Friday, 22 August 2014

#Throwback Pregnant

Assalamualaikum,

Yeay !!!! hari nih mamamyja cuti. Apply cuti la, letih sangat rasanya bekerja. Poyo giler. Padahal, ada benda yang perlu disettlekan. Mamamyja nak pergi register sekolah anak sulung mamamyja nih. Kejap jer dia dah Darjah 1. Oh TIDAK !!!!! mamamyja dah nak tua. ngeh3.. xsanggup nak terima kenyataan, tetapi sedarlah bahawa next year mamamyja 30 series. huhu...

Ok, entry kali nie mamamyja nak cerita pasal pregnant. Tapi xd lah detail giler. Sebab nya, banyak jugak yang mamamyja lupa saat2 mengandung. Yang mamamyja ingat ialah, mamamyja nih jenis yang x alah walaupun dah mengandung ketiga kalinya. Berselera makan sampaikan terpaksa control sebab nya sejarah kencing manis. Memang sedih. Anak kedua sampai yang ketiga nih, tiap2 2 weeks mamamyja akan buat BSP sendiri dan control makan. Sabar jer lah yer.. Dugaan, mudah2an dengan bersusah payah time mengandung nih, senang bila nak bersalin nanti. Insya Allah...


Jom layan gambar eh.. Boleh tengok dan bezakan hihik


 Time nih preggy anak sulung.
Kerja kat Giant masa tu, tapi pic nih masa majlis farewell aku. rasanya 1 week notice jer kot. sebab dapat panggilan melapor diri on 26.8.2008
Berat masa awal mengandung 43.5kg 7 weeks
37 weeks berat dah 58kg
Due sepatutnya 5.10.2008 tapi akhirnya lahir pada 21.09.2008 cepat kan? hehehe
21 Ramadhan 1429 (Ahad) @ 0327am, 3.17kg, Boy, Hosp. Selayang
sepatutnya lahir Syawal tapi baby dah x sabar nak lahir.. Ramadhan dia keluar. Alhamdulillah Syukur

 Okay, time nih anak no 2 pula. 
Time nih mamamyja dah bertukar ke Opis baru, sebabnya travel heavy sangat dari Kuang ke Putrajaya. Sampai bleading. So, nak x nak mamamyja terpaksa apply pertukaran supaya dekat sikit. 
Berat masa awal mengandung 46.6kg on 8 weeks
berat akhir 59.5kg on 38 weeks
Due sepatutnya 17.10.2011 tapi baby nak keluar awal sikit jerk 12.10.2011 lahir lah seorang baby girl pula.
14 Zulkaedah 1432 (Rabu) @ 0008am, Girl, 2.97kg, Hosp. Sg. Buloh
awal dalam 5 hari jer. Alhamdulillah syukur sihat tubuh badan. Amin



Time nih, sekarang nih la yer. Mengandungkan anak no. 3
Tempat kerja yang sama, xd tukar2 lagi. Belum der rezeki nak tukar kemana2 pon. 
Berat awal mengandung 46.6 on 13 weeks
Kali nih mamamyja rasa kecik sikit berbanding sebelum2 nih. Coz diet on control. Maklumlah kan.. Sedih rasanya, walaupun tiada alah tapi mamamyja terpaksa mengawal makan. Nak x nak kena buat demi baby dalam perut nih. Xd la teruk sangat GDM mamamyja nih. Cuma kena beringat2 supaya tidak menjadi teruk sampai kena insulin.
So, due sepatutnya 9.10.2014. Mudah2an dipercepatkan lagi tarikhnyer. InsyaAllah. Mamamyja harap semuanya berjalan dengan lancar hendaknya. 
Berat mamayja sekarang 53kg on 32 weeks. 
Masalah yang sering berlaku tiap kali mengandung adalah HGB mamamyja. Asik below dari 11g/dl
Baby apa eh? hahah, rahsia. pernah juga scan rituh. Tapi doc tu x confident jawab. So mamamyja malas lah nak amik port. Apa2 pun tunggu jer lah baby apa yang keluar eh. Kalau dalam kalender cina, Girl. Tapi ntahlah.. hahaha. Dah tinggal sebulan jer lagi, baju baby pon mamamyja x beli lagi, xpacking pon lagi, napkin2 semua belum basuh lagi. Aduhai apa nak jadi nih.. Hehe, kang semua nak buat last minit punya persiapan. Ggggrrr ... ahaks

Oklah yer, panjang pulak mamamyja berceloteh. Nanti kalau der masa mamamyja write lagi eh. mamamyja sure akan update saat2 bersalin nanti, cuma bila dah boleh pulang dari hosp. lah. Boleh review previous delivery mamamyja masa anak kedua.

~ THE END ~

12 comments:

  1. mama mengandung no 2 teruk sikit. takde mual atau letih ke apa, tapi sakit nak berjalan.. baby dah termasuk seawal 5 bulan kat laluan.. doktor tak bagi keluar kemana2. memerap kt rumah,.. bila jalan sikit rasa sakit dan nyilu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah.. bila jalan jauh sikit jer sakit ya amat sangat. Tapi xdlah seawal mama... hihik

      Delete
  2. Sy 37week mybe nk masuk 52kg kut.. 3bln sblm bersalin ni kuat mkan. Nak2 alahan dh xde ni.. Skrng ni tnggu masa je. Hrap2 bby jgn la kuar lmbt2.. Risau kna induce je.. Dh la bby first..

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. nak dekat dah. sama la ngan sy. kuat makan dah sekarang. Tkut pula gula naek sebab berat badan naik. ehehe, insyaallah dipermudahkan semuanya. banyakkan baca surah maryam ya..

      Delete
  3. bestnye tgk mamamyja dah nak masuk no.3.. bg aura sket kat sue ni.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak aura? mai sini. hehehehe.. kalau nak tips leh jer. jangan segan silu pm. insyaallah boleh bantu..

      Delete
  4. Bestnye tgk mommies preggy...hope one day my turn will come around..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah. Banyakkan usaha dan doa.

      Delete
  5. Semoga Allah permudahkan semuanya..Alhamdulillah..5 orang anak semua mudah bersalin dan tak banyak ragam

    http://acikwatie.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Ringan je mamamyja. Ayu 6 weeks 53kg. Skrg 7 weeks 58kg.

    ReplyDelete
  7. Eh maap. 27 week..58kg. Tp masa early prgnncy tu turun 3kg+ gak. Pastu naik dgn jayanya.

    ReplyDelete