Tuesday, 2 July 2013

SOALAN KPSL TAHUN 2013 (BAHAGIAN 1)

Assalamualaikum...

Soalan 1

Pada 1 Oktober 2011 Encik Abu, seorang Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 telah di tangkap polis dan ditahan reman selama 2 minggu kerana disyaki menjalankan aktiviti penyeludupan rokok kretek dari Indonesia.
  • Pihak Berkuasa Tatatertib (PBTT) manakah yang mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap Encik Abu. Nyatakan peraturan yang berkaitan (5 markah)

  • Sepanjang tempoh ditahan reman sehingga prosiding jenayah dimulakan terhadap Encik Abu, apakah tindakan yang perlu diambil oleh PBTT berkenaan. Nyatakan peraturan yang berkaitan (5 markah)
  • Setelah prosiding jenayah dimulakan terhadap Encik Abu, apakah tindakan yang perlu diambil oleh PBTT berkenaan. Nyatakan peraturan yang berkaitan (5 markah)
  • Berdasarkan soalan (2) dan (3) di atas, adakah Encik Abu layak mendapat emolumen sepanjang tempoh tersebut. Nyatakan peraturan yang berkaitan (5 markah)

Soalan 2

(a) Proses penyediaan baucar bayaran melibatkan tiga tindakan iaitu penyediaan, perakuan 1 dan perakuan 
     2

     Nyatakan lima (5) tanggungjawab pegawai yang memperakukan baucar (5 markah)
              - Arahan Perbendahraan Bab B - Tatacara Perakaunan (iii) Bayaran Perakuan Pegawai 
                Pengawal atau Wakilnya Yang Diberi Kuasa

(b) Apakah kawalan dalaman yang perlu diambil perhatian dalam proses penyediaan baucar secara manual
     atau elektronik di Pusat Tanggungjawab, Kementerian/Jabatan Kerajaan (15 markah)
       
              - Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 1 Tahun 2008 
                Peraturan Proses Penyediaan Baucar.

Soalan 3
- Merujuk Pekeliling Perbendahraan Bilangan 5 Tahun 2009 (Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan)
  • Encik Kamal yang bertugas di Bahagian Bekalan, Kawalan dan Akaun telah menerima empat (4) salinan KEW.PS-10. Nyatakan tindakan yang patut diambil (5 markah)
          - Pemesanan Stok
  • Encik Yong yang bertugas di Stor Unit telah meneriam satu (1) salinan KEW.PS-11. Nyatakan tindakan yang patut diambil (5 markah)
          - Permohonan Stok
  • Puan Mala telah membuat pesanan 300 kotak Paracetamol kepada Stor Pusat tetapi malangnya stok berkenaan tidak dapat dibekalkan kepada beliau. Apakah tindakan yang patut diambil? (5 markah)
          - Pesanan Stok Yang Tidak Dapat Dibekalkan
  • Encik Rizal baru mengambil alih tugas Pegawai Stor di Stor alat tuli. Beliau mendapati sistem pengeluaran stok di stor berkenaan tidak teratur yang mana terdapat pengeluaran stok tanpa kebenaran, tidak mengikut kuantiti yang di pesan dan terdapat stok yang telah lama disimpan tidak dikeluarkan. Apakah sistem yang patut diamalkan bagi mengatasi masalah ini (5 markah)
          - Sistem Masuk-Dahulu-Keluar-Dahulu

Soalan 4
- Merujuk Perintah Am, Bab A (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan)

Puan Melissa seorang Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 yang berkhidmat di sebuah Kementerian selama 10 tahun, telah dipinjamkan ke Perbadanan Putrajaya selama dua tahun. Semasa berkhidmat di Perbadanan Putrajaya, beliau telah tidak dipertimbangkan dalam urusan kenaikan pangkat oleh Ketua Perkhidmatannya walaupun telah memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan. Lantaran itu, beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan.

  • Adakah tindakan Ketua Perkhidmatan Puan Melissa yang tidak menimbang kenaikan pangkat beliau itu betul? Berikan alasan anda (6 markah)
                - Bahagian VIII (Kenaikan Pangkat, Pemangkuan dan Penanggungan Kerja)
                  Peraturan 39. Kenaikan pangkat pegawai yang dalam peminjaman atau pertukaran
                  sementara
  • Jelaskan prosedur bagi peletakan jawatan Puan Melissa (8 markah)
               - Bahagian IX (Penamatan Perkhidmatan dan Peletakan Jawatan)
                 Peraturan 51. Notis Peletakan Jawatan
  • Bilakah peletakan jawatannya berkuatkuasa dan bolehkah peletakkan jawatannya itu ditarik balik?    (6 markah)
               - Bahagian IX (Penamatan Perkhidmatan dan Peletakan Jawatan)
                 Peraturan 52. Kuat Kuasa Notis Peletakan Jawatan

Soalan 5
- Merujuk Perintah Am, Bab B (Elaun-elaun Dalam Perkhidmatan 1974) 

Puan Bee sebagai Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 di Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Selangor telah diarahkan menghadiri satu mesyuarat anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) di salah sebuah hotel di Kuantan, Pahang pada 16 hingga 19 September 2012. Beliau memulakan perjalanan dengan menaiki teksi dari rumahnya di Shah Alam pada jam 8.00 pagi menuju ke tempat berkumpul di ruang legar KDN, Putrajaya. Dari KDN beliau dibawa ke lokasi mesyuarat dengan menaiki bas bersama peserta-peserta lain dibawa pulang dengan menaiki bas dan sampai di KDN, Putrajaya pada jam 5.00 petang. Dari Putrajaya beliau menaiki teksi balik ke rumah dan sampai di rumah kediamannya pada jam 6.15 petang.

Hanya kemudahan penginapan di hotel dan pengangkutan bas sahaja yang disediakan oleh penganjur.

  • Jelaskan jenis-jenis elaun yang layak dituntut oleh Puan Bee beserta kadarnya (di mana berkaitan) bagi kes di atas (12 markah)
              - Elaun Makan, Elaun Tambang Pengangkutan Awam, Belanja Pelbagai
  • Nyatakan syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk membuat tuntutan-tuntutan berikut:
              (i)   Belanja Dobi (3 markah) 

              (ii)  Elaun Pakaian Panas (5 markah)

Soalan 6

Ketua Jabatan PQR telah berjumpa Encik Farizal, Ketua Pembantu Tadbir di Unit Pentadbiran untuk meminta beberapa barang keperluan pejabat untuk kegunaan beliau sendiri. Encik Farizal pula telah berhubung melalui telefon untuk memaklumkan tentang permintaan barang tersebut kepada Pegawai Stor di Unit Kewangan, namun dimaklumkan bahawa Pegawai Stor bercuti pada hari tersebut.

  • Bolehkah pegawai ganti mengeluarkan barang jika Pegawai Stor Bercuti? Berikan penjelasan anda            (3 markah)
  • Bolehkah pengeluaran barang dibuat kepada Ketua Jabatan yang memesan secara lisan dan di bawah peraturan manakah Ketua Jabatan diberi pengecualian daripada mengisi borang pemesanan barang? Sila nyatakan (5 markah)
  • Jika Jabatan PQR menghasilkan kerja tangan seperti barang ukiran daripada kayu, perabot seperti kerusi, meja dan lain-lain produk ketukangan yang berdaya saing hasil daripada latihan dan pembelajaran pelajar, perlukah produk itu direkodkan dan jika dijual berapakah harga yang boleh ditawarkan? Berikan pandangan anda (5 markah)
  • Lebihan kayu atau sisa kayu daripada projek pembuatan perabot oleh Jabatan PQR meninggalkan kesan yang kotor dan menjijikan pandangan. Arahan telah dikeluarkan kepada bengkel berkenaan supaya sisa tersebut dibuang ataupun dibakar. Sila nyatakan pendirian anda tentang arahan ini (7 markah)
Soalan 7 
- Merujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007 (Peraturan Penangungan Kerja Perkhidmatan Awam)
  • Puan Sofea, telah diarahkan oleh Ketua Jabatannya supaya menjalankan tugas Encik Adril yang akan menunaikan fardhu haji selama 40 hari. Ini adalah kali pertama Puan Sofea menjalankan tugas tersebut.
          (i) Nyatakan elaun yang boleh dibayar kepada Puan Sofea dan syarat bagi mendapatkan elaun
               tersebut (5 markah)

          (ii) Pada hari ke-15 menjalankan tugas, Puan Sofea dipanggil untuk temuduga kenaikan pangkat ke
               gred yang lebih tinggi. Adakah beliau masih layak menerima elaun tersebut? Berikan alasan anda
               (5 markah)
  • Encik Edward, seorang pengawal Kerajaan telah berkhidmat selama 22 tahun. Beliau mempunyai isteri yang sedang sakit dan memerlukan penjagaan rapi. Cuti rehat yang berkelayakan telah pun dihabiskan. Bagi menjaga isterinya, beliau mencadang mengambil cuti lain yang berkelayakan.
          Jelaskan kemudahan cuti lain yang beliau berkelayakan (5 markah)
                 - Merujuk Perintah Am, Bab C, Cuti Separuh Gaji (m/s 122)
  • Encik Arif, seorang Pembantu Perubatan di Pejabat Kesihatan Alor Gajah, Melaka telah dipilih sebagai jurulatih sepak takraw bagi persediaan pasukan Melaka menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) akan datang. Untuk tujuan latihan di luar Negeri Melaka, Encik Arif terpaksa bercuti.
          Apakah jenis cuti yang boleh diberikan dan nyatakan kadar dan syarat-syaratnya (5 markah)
                   - Merujuk Perintah Am, Bab C, VI. Cuti Tidak Berekod Peraturan 46 (a)(b) (m/s 135)

Soalan 8
- Merujuk Pekeliling Perbendahraan Bilangan 5 Tahun 2009 (Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan)

Cik Huda telah dilantik sebagai Pegawai Aset di Jabatan anda mulai 1.7.2012. Sebagai orang baru, beliau memerlukan tunjuk ajar dan telah memohon anda untuk memberi taklimat mengenai hapuskira yang dipohon di Bahagian Pentadbiran berikutan kehilangan komputer riba ketika mengendalikan seminar di Hotel Shangri-La Putrajaya pada 15.1.2012 yang lalu. Laporan polis dibuat pada 8.4.2012 di Balai Polis Putrajaya dan laporan awal (J) telah disediakan oleh pegawai yang meminjam komputer riba tersebut.

  • Apakah yang dimaksudkan dengan hapuskira? Jelaskan tindakan-tindakan yang perlu dilakukan oleh Cik Huda selepas laporan kehilangan diterima (16 markah)
                - Bab H - Kehilangan dan Hapus Kira
  • Nyatakan kesalahan yang telah dilakukan oleh Jabatan anda berhubung dengan kes di atas (4 markah)

Rumusannya, ahaks no komen lah.. Hopefully aku lulus lah paper nih. malas nak repeat dah.. ahaks.. So, kepada others yang tahu jawapan bolehlah share yerk.. ada sesetengah yang senang jawapannya aku x tulis.. huhu...  dan ada juga yang aku x tahu.. blurp

13 comments:

  1. Alhamdulillah syukur... Akhirnya aku lulus kertas A nih... amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. blh share ilmu..email sya noni.abd@gmail.com

      Delete
    2. nak share yang macam mana eh? nak tanya apa? leh jer amik kat blog sy nih

      Delete
    3. kna jwb mcm di atas ya...rujukan tulis di bwh jwpn dan guna pen merah?

      Delete
    4. aah, eh tapi janganla warna merah. kang potong markah. mamamyja letak warna merah untuk highlight kan jer..

      Delete
    5. Mama myja bole x share jawapan soalan 1?

      Delete
  2. sdh upgrade p N27 ka? from Sabah ni, please share, tahun ni sy ambil exam N27 KPSL ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum, xd rezeki lagi. dah pergi interview last year. tapi fail... uuuwwaaaa

      Delete
  3. seksyen b x d ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. xd la iyna_frs, sebab dah lulus before nih.

      Delete
  4. tahniah dah lulus...khaty tahun nie kena ambil bahagian 1 & 3..huhuhu..sesiapa nak soalan contoh boleh singgah di blog khaty tapi bahagian 1 & 3 jew..2 dah lulus
    http://khatyaiman.blogspot.com/2014_07_01_archive.html
    Tumpang iklan ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. semoga berjaya ya khaty...

      Delete
  5. Tq for sharing... tahun lepas x boleh pi sb clash dengan final exam... nanti jemput la singgah blog dida https://edaariff.blogspot.com/

    ReplyDelete

#kelabbloggerbenashaari