Tuesday, 30 July 2013

21 Ramadhan 1429 / 21 September 2008

Assalamualaikum

Tengah buat apa yer blogger semua. Hari ini dah 21 Ramadhan 1434 dan genaplah 5 tahun umur anak sulung mamamyja. Tarikh ini lah mamamyja teringat dan terngiang2 saat2 melahirkan dia.. Nak baca story dia x?? Okay boleh jer, mamamyja citer yer.

Pada 20 Ramadhan 1429, seperti biasa lah mamamyja masih gagah lagi berpuasa dan belum pernah lagi ponteng. Syukur alhamdulillah di beri kekuatan untuk meneruskan puasa walaupun mengandung dan usia kandungan mencecah 37 minggu. Hari ahad, apa nak buat yer? So, duduk rumah lepak-lepak. Start Asar, bila nak amik wudhuk. G toilet dulu, nak berhajat.. Tetiba, OH TIDAK!!!!... eh jangan panik, seperti biasa juga, same macam mamamyja bersalin kan anak kedua. Keluar tanda darah. Cuma anak pertama nih, mamamyja agak takut dan xkuat tabahnya.. Tapi still cool. Terus bagi tahu Mil and Abang.. Sayang keluar Period.. Batal dah puasa. Terus mak cakap jom tunggu apa lagi, nak bersalin dah tuh.

Mamamyja bersiap apa yang patut. Minum Milo dulu beri tenaga, sebab puasa kan hari nih. Dalam perjalanan, Oh sesaknya. Maklum lah ada bazar ramadhan. Dan time nih lah trak bomba nak lalu. Abang pula mengelabah semacam sampaikan 'TERCIUM' kereta depan.. Aduhai, berhenti pulak settlekan. Selamat sekejap jer pon, sebab alasan isteri saya nak bersalin, abg tingalkan no phone, kita bincang esok... Nak ke hospital mana nih?? Sungai Buloh ker Selayang? Akhirnya, mamamyja check in juga di Hospital Selayang. 

Contraction sudah terasa dan mula tidak senang duduk. Seperti biasa, check graph baby ler.. Yang merimaskan mamamyja adalah, tidak boleh bergerak2 dan benda alah tu asik melekat kat perut. Mamamyja memang xtahan, sampaikan nurse tu marah and tuduh menuduh. "Jangan lah teran, nanti jantung baby lemah. Ini sakit sangat mesti minum air selusuh." Stress giler masa nih. eh saya puasa nak minum air selusuh bilanya. geram betul.. Dah sampai jam 8 malam, mereka x bagi pon makan.. uuuwwwaaa sedihnyer.. Sabar ija, sabar... Datanglah seorang staff nurse bagi makan, itupun dah jam 9. Makan bihun jer. Nak wat cam ner ini jer yang ada.

Jam 11 aku masih menahan sakit. Ya allah, xtahannyer.. Sampailah doktor beritahu "awak boleh balik yer, jalan awak baru bukak 4 cm. Duduk rumah dulu, berjalan2". So mamamyja akur dan pulang kerumah.. Bilikku kat atas. Naik tangga lah nih.. xper exercise, mana tahu bukak lagi jalannya.. Jam 12 sampai rumah tido pon x lena. Gelisah kiri kanan dan akhirnya air ketumbanku pecah.. Terus kejut abang dan pergi balik ke hospital. Kat dalam Labour Room dah jam 1 pagi. Gementar.. xtahan dah rasanya. Still tunggu bukaan yang mencukupi untuk aku meneran.. Ramainya nurse yang handle aku. Serasa aku 7 orang termasuk doktor. Kenapa yer? Maybe sebab anak first kot. Oklah, diorang siap pegang lutut and ada yang beri semangat macam2 lah. Besh nyer cam nih.. ehehehe

Akhirnya jam 3.20 lahirlah bayi lelaki seberat 3.17 kg pada 21 Ramadhan 1429 Hijrah. Sebab tu lah hari ini mamamyja teringat saat dan detik melahirkan anak sulung nih. Memang happy. Selamatlah tidak menunggu sakit yang lama. Alhamdulilllah allah permudahkan semua urusanku.. Okaylah yer sampai sini jer lah eh.. nak write panjang2 pon mamamyja pon dah lupa.. yang pasti masa tahun itu kena ganti puasa 10 hari.. huhu


~ THE END ~

1 comment:

  1. salam ramadhan dear..
    sori bru smpt singgah sini.. bru smpat bw,.

    selamat hari lahir buat putera sulong.. smoga terus bjaya d dunia & akhirat serta mbesar bagaikan JUARA. amin

    ReplyDelete