Sunday, 29 December 2013

Penghujung Tahun 2013

Assalamualaikum...

Hi, tengah wat apa tu? Mamamyja write nih pon sambil mengoreng ikan. Haha, mudah2an ikan ku x hangit didapur tu ya. Bila lah ada masa nak write lagi kan.. maklumlah sekarang nih tengah buzy menanggung kerja kawan. Dengan penghujung bulan yang sememangnya mamamyja banyak kerja. hahaha. Baru jer lepas Office Conference.. disusuli pula dengan LNPT yang telah dinilai.. berapakah bos bagi markah dekat mamamyja erk.. ah lupakanlah yer. tapi takut tahun depan sejarahnya berulang kembali. Apa pun terpulanglah kan. Mamamyja dah buat sehabis baik. Dimata orang kita xtahu.. Redha jer lah segala keputusan yang telah diberikan. Hihik

Ok lah seperti biasa tiap2 hujung tahun. Mamamyja akan bawa pulang Buku Cuti opis untuk dikemaskinikan di rumah. Kenapa x buat kat opis eh??? xd masa kot. baru nak sentuh jerk ada benda lain yang datang. Better lah kan mamamyja bawa pulang kat rumah. tapi ia telah mengganggu masa dengan suami dan anak2. Jangan risau mamamyja akan buat masa dorang tido tengah hari.. hahahah...

 nih ler Buku Cuti opis mamamyja. tahun nih biru tua, tahun depan hitam pulak... tahun 2015 ?? merah boleh?

 disebabkan tahun nih nak cepat jadi semua mamamyja kena tulis sendiri. Kalau x sebelum nih mamamyja taip terus print jer. senang

 nih x siap2 lagi. Bila nak siap nih? hadoi pening plak. cam xd masa jerk

aik kenapa ada LESEN nih?? tadaaa... tengah nak bg tahu yang mamamyja dah lulus lesen [poyo giler] dah tua2 baru nak amik.. Syukur Alhamdulillah. cuma sekarang nih mamamyja masih lagi takut2 nak bawak.. adoii ce la hilang perasaan tuh. cam ner nak xpert cam orang lain nih?

Hihik nak story apa eh?? ok lah kita rewind balik per yang dah berlaku kat mamamyja Tahun 2013 nih eh.. sebenarnya banyak. tapi mamamyja akan letak separuh jer lah eh..

  1. Blog mamamyja dah berwajah baru ... penat mamamyja tempah. sampai sekarang masih menggunakan lagi. kalau x dulu asik tukar2. 
  2. Anak sulung mamamyja dah start Tadika 5 Tahun. Alamak pasal entry dia pergi sekolah xd plak.. huhu. Yang ada pasal  Sukan Tahunan dia jerk. hehehe
  3. Mamamyja dapat Panggilan Interview ... syoknyer
  4. Mamamyja pergi bercuti merelease tension .. hahahah 5 hari 4 malam tu. Dekat Langkawi lagi.. 
  5. Mamamyja amik exam KPSL Tahun 2013 dan alhamdulillah mamamyja LULUS paper yang direpeat tu ha.. 
  6. Mamamyja dah pun beli rumah di Laguna Biru, Kundang. Entry selebihnyer boleh jengah kat right side bar Blog mamamyja eh.. 
  7. Menghadiri kenduri kawin sedara, adik ipar, dan kengkawan... Perkara wajib pergi.. hahahah
  8. Fitness First event yang best giler sampai xboleh dilupakan lah. Rasa cam nak pergi lagi.. huhu
Rasanya sampai sini jer kot. Banyak juga yang mamamyja xtulis kat sini. apapun, semoga ia menjadi kenangan yang terindah 2013. Huhuk, tahun depan buka buku baru... Buku baru mamamyja dah buka pon tempoh hari, time maal hijrah rituh. Mudah2an berterusan dan diredhai.. Ok lah mamamyja rasa sampai sini jer kot. Nak sambung makan pulak. Lapar perut nih. Anak2 pon lapar sama la tu kot. hahaha

Selamat datang 2014 moga tahun depan lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. In Shaa Allah..

~ THE END ~





4 comments:

  1. tahniah Mamamyja... best of luck untuk coming 2014. :)

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru juga mamamyja.. nasib baik ikan tu tak hangus. hhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenqiu.. aah tu la kan. selamat x hangus ikan tu. hehe

      Delete