Thursday, 24 October 2013

Laguna Biru, Kundang [PART 4] S.O.P Pembelian

Assalamualaikum.


Actually tengok tajuk, sepatutnya mamamyja kena letak S.O.P Pembelian nih sebagai Part 1. First perkara yang orang ramai nak tahu. Apapun, ini masih boleh diguna pakai. Lagipun S.O.P nih untuk sesiapa yang nak buat Government Loan, macam mamamyja nih. Maybe entry nih membosankan sikit coz banyak story then gambar masih mamamyja terpikir2 lagi nak letak pic apa eh.. Ok lah mamamyja akan terangkan step by step. May be others boleh praktikan if nak beli rumah yang dah siap. Macam kes mamamyja lah eh. Beli rumah yang dah siap. Rugi, sebab harga dah mahal.. 

  • Walk in ke Pejabat Jualan Laguna Biru, kat tepi tasik tu. Gambar xd la plak.. ehhe. 3 Februari 2013 mamamyja pegi terus nak booking. pegi tengok dan pilih nak Type A @ B. So, mamamyja pilih Type B dan mintak Tingkat 5 dan kebawah. 
  • 28 Februari 2013 -  mamamyja dapat sms dari En. Nizam {wakil jualan}. So happy. Alhamdulillah
  • 2 Mac 2013 - Bayar duit Deposit Rumah RM 250.00. Sign Perjanjian Jual Beli RM 200.00 {separuh bayaran}
  • 3 April 2013 - Dokumen SNP siap. Pergi pejabat lawyer.. nun dekat KL tu, {ada cerita sedey, sebab lawyer mamamyja suruh mamamyja buat semuanyer} Payment RM 1,580.00
  • 4 April 2013 - Isi form online dekat Sistem Pinjaman Rumah Bersepadu. Klik Pendaftaran ID Baru, then isilah semua perkara yang diperlukan. Klik DAFTAR.. then lupa dah buat apa. Yang pasti isikan semua borang termasuk dengan Insuran. Siap semua dokumen mamamyja beri kepada bos untuk sign. Ok boleh klik sini untuk PANDUAN PENGGUNA.
  • Kemudian mamamyja POS LAJU Borang Penilaian Harta. Kenapa x hantar sendiri? boleh hantar sendiri tapi sebab mamamyja kena refer JPPH Gombak, so bagi mengelakkan jam dan cuti pon budget2 jer. Jadi mamamyja pos laju jer lah borang tu beserta dokumen yang diminta seperti 

Borang Permohonan (Borang 1)
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Jual Beli

  • 10 April 2013 - Mamamyja dengan sendiri nya pergi submit borang-borang yang telah disediakan dan disign ke Bahagian Pinjaman Perumahan, Putrajaya. Dokumen yang diperlukan adalah seperti
Borang Permohonan Pinjaman Perumahan Perbendahraan
Surat Iringan Ketua Jabatan
Bayaran Wang Proses berjumlah RM 100.00 (ikut harga rumah ek)
Salinan Kad Pengenalan yang di akui sah
Penyata Gaji terkini yang di akui sah
Borang Akuan Pemilihan Insurans / Takaful
1 Salinan Borang Permohonan Laporan Penilaian Hartanah yang telah sempurna dan dikemukakan kepada JPPH (Borang 1)
1 Salinan Hakmilik Induk/Individu/Strata yang disahkan oleh Peguam/Pemaju (yang nih lawyer siapkan dan bg kat kita)
1 Salinan Perjanjian Jual Beli yang disahkan oleh Peguam
Borang 2
  • Puas hati kalau KITA sendiri yang pergi hantar. In case ada tertinggal apa2 dokumen terus betulkan dekat situ, x payah nak ulang alik ke mana2. So, dia bagi satu slip macam ini. 
  • 11 April 2013 - Laporan Nilaian Pinajaman Perumahan siap. Just dapat surat jer, Laporan semua antara JPPH dengan Bahagian Pinjaman Perumahan.
  • 29 April 2013 - Pergi Pejabat Lawyer, Sign last dokumen. Xingat pula dokumen apa. Rasanya di antara Pemaju, Lawyer, Government dan Mamamyja. Lepastu keluarlah 1 invoice yang patut mamamyja selesaikan sebelum ambil kunci. Bayaran berjumlah RM 1,900.00
  • 22 Mei 2013 - Alhamdulillah Pinjaman Perumahan dah LULUS {boleh klik} Seronok ler.. ahaks. Sekarang tunggu dokumen semua siap then bayar last payment lepas tu boleh la amik kunci rumah
  • 13 Julai 2013 - Full paid bayaran Guaman yang mahal tu. Kenapa bayar lambat? sebab nak tengok deme wat keje ker x. karang bayar cepat2 lambat pula prosesnyer. huhu...itu pon dah kira lambat. 1 bulan lebey. nak ke 2 bulan jerk.. 
  • 22 Julai 2013 - Ambil surat Penyerahan Milikan Kunci Rumah Kosong dan Borang Aduan Kecacatan. So, dah dapat surat tu mamamyja pergi ke Pejabat Urusan Laguna Biru yang terletak di Blok C, Ground Floor. Ambil Kunci bayar, RM 601.00 dan untuk hidupkan Elektrik RM 440.00 Lepas tu terus visit rumah nak tulis Borang Aduan Kecatatan, sebab kena hantar dalam masa 14 hari selepas ambil kunci. Katanya kalau lebih  dari tarikh 14 hari sebarang permohonan xkan dilayan. Yer ker??? hehehe

Akhirnya selesai sudah semua urusan dan S.O.P Pembelian. Harap2 mamamyja dapat membantu kawan2 lain yang nak buat pembelian rumah lepas ini. Lebey kurang ini juga kot caranya. Cuma berbeza kalau beli rumah yang belum siap. Potongan Gaji bermula bila rumah dah siap. Okey kalau nak tahu total mamamyja bayar, campurkan sendiri eh.. Mahal x? mahal kan.. sedih kan. Selamatlah ada duit simpanan yang nak tolong. Kalau pinjaman private bank. Macam mana lah kan. Kesiannyer.. panjang lak celoteh. 

1 September 2013, surat pemotongan gaji pon sampai... hahha, cepat sungguh mereka bertindak. So, monthly gaji mamamyja di potong sebanyak RM 556.00

Ok lah rasanya sampai sini saja lah yer.. nanti kan next entry pula.. apa yer? pasal rumah lagi ker??? hahahah entahlah mamamyja pon x tahu lagi nak story apa.

~ The End ~

21 comments:

  1. Salam...saya pun akan berpindah ke sana...tp xtau bila...hehehe. nk tnya yg amount rm1900 byr kat lawyer ke...lawyer bank ke rumah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh bayar kat lawyer rumah. loan private eh??

      Delete
    2. Ye...sy wat loan private. Dan byr ke lawyer umah dlm rm1k+++...lawyer bank free. Takut gak ada apa2 yg kene byr lg...tu yg tnya...hehehe..

      Delete
    3. owh.. sebabnya sy pon xpandai dengan private loan nih.. hihik, rumah blok mana? tingkat berapa?

      Delete
    4. E-10...awk plak? Skrg ni nk call spnb...nk tau status sebb lawyer bank dah hantar cheque...tp xjwb2...bengang tul.

      Delete
  2. Byk prosedurkan nk bli umah..mkn hati ler kalo lawyer mls wat keja..duit nk

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu xper.. memang makan hati.. geram giler.

      Delete
  3. Nk tnya parking mcm mn..?mmg dah disediakan setiap unit 1 parking?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. parking memang disediakan setiap satu unit. nak lebey kena sewa eh.. tq

      Delete
  4. Askum.. sy bru je pindah amik kunci smue 2 mggu lepas. proses mmg same ngan SOP ni. Umah kat blok D tingkat tinggi HAHA! nk tanye cukai pintu camne nk daftar ke dah skali daftar mse sign S&P ari 2 ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Owh ye ker. Hehehe.. kenapa amik yanh tinggi.. huhu owh cukai pintu. Alamak terlupa la. Anyway thanks ingatkan. Nnti sy tya lawyer balik.. hihik

      Delete
    2. ade berita tentang cukai pintu x?

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah ..dapat umah...saya pun ada beli umah kat sini...blok E tingkat 13...facing tasik...tgk harga rumah...yang u beli macam mahal je...saya beli dulu dalam RM 92 K je rasanya....tapi takde hadiah la...

    ReplyDelete
  7. salam.. sy baru dapat kunci rumah kat laguna tu. tingkat 14 blok b..facing kelapa sawit.. alahai..
    nak tnya. sblm sy bli rumah tu rasasnya sy ada tgk brochure. dlm brochure tu bgtau bila kita bli rumah tu kita dpt free pemasangan kabinet /table top. kalo x silap la.. ke sape2 leh explain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam.. oo hehe, berjiran blok la kita. Oo awk ce try call no nih. Tya dia awak dapat x kabinet tu.. 0192608687 farizam.

      Delete
  8. esk sy nak kol diorg.. agak2 rmh bleh renovate x? kalo sy nak pecahkan dinding between hall dgn dapo bleh x? ada baca dlm buku peraturan tu mcm x boleh.. sempitnya dapoooo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh, cam ner? ok dapat x? renovate stakat nk tukar tiles ramai jgak yg buat. tapi pecahkan dapur, xpnh nampak la lgi. rasanya memang x boleh. hehehe...

      Delete
  9. x boleh. diorg ckp kalo rumah atas skali bleh..

    ReplyDelete
  10. mamamyja manz bape harga rumah masa awak beli tue...saya pun ada mohon untuk laguna biru fasa 2

    ReplyDelete
  11. syioknyaa dh boleh masuk umah sendiri..rumah khaty patut dapat kunci bulan nie,disebabkan fasa sebelum khaty ada masalah dengan indah water,kena tunggu tengah tahun pulak...huhuhuhu

    ReplyDelete