Thursday, 24 October 2013

Laguna Biru, Kundang [PART 4] S.O.P Pembelian

Assalamualaikum.


Actually tengok tajuk, sepatutnya mamamyja kena letak S.O.P Pembelian nih sebagai Part 1. First perkara yang orang ramai nak tahu. Apapun, ini masih boleh diguna pakai. Lagipun S.O.P nih untuk sesiapa yang nak buat Government Loan, macam mamamyja nih. Maybe entry nih membosankan sikit coz banyak story then gambar masih mamamyja terpikir2 lagi nak letak pic apa eh.. Ok lah mamamyja akan terangkan step by step. May be others boleh praktikan if nak beli rumah yang dah siap. Macam kes mamamyja lah eh. Beli rumah yang dah siap. Rugi, sebab harga dah mahal.. 

  • Walk in ke Pejabat Jualan Laguna Biru, kat tepi tasik tu. Gambar xd la plak.. ehhe. 3 Februari 2013 mamamyja pegi terus nak booking. pegi tengok dan pilih nak Type A @ B. So, mamamyja pilih Type B dan mintak Tingkat 5 dan kebawah. 
  • 28 Februari 2013 -  mamamyja dapat sms dari En. Nizam {wakil jualan}. So happy. Alhamdulillah
  • 2 Mac 2013 - Bayar duit Deposit Rumah RM 250.00. Sign Perjanjian Jual Beli RM 200.00 {separuh bayaran}
  • 3 April 2013 - Dokumen SNP siap. Pergi pejabat lawyer.. nun dekat KL tu, {ada cerita sedey, sebab lawyer mamamyja suruh mamamyja buat semuanyer} Payment RM 1,580.00
  • 4 April 2013 - Isi form online dekat Sistem Pinjaman Rumah Bersepadu. Klik Pendaftaran ID Baru, then isilah semua perkara yang diperlukan. Klik DAFTAR.. then lupa dah buat apa. Yang pasti isikan semua borang termasuk dengan Insuran. Siap semua dokumen mamamyja beri kepada bos untuk sign. Ok boleh klik sini untuk PANDUAN PENGGUNA.
  • Kemudian mamamyja POS LAJU Borang Penilaian Harta. Kenapa x hantar sendiri? boleh hantar sendiri tapi sebab mamamyja kena refer JPPH Gombak, so bagi mengelakkan jam dan cuti pon budget2 jer. Jadi mamamyja pos laju jer lah borang tu beserta dokumen yang diminta seperti 

Borang Permohonan (Borang 1)
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Jual Beli

  • 10 April 2013 - Mamamyja dengan sendiri nya pergi submit borang-borang yang telah disediakan dan disign ke Bahagian Pinjaman Perumahan, Putrajaya. Dokumen yang diperlukan adalah seperti
Borang Permohonan Pinjaman Perumahan Perbendahraan
Surat Iringan Ketua Jabatan
Bayaran Wang Proses berjumlah RM 100.00 (ikut harga rumah ek)
Salinan Kad Pengenalan yang di akui sah
Penyata Gaji terkini yang di akui sah
Borang Akuan Pemilihan Insurans / Takaful
1 Salinan Borang Permohonan Laporan Penilaian Hartanah yang telah sempurna dan dikemukakan kepada JPPH (Borang 1)
1 Salinan Hakmilik Induk/Individu/Strata yang disahkan oleh Peguam/Pemaju (yang nih lawyer siapkan dan bg kat kita)
1 Salinan Perjanjian Jual Beli yang disahkan oleh Peguam
Borang 2
  • Puas hati kalau KITA sendiri yang pergi hantar. In case ada tertinggal apa2 dokumen terus betulkan dekat situ, x payah nak ulang alik ke mana2. So, dia bagi satu slip macam ini. 
  • 11 April 2013 - Laporan Nilaian Pinajaman Perumahan siap. Just dapat surat jer, Laporan semua antara JPPH dengan Bahagian Pinjaman Perumahan.
  • 29 April 2013 - Pergi Pejabat Lawyer, Sign last dokumen. Xingat pula dokumen apa. Rasanya di antara Pemaju, Lawyer, Government dan Mamamyja. Lepastu keluarlah 1 invoice yang patut mamamyja selesaikan sebelum ambil kunci. Bayaran berjumlah RM 1,900.00
  • 22 Mei 2013 - Alhamdulillah Pinjaman Perumahan dah LULUS {boleh klik} Seronok ler.. ahaks. Sekarang tunggu dokumen semua siap then bayar last payment lepas tu boleh la amik kunci rumah
  • 13 Julai 2013 - Full paid bayaran Guaman yang mahal tu. Kenapa bayar lambat? sebab nak tengok deme wat keje ker x. karang bayar cepat2 lambat pula prosesnyer. huhu...itu pon dah kira lambat. 1 bulan lebey. nak ke 2 bulan jerk.. 
  • 22 Julai 2013 - Ambil surat Penyerahan Milikan Kunci Rumah Kosong dan Borang Aduan Kecacatan. So, dah dapat surat tu mamamyja pergi ke Pejabat Urusan Laguna Biru yang terletak di Blok C, Ground Floor. Ambil Kunci bayar, RM 601.00 dan untuk hidupkan Elektrik RM 440.00 Lepas tu terus visit rumah nak tulis Borang Aduan Kecatatan, sebab kena hantar dalam masa 14 hari selepas ambil kunci. Katanya kalau lebih  dari tarikh 14 hari sebarang permohonan xkan dilayan. Yer ker??? hehehe

Akhirnya selesai sudah semua urusan dan S.O.P Pembelian. Harap2 mamamyja dapat membantu kawan2 lain yang nak buat pembelian rumah lepas ini. Lebey kurang ini juga kot caranya. Cuma berbeza kalau beli rumah yang belum siap. Potongan Gaji bermula bila rumah dah siap. Okey kalau nak tahu total mamamyja bayar, campurkan sendiri eh.. Mahal x? mahal kan.. sedih kan. Selamatlah ada duit simpanan yang nak tolong. Kalau pinjaman private bank. Macam mana lah kan. Kesiannyer.. panjang lak celoteh. 

1 September 2013, surat pemotongan gaji pon sampai... hahha, cepat sungguh mereka bertindak. So, monthly gaji mamamyja di potong sebanyak RM 556.00

Ok lah rasanya sampai sini saja lah yer.. nanti kan next entry pula.. apa yer? pasal rumah lagi ker??? hahahah entahlah mamamyja pon x tahu lagi nak story apa.

~ The End ~
Read more ...

Wednesday, 9 October 2013

Hello Kitty Malaysia Is Finally Here Today!

Assalamualaikum...

A Super Good News to all Hello Kitty Fans!!

I believe a lot of you girls and guys searching around
where to grab for Hello Kitty products in Malaysia for a really
long time…

And today…

Finally… Hello Kitty Malaysia is here..!
They are selling for Hello Kitty products through online!

Currently they’re having Hello Kitty Lucky Draw, and you can
have have a chance to win for “Hello Kitty Energy Necklace”
(Value: RM207 each).

If you don’t believe me check it out for yourself here,
while it’s still available:


This special Hello Kitty Lucky Draw is valid for a limited time
only, which it may be taken off completely. Stop reading this now,
and go to the Hello Kitty Malaysia website and get a chance to
win now:


If you’re reading this blog post too late, then you may have missed it.
Don’t leave a comment to complain because there’s nothing I can do.
I DID tell you it’s a limited offer : )

Hihik, saja2 mamamyja jenjalan pastu rasa nak belikan hadiah untuk anak gegirl mamamyja lah. Sebabnya besday dia sabtu nih. Harap2 ada rezeki menang bila join lucky draw nih.. cheewwaaahh...

Oklah entry pendek jew.. bubuy, muahs

~ The End ~
Read more ...

Tuesday, 8 October 2013

Laguna Biru, Kundang [Part 3]

Assalamualaikum...

Hihik, mamamyja ngah bosan nih. Mengantuk pon ada, aduyai pagi2 pon dah ngantuk ker? entahlah xtahu la cukup tidor ker tidak. Heeh, nak update story la plak. Rasa2 nya part 3 nih penghujung cerita pasal rumah mamamyja ker? maybe tidak kot, or maybe ya.. hahahah... jangan risau mamamyja akan cuba carik peluang untuk bercerita eh. Tapi der ke yang nak membacanya.. ahhh... pedulikan sumer itu yang penting cerita.. hahah

Oklah, semasa pemasangan tu mamamyja sanggup amik leave. Kebetulan kedua2 kabinet datang. Memang terpaksa amik cuti. Ish, cam ner sampai 2 pula tu. Ha, ini citer nyer...

 First sampai, kabinet free. Macam mana boleh free... ha, macam nih.

Lepas mamamyja dapat kunci dalam pertengahan bulan 8, mamamyja call pemaju tanya.. 
Mamamyja : "Rumah saya ada dapat apa2 yang FREE ker?".. 
Pemaju : Puan beli tahun bila yer?
Mamamyja : Saya beli tahun 2013
Pemaju : Oh, maaf ya puan. Jika pembelian tahun 2013 tidak akan dapat apa2 yang free daripada kami...

dengan hampanya mamamyja letak ganggang... sedih ooo, xper bukan rezeki.

Tup..tup dapat call dari supplier kabinet. Hujung bulan 9

Supplier : Puan, rumah puan dapat kabinet percuma daripada SPNB.
Mamamyja : Aik, saya dah tempah macam mana boleh dapat free nih [marah nih]
Supplier : Nama puan tersenarai, dan saya baru jer lepas dapat senarai nama tu
Mamamyja : Kenapa masa saya call tempoh hari cakap saya x terima apa2 yang free pon...
Supplier : Maaf puan, saya xtahu menahu. saya bukan pekerja SPNB. Saya pembekal kabinet jer. 

huh, memang mamamyja stress tahu x? Geram dengan bahagian urusharta, buat kerja lambat. Ker mamamyja yang gelojoh? ok what, dapat rumah terus think about kitchen kabinet. Nak tunggu lama mana lagi?. So apa keputusan yang mamamyja wat eh?

Set Kabinet yang mamamyja tempah dari KUBIQ akhirnya sudah sampai ... tapi cuma barang jer. Pemasangan orang lain yang memasang.

 Akhirnya ini keputusan mamamyja, pasang kabinet free dekat bilik auni. Just letak sahaja. Table Top boleh diangkat. Maknanya mamamyja boleh ubah letak kabinet tu dekat mana yang mamamyja suka nanti.
Yang x bestnya, kabinet bawah tidak boleh gantung.. arghhhh mamamyja baru cadang semuanya nak drill letak kat atas.

 Pemasangan kabinet KUBIQ, ish dari sampai barang sehingga pemasangan mamamyja memang senyum meleret jer. Entah kenapa lah eh

Part yang mamamyja suka.. pemasangan built in oven.. ah, sukanya.. Last sekali mamamyja akan ceritakan kos nya berapa eh.. stay tune.. hihik

 Sudah siap... Tadaaa.. Puasnya hati .. seronok x terhingga, macam nak lompat2 jer

 Bahagian sinki. 

 Sebahagian daripada kabinet free, mamamyja letak kat bahagian atas yard

Dah siap yang kabinet FREE mamamyja letak dekat bilik auni, cam nih la rupanyer. hiihik

Kabinet Kubiq - RM 3,400.00
Transportation - RM 105.00
Cas Pemasangan - RM 790.00
Hood, Hob dan Built in Oven dari Jenama Elektrolux - RM 2,680.00

Jumlah semua, pepandai lah campur sendiri eh.. Walaupun keluasannya xd lah besar mana, tp mahal juga rasanya. Survey punya survey KUBIQ juga yang murah. Walaupun sumer material yang mamamyja pilih adalah melamin. Kalau Arcylic lagi mahal lah yer.. Harga untuk tahun yang akan datang entah bagaimana pulak yer... 

Oklah, nanti mamamyja story pasal FREE yang lain eh. Nantikan.. hihik, Beruntung juga lah beli rumah baru nih dapat juga FREE walaupon xseuntung orang yang membeli tahun 2011... Boleh view story Laguna Biru part by part mamamyja dekat right side bar "MY APPARTMENTS". Bubuy, see u oalls later

~ The End ~
Read more ...

Thursday, 3 October 2013

IKEA FAMILY Malaysia

Assalamualaikum

Hehe, ngah wat per? mamamyja nak kata free, xd lah jugak. Curik2 time nih... haha tunggu surat habis di sign, mamamyja sambung balik keje. So, sekarang cepat2 taip entry baru.. Tahu x kenapa mamamyja nak citer sangat pasal IKEA FAMILY nih?? sebab ini lah SURAT PERTAMA yang sampai dalam post box umah mamamyja.. "POYO giler aku nih"... hahahah. Perlu ker mamamyja mention kat sini? suka ati lah kan. ehehehe


Okey cam ner mamamyja dapat kad IKEA FAMILY nih yer.. Cam gini cara nya. Pergi ke IKEA kat Damansara tu, tahu x jalan?? xtahu pakai GPS eh.. Cari KIOSK untuk register sebahagian daripada IKEA FAMILY.. then klik REGISTER. Taiplah details korang tu pastu akan keluar satu kad TEMPORARY MEMBER CARD cam kat gambar nih...


Actually mamamyja dapat 2x free coffee/tea dan discount meals kat Restorant pada hari tu. Tapi maklumlah kalau keluar dengan anak jew. Kelam kabut. Ikutkan hati masa nak register tu nak jer snap pic. Faham2 jer lah anak kalau tangkap gambar, asik memain. Before nih dah pegi shopping habis RM 550, tapi xsempat nak register sebab Public Holiday. Ramai sangat orang kat kiosk tu.. Kan dah rugi, kalau x dah dapat point.. ahaks


Apa yang best dengan IKEA Family nih yer??

Keistimewaan menjadi ahli :
Keahlian tetap seumur hidup
Jimat dengan harga ahli untuk produk terpilih
Peroleh Mata Bonus untuk menebus baucar
Peroleh 3x Mata Bonus pada bulan hari lahir anda (urusniaga pertama sahaja)
Nikmati minuman percuma dengan hidangan FAMILY berdiskaun di Restoran
Jemputan ke acara-acara ahli 
dan banyak lagi !!!

Tertakluk pada terma dan syarat. Boleh layari IKEA FAMILY Malaysia untuk maklumat lanjut...


Yang best pada pandangan mamamyja pula, entah lah. ada sesetengah barang murah ada yang mahal jugak, mamamyja suka sebab banyak design nya putih.. suci murni gitu. Tapi yang mamamyja belajar rasanya yang wardrobe @ what ever benda yang berkayu rasanya xboleh nak isi padat2 and berat2 sebab akhirnya ia akan patah riyuk.. (pengalaman nih) hahahah padan muka.

So, kalau ada yang berminat nak jadi member, g lah register eh.. and leh jenguk2 web dia untuk info lebih lanjut.. Oklah yer, dah lunch time. Mamamyja ngah berpikir nak makan aper nih. Idea der x?? ok lah bubuy

~ THE END ~
Read more ...

Wednesday, 2 October 2013

Laguna Biru, Kundang [Part 2]

Assalamualaikum,

Hye mamamyja ngah bosan nih, tapi bosan2 pon badan letih tapi rajin pula nak update blog nih. Maklumlah rasanya happy sangat hari ini. Actually ngah bercuti today. Why?? sebab pemasangan kabinet ler. Kalu x, xd nyer mamamyja nak cuti. Sekali gus 2 kontraktor datang wat pemasangan.. Memang best. Cepat sikit siap. Tapi malam nih mamamyja bukan nak update story pasal pemasangan kabinet. Kita part by part eh.. ehehhe 

Okey malam nih review pasal cat mengecat eh. Penat juga sebab cat sendiri. Rata2 yang mamamyja g survey cat + ngan cornice RM 5K.. berbaloi kah?? difikir2 kan balik ada lagi benda yang lebih penting. So, mamamyja wat keputusan untuk mengecat rumah dengan sendirinya. Hanya memerlukan pertolongan suami, ayah dan adik.. Sebabnya mamamyja memang xd experience mengecat nih. Jadi mamamyja mulakan dengan tempat2 yang orang jarang nak belek2.. mana lagi kalau x dapur dan bilik2.. hahahha, xleh caya gak, orang sekarang nih suka benar tengok dapur kenapa eh??? mungkin ada sebab yang tesendiri kot.. adoi banyak lak mamamyja celoteh.. 

Firstly kena lah beli cat dulu kan??? budget untuk cat nih mamamyja peruntukan sebanyak RM500, tapi sebenarnya x sampai pon 5 rat.. Cat apa yang mamamyja gunakan eh? Nih ler dia...

Kenapa mamamyja suka cat nih eh.. alamak cari info dalam english pula dia xplain... so, mamamyja paste kat sini jer lah. Pepandai lah korang cari maksudnya eh..
  • High Sheen Finish
  • Washable
  • Low VOC
  • Low Odour
  • Fungus and Mould Resistant
Ini yang mamamyja suka "Easily maintained by cleaning with a damp cloth.".. dah try dah pon. Terbukti berkesan... huhu. Ok jom kita layan gambar eh...

Ini Master Badroom. Mulanya nak wat warna merah.. hihik Tapi rasa cam terlalu berani la pulak. So amik ler warna pink pekat sikit...

Vinyl Silk Fresh = Love Tender 8399 ~ 5Litre
RM 85.00

Bilik kedua, untuk anak bujangku... Dia yang minta warna biru. So, mamamyja pilih 

Vinyl Silk Fresh = Sky's The Limit 8933 ~ 5litre

Disebabkan warna ini baru so harga nya mahal sikit lah RM 90.00

Bilik ketiga buat anak daraku... Mamamyja beli cat nih dengan ayah. Sebabnya dia xjadi nak cat rumahnya. Kalau simpan lama2 pon xelok juga kan. Jadi ayah jual dekat mamamyja. Warna pink nyer sangat soft.. memang sesuai dengan anak perempuan kan.. hihik

Bahagian Dapur, entah kenapa mamamyja pilih kuning.. Pelik juga, maybe sebab dah jemu dengan color2 yang lain. hihik..

Vinyl Silk Fresh = Lemonade 8234 ~ 5litre
RM 85.00

Lastly, cat hall pula.. Ini pada keesokkan harinya. Hall ini memang memerlukan pertolongan ayah. Why? sebab kami nih tangan x berbedung.. x pandai nak ngecat. Kedua, takut bila kami cat 5litre pon x cukup.. hahahha. Akhirnya, ayah dengan adik tolong.. Cantik kan? eceh, puji ar sikit.. huhu xd lah mamamyja gurau jer..

Gambar apa pulak nih?? Oh, lampu. Mamamyja minta pertolongan ayah sekali lagi. Memang nak pasang lampu nih susah. Berat pulak tu. Kenapalah mamamyja beli lampu cam gini.. Sebab apa eh?? cantik kot cantik ker??, xpon sebab xcited rumah sendiri. Tu sebablah pelik2 perangainyer.. Selamatlah en. Suami layankan jer.. hihik.. tq ayah sebab susah payah layankan kerenah anak perempuanmu sorang nih.. tergantung juga lampu idaman mamamyja walaupun tahu memang susah nak mencucinya bila bersawang.. hahaha pedulikan.. yang penting hati PUAS... kan???

Oklah yer... mamamyja rasa sampai sini jer lah erk. Nanti mamamyja akan update part 3 pulak.. huhu, x sabarnyer nak pindah.. doakan dipermudahkan segala urusan mamamyja lepas nih yer.. Terima Kasih Allah dengan nikmat yang tidak terhingga nih..

~ The End ~
Read more ...