada rejeki. Heheheh


Sila Klik Banner untuk Join ^_^

GIVEAWAY nih berakhir 28 September 2014
jap jer (jam 11:59 tengah malam waktu Malaysia)


tengok hadiah nyer, menarik bukan... Jom pakat2 join giveaway nih yer. 

mamamyja nak tag;




Ok lah mamamyja nak buat kerja lain pula.. Bubuy
Read more ...

Friday, 26 September 2014

CABARAN 30 HARI: HARI 26 - GAJET KEPUNYAAN ANDA

Assalamualaikum,

Haha, dah malam baru nak update entry cabaran. Lagi beberapa minit dah ke Cabaran Hari Ke-27 tapi mamamyja tetap teruskan. ahahahha...

Cabaran Hari Ke-26 : Gajet Kepunyaan Anda


Tadaa.... nih la gajet mamamyja. Ngeee... 
Lappy Asus and Compaq
Hardisk Transcend 1 Tera
Samsung NOTE 2
Samsung S2, hubby pakai. hahahha
Mamamyja xreti la nak pakai banyak hp, padahal ada jer dalam simpanan. Blackberry sampai 2 apa nak buat pon xtahu. hihik


and the last one, mesti kena ada nih. NIKON DSLR D90. best ooo ...


walaupun mamamyja bukanlah amatur sangat, cuma nak kepuasan bergambar tu yang rembat DSLR nih. hahaha, duit taraf berpencen, rasa puas betul membeli. Hehehe... terasa nak tambah lagi satu gajet jer, tapi ahhh... kemahuan jer semua tu. kuikui

Oklah yer, nak masuk tido. Tapi mata x ngantuk la pulak. Cam ner nih... Taip entry untuk esok lah kan, pastu masuk tidur...
Read more ...

Thursday, 25 September 2014

CABARAN 30 HARI: HARI 25 - BERITA TERKINI YANG AKU BACA HARI INI

Assalamualaikum,

Entry nak cepat nih. Sambil2 buat kerja. Hehe, tengah sakit kepala nih ku gagahi jua pergi opis menyiapkan kerja-kerja yang terbengkalai tu ha. Ya Allah kuatkan lah semangatku ini. Drive pagi2 walaupun dah xlarat nih.

Jom menyahut cabaran seterusnya

Cabaran Hari Ke-25 : Berita Terkini Yang Aku Baca Hari Ini


myMetro - Penangan Cinta


Tampin: Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga ditemui tidak sedarkan diri di belakang sekolahnya dipercayai selepas meminum sejenis racun rumpai, semalam.
Difahamkan, dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa berusia 15 tahun dipercayai meminum racun rumpai di belakang sekolah berkenaan sebelum rebah. 
Menurut sumber, pelajar itu dipercayai baru putus cinta dikatakan gagal mengawal perasaan dan meminum racun yang dibawa ke sekolah secara diam-diam
"Selepas minum pagi di sebuah warung berdekatan, mangsa terus menuju ke belakang bangunan sekolah dan mengeluarkan botol racun daripada beg lalu meminumnya sebelum dia rebah dalam keadaan mulut berbuih".
" Pelajar itu bagaimanapun bernasib baik kerana di temui rakan yang terus memaklumkan kepada pihak sekolah sebelum dia dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan,"

Komen mamamyja

Kenapa nih dik oi. Kot yer pon putus cinta kenapa la buat perkara yang boleh membahayakan diri. Nih daripada tengok gambar cam bukan islam jer. Sebab kalau islam, kita masih lagi berpikir yang hukumnya membunuh diri sendiri. Belajar dulu ya dik, sampai berjaya lepas tu baru pikir soal cinta. 

Hehe, macam lah mamamyja xpernah bercinta time umur 15 tahun. Huahahaha

Oklah, malas pula nak ngulas panjang-panjang. Hehe, hari nih mamamyja dapat Gaji, Syukur Alhamdulillah, nak p shopping ar. (xsedar lagi ker awak tu tengah sakit) hihik...

Read more ...

Wednesday, 24 September 2014

37 Weeks - Dugaan 3rd Pregnant

Assalamualaikum,

Hari ni mamamyja cuti lagi. Kenapa?? Cam nih ceritanya..

Isnin - 22 September 2014

Jam 9 am mamamyja makan nasik + sayur kangkung + ikan keli sambal + asam pedas
Jam 1 pm mamamyja minum air cool blog choclate + roti
Jam 2 pm perut mamamyja memulas-mulas dan berangin.. keluar jer angin kat mulut nih ha..

mamamyja duduk berehat. baring, sapu minyak semua bagai, xjalan juga. Still angin and perut tu sakit

Jam 3.30 pm mamamyja terus balik rumah, xtahan sangat. Meeting pon x leh nak masuk.
Jam 4 pm sampai rumah, terus berlari ke toilet.. Hahahaha, habis muntah semua makanan yang mamamyja makan tadi. 
Jam 5 pm baby xgerak, dan perut asik mengeras sahaja. MIL suh pegi hospital untuk tengok jantung baby

Jam 6 pm mamamyja terus pergi Hospital Sungai Buloh. Register bagai, masuk tunggu giliran untuk wat CTG Scan.

Jam 7 pm, Sepatutnya CTG Scan tu 20 minit, tapi mamamyja nyer kes hampir 2 jam. Mau nak menangis, dengan berbantalkan selimut yang digulung-gulung. Dengan pinggang sakit sebab kena baring terlentang, kalau mengiring graf jantung baby xok. Dalam masa yang sama 2 kali mamamyja kena 'seluk' argh.. tidak..disebabkan diseluk terus bleeding. Kena masuk air juga sebab dehydrated. 


Jam 10 pm, Doctor 1 panggil, interview bagai.. Kena seluk lagi - Jalan x buka lagi. Baby pon x masuk lagi kat laluan.

Jam 11 pm, Doctor 2 panggil, scan perut.. Seluk lagi sekali, dah buka 2 cm. Lepas tu doc suruh wat CTG lagi sekali, kalau graft cantik mamamyja boleh discharge, kalau x.. Terpaksa la mamamyja check in

Jam 11.45 pm, CTG scan lagi sekali. Done for 20 minit. Tapi, laporannyer sudah ada contraction 20 minit. Hehe

Jam 1 am 23 September 2014, mamamyja boleh discharge. Balik jer rumah tido dalam keadaan contraction 20 minit. Mamamyja ingat akan bersalin 23hb tu. Rupanya, bangun subuh contraction tu hilang. Tapi mamamyja berusaha keras memanjat tangga sampai 20 x untuk bukakan cm tu.

Apakan daya, baby memang x nak keluar sekarang.. Hehehe xper lah nak, Ibu tunggu jer lah yer bila kamu nak keluar. Lgipon banyak keje ibu kat opis tu kan. 

Oklah sampai sini jer lah. Hari nih patutnya mamamyja kerja tapi terpaksa amik cuti lagi sebab Hubby dengan anak sulung mamamyja demam. Aik, ibu yang nak bersalin depa yang demam. xper lah semua semangat nak sambut orang baru. hahahah


Read more ...

CABARAN 30 HARI: HARI 24 - RUMAH IMPIAN ANDA

Assalamualaikum

Ku sahut juga cabaran walaupun dalam keadaan sakit nih. Nanti mamamyja cerita eh.. hihik

Cabaran Hari Ke-24 : Rumah Impian Anda

Nak story apa pasal rumah nih x tahu lah, sebab rumah impian nih nak dikatakan boleh dapat tu memang susah. Melainkan mamamyja betul2 mampu. Apa pun sekarang mamamyja bersyukur sebab dah punyai rumah sendiri walaupun ia bukanlah yang di impi2kan.. Tinggi rumah mamamyja. hahahaha

[sumber google]

Cantik x? English style, agak2 bila lah dapat eh? hahahah berangan boleh lah mamamyja oi

Oklah, mamamyja nak berehat jap. Perut dan baby tengah stress nih.. ^_^


Read more ...

Tuesday, 23 September 2014

CABARAN 30 HARI: HARI 23 - PEKERJAAN ANDA INGIN SELAIN KERJA SEKARANG



Assalamualaikum,

Wah, nak kerja apa eh?? Hihik mamamyja buntu wat seketika. 

Cabaran Hari Ke-23 : Pekerjaan Yang Anda Ingin Selain Kerja Anda Sekarang

 [sumber google]

Juruteknik Komputer

hehe.. nak jadi juruteknik komputer tapi xnak isi SPA, kalau mamamyja isi sama batch hubby, mesti dapat kan. masa tu memang jawatan baru diujudkan dan nak guna ramai. Dapat juga panggilan SPA untuk Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (FT29), tapi gagal. xd rezeki mamamyja. sob..sob ...

[sumber google]

Tenaga Pengajar Komputer

Memang minat bidang nih tapi mamamyja lebih suka mengajar tentang Microsoft. Memang minat giler, sampai rasa nak bukak 1 kelas komputer. Tunggu lah bila ada rezeki lebey sikit. Bestnyer .. kedai dah der, budget nak beli komputer tu belum der. Kena cari sponser, ada sapa2 nak sponser x?

Oklah sampai sini sahajalah, mamamyja nak siapkan entry untuk esok pula.. 

Read more ...

Monday, 22 September 2014

CABARAN 30 HARI: HARI 22 - DESTINASI PERCUTIAN IMPIAN


Assalamualaikum,

Isnin sudah, cepat tul masa berlalu. Next week dan pengakhiran bulan September.. Ok lah entry serba lengkap coz nak siapkan kerja nak masuk meeting petang nih.

Cabaran Hari Ke-22 : Destinasi Percutian Impian


[google pic]

Wow, memang rasa nak pergi. Tapi mamamyja rasa kos yang amat tinggi. Hehe, apapun tunggulah bila ada rezeki nanti. Leh Honeymoon lagi. Nih asik honeymoon kat Langkawi jerk, dah naik bosan. 

[google pic]

pergh... best2, Anak dah nak masuk 3 pon nak honeymoon lagi ka? ^_^ [xsalah kan]

Oklah mamamyja nak sambung wat keje. Bubuy, nanti time lunch mamamyja singgah blogwalking yer.
Read more ...

Sunday, 21 September 2014

CABARAN 30 HARI: HARI 21 - TEMPAT YANG ANDA INGIN PERGI DAN TAK PERNAH PERGI



Assalamualaikum,


Kejap jer dah hari ahad. Cepat betul masa berlalu kan. Today besday anak sulung mamamyja yang ke-6. Malam nih nak keluar pergi celebrate besday dia. Actually mamamyja x pernah pon nak buat besday party. Kenapa eh? entahlah. Mungkin masing-masing ada pendapat tersendiri kan??

Cabaran Ke-21 : Tempat Yang Anda Ingin Pergi dan Tak Pernah Pergi

Of cause Tanah Suci Mekah

Mamamyja x pernah pergi, tapi hubby mamamyja rajin pergi sana. Rezeki dia.. Hihik. Bila lah mamamyja dapat pergi eh? Haji pon mamamyja dah register, cuma sedih sebab xdapat pergi dalam service. Tahun 2053 kalau x silap. Mamamyja dah pencen dah pon. Rugi sikit sebab kerajaan bagi cuti 40 hari sekali xdapat pergi. Hum....

Bukit Tinggi


Macam kelakar jer, orang lain dah pergi. Mamamyja xpernah-pernah jejak lagi. Nak wat cam ner duit x berapa nak cukup [tapi langkawi tiap-tiap tahun] sama ker kos nyer?? hahaha, mungkin sebab malas nak drive tu yang jadi xpernah nak pergi tu. Ngeee, Tapi best ker Bukit Tinggi nih? Sesiapa yang pernah pergi share la pengalaman dengan mamamyja eh??.  

Oklah, mamamyja nak berehat sekejap then sambung  buat kerja lain. Nak buat kerja rumah, dah x duduk rumah dah. Sebab dah nak bersalin. Sekarang mamamyja tinggal di rumah MIL.. huhu

Read more ...

Saturday, 20 September 2014

CABARAN 30 HARI: HARI 20 - QUOTE KEGEMARAN ANDA

Assalamualaikum,


Happy Weekend you oulls. Hahaha, per program hari nih? Mamamyja duduk rumah jer xd g memana pon. Bosan pulak rasanya, tengok lah petang nanti kalau dah bosan tahap gaban nanti. Keluar jugak window shopping. 

Cabaran Hari Ke-20 : Quote Kegemaran Anda


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka" - Ar-Ra'd:11

Mamamyja suka sangat dengan Quote nih, sebab motivasi yang penuh makna dan mudah untuk kita fahami. 

Ok lah done Cabaran hari nih. Tunggu cabaran esok pula. 

Read more ...

Friday, 19 September 2014

CABARAN 30 HARI: HARI 19 - 1 RESEPI KEGEMARAN ANDA

Assalamualaikum

Haha, cabaran masak memasak pula. Hihik, actually mamamyja nih xd la pandai sangat masak. So, masak cincai-cincai boleh lah. Apa yang nak di share kan eh? Resepi kat rumah mamamyja ler, memang x hafal. Cm ner nih, gambar pon xd. Macam x tersehut jer cabaran resepi kegemaran nih. Hehe

Cabaran Hari Ke-19 : 1 Resepi Kegemaran Anda

Arghhhh... pecah kepala nak ingat. tapi mamamyja cuba eh hehehhe

Bahan-Bahannya

Bahan A
~ 1 Cawan Serbuk Koko Van Hountan
~ 1 Cawan Gula Pasir
~ 1 Cawan Air

Bahan B
~ 250 g Buttercup
~ 1 Cawan Gula Pasir
~ 2 1/2 Cawan Tepung Gandum (telah diayak bersama-sama baking powder dan sodium bicarbonate)
~ 1 tsp Baking Powder
~ 1/2 tsp Sodium Bicarbonate
~ 1 tsp Essen Vanilla
~ 6 Biji Telur Gred C (kuning sahaja)

Cara-caranya
1. Campurkan semua Bahan A dan masak sehingga nampak berkilat. Selalu kacau dan api kecik takut hangit pula.
2. Pukul butter dan gula pasir sehingga kembang
3. Masukkan Icing Vanilla, pukul lagi
4. Masukkan telur satu persatu, pukul (tapi jangan terlalu lama)
5. Masukkan Tepung yang telah di ayak berselang-seli dengan bahan A tadi. Juga pukul jangan terlalu lama
6. Bakar pada suhu 170 degree selama 20 minit @ sehingga masak
7. Siap


Ala, kek dah siap xd la snap pic. Nih pon dah lama gambar nih. Sebab nak tunjuk kat mak jer nih. heheheh

Oklah, mamamyja nak sambung keje nih. Nak kemaskini Buku Service Staff. Mood kat Hospital dah nih, Haha, boleh ker mcm tu. Kuikui
Read more ...

Thursday, 18 September 2014

Liebster Award Tagged by DIANAADHA

Assalamualaikum,

Akhirnya, kali kedua mamamyja di 'tag'. Kali nih oleh DIANAADHA. em, xper terima kasih dan mamamyja cuba untuk menjawabnyer. hihik


Peraturan Liebster Award :

Mention the person who nominated you with a link to their blog
Answer the 11 questions asked
Nominate 11 other blogger with a smaller following but with lots of potential
Create 11 of your own questions for them to answer
Notify your nominate

1. Bila anda start Blog?
Pada 31 Disember 2008. Blog mamamyja yang lama, mamamyja dan sekarang yang baru dikenali sebagai M@m@MYJA.com

2. Nama manja
Eyja [macam x manja jer kan] hehehe

3. Tiga perkataan menggambarkan diri anda
~ Cerewet [dari segi kerja]
~ Suka Bergaya
~ Kuat Shopping

4. Status sekarang?
Sudah berkahwin pada Tahun 2007

5. Heels or flats?
Kedua-dua nya pon boleh .. [boleh jenguk sini]

6. Favourite Blogger
Barely Supermommy - Blog Dr. Halina [boleh jenguk sini]

7. Warna Kegemaran
Biru & Pink

8. Teh @ Coffee?
Kedua-dua x minat. Lebih suka MILO ...

9. Benda paling berharga yang pernah dimiliki
Apa yer?? Suami dan anak kot.. dan sampai sekarang memilikinyer

10. Apa yang anda buat bila sedih
Nanges sepenuh hati sambil makan coklat

11. Selain seorang blogger, anda seorang ....
Ibu kepada 2 orang anak, insya allah bulan 10 nanti 3 orang. Seorang government servant lagi apa eh, itu jer kot. hahahah

Oklah, mamamyja dah jawab eh. Tapi mamamyja x leh nak ajukan soklan pula, sebab kekangan masa. Diharap DianaAdha berpuas hati.. heheheh

Tata titi Tutu ...

Read more ...

CABARAN 30 HARI: HARI 18 - SIRI TV KEGEMARAN

Assalamualaikum,

Hahaha, kena taip cepat-cepat nih before kul 8. Kerja menimbun kat atas meja nih. Nak kena siapkan esok dateline. Malam tadi langsung xleh nak access internet. Ntah kenapa pon xtahu, huhu

Cabaran Hari Ke-18 : Siri TV Kegemaran

{sumber google}

Actually mamamyja xsuka sangat tengok TV, kenapa eh???

Nak layan satu-satu cerita sampai habis, huh memang letih. Terutama AKASIA, siaran yang ganggu waktu maghrib. adoi pernah terjebak sekali, Bila azan kelam kabut. [mr. arrogant] sure ramai yang tengok kan. Memang best pon citer tu

Sure anak-anak join sekali tengok kan? tu yang x best. Sebab pada mamamyja banyak negatif daripada positif. Memang ia ada pengajaran, tp mamamyja rasa baik tutup daripada tengok.. hehehe
[pada persepsi mamamyja lah]


Cuma mamamyja layan ASTRO WARNA.. hahaha
Maharajalawak Mega, Karoot Komedia, Cakap Melayu Lah... xpernah mist.. hehehhe

Oklah habis cabaran hari ke-18. Ngeee, Ngantuk nih. malam tadi xleh nak tidur. Asik terjaga jer.. 
Read more ...

Wednesday, 17 September 2014

WORDLESS WEDNESDAY - Selfie @ Office

Assalamualaikum,

Muka den dah sembab, gemoks... coz tunggu masa nak delivery.. hihik dan yang sebenarnya tiada mood dah nak kerja nih. 

xsabar nak kuyus... tata titi tutu ....


Read more ...

CABARAN 30 HARI: HARI 17 - 5 PERKARA YANG ANDA RINDUKAN


Assalamualaikum

Kejap jer dah cabaran ke 17, hihik, rajin betul mamamyja nak update selalu. Even tengah sarat-sarat nih. huahahah. Malas nak celoteh panjang lah, kita teruskan ke cabaran eh..

Cabaran Hari Ke-17 : 5 Perkara Yang Anda Rindukan

1. Rindu zaman belajar dulu


Kami memang rapat bertiga, rindu segala aktiviti yang dilakukan bersama-sama. Rindunyer huaahahah


yang nih kawan tempat mamamyja luah perasaan. Huhu, tapi sekarang masing-masing dah kawin. Jarang dah kami berjumpa. Kalau jumpa pon angkut la tentera-tentera masing2.

2. Rindu kat Tokwan


Dulu tokwan selalu bawa mamamyja jalan-jalan, minum kopi pagi2 naek basikal tua tu. Tapi semua tu sekejap jer sampai mamamyja darjah 3. Rindu saat2 tu. Al-Fatihah buat tokwan

3.Rindu zaman kerja Giant


Hehe, ntah haper2. Tapi seriously banyak2 kerja mamamyja suka kerja sini. Why, sebab banyak benda mamamyja belajar. Jawatan mula2 Account Assistant, pastu Human Resource then terus buat kerja-kerja amal seperti jadi cashier, artist yang tulis2 poster tu. heheheh best tau. Yang tu, kawan yang mula2 mamamyja kenal. Tapi semua itu cuma 2 tahun, mamamyja dapat tawaran kerja goverment. Terpaksa melangkah pergi. Hehehehe

4. Rindu Kucing


Actually bukan kucing ini yang mamamyja rindukan. Kucing nih giler. Suka gigit kaki orang. Xsuka!!!! tapi kucing nih mamamyja kutip kat tengah jalan yang sibuk tu. Sempat berhenti kereta amik 'dia'. Selamat juga kereta belakang jauh. heheheh. Ada lagi seekor kucing warna kuning yang kembang ekornya macam tupai. Ha, yang tu mamamyja rindu sebab berhabis duit bagai g klinik untuk sembuhkan kulit dia yang disiram air panas. Kejam betul orang tu !!!!  Tapi kucing tu mamamyja rasa ada yang membuangnya, sebab masa mamamyja bela dia, i tengah pregnant. uuuuu

5. Rindukan telatah masa anak2 kecik [sehingga besar mamamyja akan rindu]


Mamamyja rindukan saat diorang kecil. Telatah dorang, Yang paling penting bau-bauan mereka. Fuh, menusuk dikalbu betul dan insyaallah mamamyja akan lalui saat ini lagi bulan depan.. yehuuuu Tapi bukan masa kecil jer eh.. 

Oklah malam tadi xsempat nak draf, Pepagi buta nih baru terhegeh2 nak update. Klah nak cau. Banyak kerja nak kena siapkan before maternity leave... ah xsabar nak rehat sepuas-puasnyer...
Read more ...

Tuesday, 16 September 2014

CABARAN 30 HARI: HARI 16 - SIAPA, BAGAIMANA ANDA 10 TAHUN LAGI

Assalamualaikum,

Semalam mamamyja MC lepas check up dapat lak mc dari doktor sebab sakit tang pinggang and tulang  punggung. So, hari nih Public Holiday 1 Malaysia. Apa nak buat yer, seperti biasa cabaran mesti disahut selagi mamamyja x admit nih. Hehe...

Cabaran Hari Ke-15, impak betul, mamamyja baca pon masih sedih lagi.. Hehe, kenapa eh. Wanita cair betul hati nya kan... ok lah mamamyja teruskan untuk cabaran seterusnya eh.

Cabaran Hari Ke-16 : Siapa, Bagaimana Anda 10 Tahun Lagi

Belanja gambar sekeping


Dataran Lang, Langkawi, Tahun 2014
{anak sulung mamamyja suka wat gaya yang pening cam nih.. susah tul nak snap pic betul2}

Umur mamamyja sekarang rahsia. Poyo rahsia la sangat, Tapi masih dalam lingkungan sweet 30 lah pada 10 Tahun akan datang. So apa yang akan terjadi?? Kita sendiri pun x tahu kan. Ini semua Qada' dan Qadar dari Allah. Yang kita mampu adalah merancang. 

In Sya Allah anak mamamyja dah cukup 5 orang, sebab mamamyja memang nak anak 5. Sekarang nih pon mamamyja 3 beradik, belah hubby pon 4 beradik jer. Sikit jer, sebab itulah mamamyja nak 5 orang anak.

In Sya Allah, anak sulung mamamyja sudah pun dah 16 tahun

In Sya Allah, mamamyja sudah pun naik pangkat. [cam confident jer]

In Sya Allah, anniversary yang ke-16

In Sya Allah, dipanjangkan umur. Dimurahkan rezeki, Dikurniakan anak-anak yang berjaya dunia dan akhirat. Dikurniakan keluarga yang bahagia di dunia dan di akhirat. Amin

Oklah sampai sini sahaja Cabaran mamamyja kali ini. Nak letak gambar 10 tahun akan datang memang xd la kan. Xlogik pon ada.. hehehe
Read more ...

Monday, 15 September 2014

36 Week Pregnant

Assalamualaikum,

Petang-petang nih tengah free nak update blog lah, kali nih pasal pregnancy. Dah lama x update. tapi tiap2 hari mamamyja post pasal cabaran 30 hari tu. Best sangat sebab banyak komen dan mamamyja pon rajin visit. Suka baca cabaran diorang.

Simptom-simptom yang mamamyja alami sekarang nih

~ sakit punggung
~ perut rajin mengeras
~ tidur tidak lena, rasa nak tidur duduk sebab bila baring baby akan keraskan badan dia
~ sakit bahagian bawah. [myb sebab dah berat nih]
~ susah nak bangun bila dah baring, perut dah besar agaknyer. 
~ lenguh kaki
~ sakit pinggang


Barang first batch mamamyja beli, baju baby 5 pasang semua size 6-12. Kenapa beli besar eh? sebab senang, x yah beli banyak kali. Baby mamamyja akan kuar 2.5 ke atas dan kurang drpd 3.0 kg. sebab tu kalau size 0-3 xberapa nak muat sangat.. hehhe


Baju second batch belah kanan, yang sebelah kiri baju abang and kakak dia yang masih elok lagi sebab baju tu size 0-3. xpakai lama sebab x berapa muat dengan diorang.


Proses membuang tag price dan terbalik kan baju sebab nak basuh.. weee


Dah siap basuh sidai ler... eeee bestnyew. Tengok tu xpernah dapat like sebanyak tu. hahaha jakun


Dah kering, lipat masuk beg dan box.. 


Nih pula Mittens and Booties abang dengan kakak. Mamamyja nak basuh sebab tu tengah match2kan mana tahu der yang hilang. Hehe


Yea... dah siap semuanya, mamamyja pon packing dalam bag. Hitam bag ibu dan yang coklat bag baby.. 

Seperti kebiasaannya mamamyja akan tunggu keluar tanda je nih. Seperti anak-anak sebelum nih tanda mamamyja adalah darah. So, kalau dah der tanda tu.. Suprise.. haha, mulalah naek turun tangga nanti. Supaya mempercepatkan lagi bukaan nyer. Contraction toksah citer lah, memang dah x boleh nak duduk @ baring.. mesti nak berjalan. Nanti darah mamamyja akan berciciran di lantai.. Sian cleaner tu nak kena bersihkan.. 

Oklah mamamyja nak ready dah nak magrib nih.. Bubuy

Read more ...