Tuesday, 30 July 2013

21 Ramadhan 1429 / 21 September 2008

Assalamualaikum

Tengah buat apa yer blogger semua. Hari ini dah 21 Ramadhan 1434 dan genaplah 5 tahun umur anak sulung mamamyja. Tarikh ini lah mamamyja teringat dan terngiang2 saat2 melahirkan dia.. Nak baca story dia x?? Okay boleh jer, mamamyja citer yer.

Pada 20 Ramadhan 1429, seperti biasa lah mamamyja masih gagah lagi berpuasa dan belum pernah lagi ponteng. Syukur alhamdulillah di beri kekuatan untuk meneruskan puasa walaupun mengandung dan usia kandungan mencecah 37 minggu. Hari ahad, apa nak buat yer? So, duduk rumah lepak-lepak. Start Asar, bila nak amik wudhuk. G toilet dulu, nak berhajat.. Tetiba, OH TIDAK!!!!... eh jangan panik, seperti biasa juga, same macam mamamyja bersalin kan anak kedua. Keluar tanda darah. Cuma anak pertama nih, mamamyja agak takut dan xkuat tabahnya.. Tapi still cool. Terus bagi tahu Mil and Abang.. Sayang keluar Period.. Batal dah puasa. Terus mak cakap jom tunggu apa lagi, nak bersalin dah tuh.

Mamamyja bersiap apa yang patut. Minum Milo dulu beri tenaga, sebab puasa kan hari nih. Dalam perjalanan, Oh sesaknya. Maklum lah ada bazar ramadhan. Dan time nih lah trak bomba nak lalu. Abang pula mengelabah semacam sampaikan 'TERCIUM' kereta depan.. Aduhai, berhenti pulak settlekan. Selamat sekejap jer pon, sebab alasan isteri saya nak bersalin, abg tingalkan no phone, kita bincang esok... Nak ke hospital mana nih?? Sungai Buloh ker Selayang? Akhirnya, mamamyja check in juga di Hospital Selayang. 

Contraction sudah terasa dan mula tidak senang duduk. Seperti biasa, check graph baby ler.. Yang merimaskan mamamyja adalah, tidak boleh bergerak2 dan benda alah tu asik melekat kat perut. Mamamyja memang xtahan, sampaikan nurse tu marah and tuduh menuduh. "Jangan lah teran, nanti jantung baby lemah. Ini sakit sangat mesti minum air selusuh." Stress giler masa nih. eh saya puasa nak minum air selusuh bilanya. geram betul.. Dah sampai jam 8 malam, mereka x bagi pon makan.. uuuwwwaaa sedihnyer.. Sabar ija, sabar... Datanglah seorang staff nurse bagi makan, itupun dah jam 9. Makan bihun jer. Nak wat cam ner ini jer yang ada.

Jam 11 aku masih menahan sakit. Ya allah, xtahannyer.. Sampailah doktor beritahu "awak boleh balik yer, jalan awak baru bukak 4 cm. Duduk rumah dulu, berjalan2". So mamamyja akur dan pulang kerumah.. Bilikku kat atas. Naik tangga lah nih.. xper exercise, mana tahu bukak lagi jalannya.. Jam 12 sampai rumah tido pon x lena. Gelisah kiri kanan dan akhirnya air ketumbanku pecah.. Terus kejut abang dan pergi balik ke hospital. Kat dalam Labour Room dah jam 1 pagi. Gementar.. xtahan dah rasanya. Still tunggu bukaan yang mencukupi untuk aku meneran.. Ramainya nurse yang handle aku. Serasa aku 7 orang termasuk doktor. Kenapa yer? Maybe sebab anak first kot. Oklah, diorang siap pegang lutut and ada yang beri semangat macam2 lah. Besh nyer cam nih.. ehehehe

Akhirnya jam 3.20 lahirlah bayi lelaki seberat 3.17 kg pada 21 Ramadhan 1429 Hijrah. Sebab tu lah hari ini mamamyja teringat saat dan detik melahirkan anak sulung nih. Memang happy. Selamatlah tidak menunggu sakit yang lama. Alhamdulilllah allah permudahkan semua urusanku.. Okaylah yer sampai sini jer lah eh.. nak write panjang2 pon mamamyja pon dah lupa.. yang pasti masa tahun itu kena ganti puasa 10 hari.. huhu


~ THE END ~
Read more ...

Thursday, 25 July 2013

Sesi Bergambar Before Raya

Assalamualaikum,

Dah lama mamamyja x hupdate blog kan?? busy ker? xd lah, bulan posa nih xbanyak sangat kerja. Cuma mamamyja xd mood nak write. Datang kerja pon asyik mengantuk sahaja. Haduyai, menguap xsudah2. Last2 xdapat nak apdate selalu. Ini jer lah masa nya. Tahu kenapa?? mamamyja amik cuti Khamis dan Jumaat pula Nuzul Quran, dapat Public Holiday untuk Selangor. Yehuuu.. Rabu petang lepas check up Nurul Auni, terus mamamyja balik ke rumah mak. Syoknya, dapat berbuka bersama keluarga tercinta selama 5 hari. Alhamdulillah, best2. 

Kenapa ada sesi bergambar before raya yer? Actually Dato' nak buat kad raya then dia memang suka bergambar kot.. hahaha Jom layan gambar. Agak mengecewakan. Kenapalah aku xbawa kamera aku. Malas sebenarnya. Bukan ringan, berat. Apa pun ok lah kan, daripada xder. Betul x??

 Nih ngah tunggu yang lain datang, so snap gambar dulu. Kenal x mamamyja yang mana??

 bersembang-sembang. Masih menunggu yang lain sampai.

 sedikit kabur. Ini adalah sebahagian ahli admin. Ada lagi, tapi mereka ada hal sikit

 ha, baru clear sedikit.. huhu

 Gaya bebas.. aku??. Haha

 Warga Kerja Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor
Nih segelintir jer, sebenarnya ramai lagi. Mungkin mereka busy kot.

Gaya non formal. Huhu happynya mereka. ahaks

Oklah nak write per lagi yer? Sebenarnya tengah berdebar nih. 1 Ogos 2013 result Interview mamamyja keluar. Kalau ada rezeki syukur alhamdulillah. Kalau gagal, mungkin ada hikmah disebaliknya. Terima dengan redha. Lagi satu, dapat BONUS sebanyak RM500.00 Syukur Alhamdulillah. Bolehlah buat belanja pergi Kelantan nanti.. hihik

Xsabar nak raya nih. Raya kedua dah travel ke Kelantan, menaiki kereta api.. Untuk apa?? eh, hantar pengantin. Nanti mamamyja hupdate gambar yer. Huhu. 

~ THE END ~
Read more ...

Friday, 19 July 2013

Kalau Aku Kaya ...

Assalamualaikum,

Hye Salam Jumaat, dah 10 Ramadhan dah. yehuuu, sedih sikit sebab x dapat nak berbuka dengan my family lagi. Next week baru nak balik. Arghhhh rindu masakan ibu... Xper sabar2, nanti balik makan puas2.. hahaha. Kenapa tajuk entry aku tu?? "Kalau Aku Kaya".. wah, agak2nya macam mana lah aku yer?? sombong ker? belagak jer? pemurah ker? entahlah kan saja jer. Bukan apa, pagi nih and semenjak 2 menjak nih aku terdengar lagu nih di corong2 radio. Music dia best.. sebab tu aku suka. lirik? Boleh tahan la.. ahaks..

Aku paste kan lirik lagu dia erk

Lirik Lagu Kalau Aku Kaya – Altimet feat. Awi Rafael

Kalau aku kaya
Kalau aku kaya
[Altimet]
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)
[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
[Altimet]
Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar
Belikan nasi lemak
Boss engkau dah lapar
Aku belikan Kim K, kain lebih
Pesan dia tolong tutup aurat, terima kasih
Beats by Dre
Next beat by’Ye
Tiap show pakai J’s
Hypeman aku Jay
Biar aku belanja, subsidi gula
Korang kena kencing manis tanggung rawatan semua
Pening apa semua benda aku yang sponsor
Kalau korang takut trafik kita naik helikopter
Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Korang tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)
[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Aku beli serba satu (Heh aku beli dua)
Eleh aku angkat lima (Wei aku borong semua)
Bagitahu jiran lama (Sewa mereka kami taja)
Dan kalau anak-anaknya geliga (Kita bagi biasiswa)
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Kaya,kaya
Bila aku kaya
Hari hari hari raya (hari-hari ha ha)
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba (rileks-rileks semua aku belanja)
Bila aku kaya (Yea)
Aku beli segalanya (semua)
Bungkuskan semua (ha ha)
Hadiahkan pada mama (mama nak apa)
Bila aku kaya (Kita bukan pergi kedai kereta beli kereta)
Bila aku kaya (Kita pergi kedai kereta beli kedai kereta)
Bila aku kaya (bila aku kaya, bila aku kaya)
Bila aku kaya (bila aku kaya, haih bila lah nak kaya)
Kalau aku mampu
Buat suka hati aku
Ok lah yer, nak write apa pon xd idea.. bubuy
~ THE END ~
Read more ...

Monday, 15 July 2013

Farm Heroes Saga on Facebook

Assalamualaikum...

Monday Blues.. ahaks, dah petang baru nak update blog. Lagi pun ngah pikir nak update story aper.. hahah.. ngah mengantuk sangat2 nih.. hehehe

Okay pasal game yang aku ketagih sangat2 sekarang nih.. adoi, dah berapa kali aku menguap nih. Sementara orang lain buzy main Candy Crush, aku pon busy main Farm Heroes.. Apa yang besh ngan game nih?? hehehe, colorfull.. karaketer nyer comel2 memang menarik perhatian aku sungguh.. Dalam erti kata lain memang menarik lah.. rugi kalau korang x test main. Mencabar tu, ada lah sikit. 

Mencari padanan yang sama mengikut jumlah yang diminta. Kuantiti gerakan yang limit, x lebih daripada 40 moves. Dengan dibekalkan sebanyak 5 live.. ahahaha, memang fun

 nih ler game nyer. Click pada gambar untuk ke Application Page nyer..

 dah lepas pon stage 5 dan sekarang tengah bertungkus lumus stage 7.. ehehehhe

so sekarang kat Level 89 ... sambil2 untuk hilangkan mengantuk nih, aku main lah game ni. ehehehhe
for others yang pernah try, kehabisan nyawa? leh minta kat mamamyja erk.
sayangnya game nih x ada di App Store dan Google Play kalau tidak mesti aku lagi fanatic nak main game nih xberhenti2 ... ehehheh

~ THE END ~
Read more ...

Thursday, 11 July 2013

Mini GA - Kad Raya Limited Edition By Safiena

Assalamualaikum...

Actually, i tengah free nih. So blogwalking jap.. last terjumpa GA yang simple.. apalagi, try la join mana tahu bertuah.. ahaks... ehehehe

Bila lihat empunya blog.. wah warna pastel.. memang i minat u.. ahaks

mamamyja dah pun Like Official Fanpage Safiena
mamamyja nak Follow Blog tapi kuar Error like this 

"We're sorry...
                             We were unable to handle your request. Please try again or return a bit later."

X per u jangan risau eh, nanti i Follow back...

Menu wajib berbuka puasa - Buah Kurma

Ramadhan paling bermakna adalah pada tahun 2008. 
Mamamyja telah selamat melahirkan anak pertama. Seorang bayi lelaki seberat 3.17 kg di Hospital Selayang. Sepatutnya bayi tu lahir pada Hari Raya Ke-5 tapi kuasa Allah dia telah lahir pada bulan Ramadhan.. Mamamyja namakan dia Aisar Na'imullah bermaksud Yang Mudah Kurniaan Allah.. dan sehingga sekarang dia memang senang dijaga.. alhamdulillah, syukur...
Oklah yerks, sampai sini jer lah eh.. huhu

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Julai 2013 (tepat jam 12 malam)

~ THE END ~
Read more ...

Tuesday, 9 July 2013

Ramadhan 1434H / 2013

Assalamulaikum...


11 bulan banyak kata sudah di ucapkan dan dilontarkan tidak semuanya menyejukkan
11 bulan banyak prilaku yang sudah dibuat dan diciptakan tidak semuanya menyenangkan
11 bulan banyak keluhan, kebencian, kebohongan menjadi sebahagian dari diri
Marilah kita memaafkan, mohon maaf lahir dan batin....

Mamamyja mengucapkan....

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua Bloggers dan Readers. Penuhi Ramadhan anda dengan beribadat kepadaNya. Tingkatkan pahala dan Tinggalkan segala amalan yang melalaikan. 
Mamamyja memohon maaf kepada keluarga, sahabat handai (kawan sekolah, kolej, tempat kerja), bloggers and readers yang pernah terguris rasa, termakan hati dan segalanya yang menyakitkan yer... maafkan eyja ya..

Tingkatkan Pahala, Kurangkan Dosa Selamat Berpuasa ikhlas daripada Mamamyja...

~ THE END ~
Read more ...

Monday, 8 July 2013

SOGO, Member Day Sale

Assalamualaikum,

Hahahah... entry dah lepas, patutnya bagi tahu ler awal. Baru lah ramai orang set date nak g shopping.. Almaklumlah malas jugak nak update blog nih. So, dah habis shopping baru lah bagi tahu.. hahahhah. Ala, korang suka ker shopping2 nih? ker aku jer yang fanatik sorang2.. ehehhe


tadaa... nih ler hasilnya. Lepas shopping beratus2, jangan tanya berapa erk.. rasanya pandai yang calculate kot.. ehehehehe


For me, all things about raya dah settel.. alhamdulillah. So concentrate dengan bulan ramadhan la pula yer..

~ THE END ~
Read more ...

Tuesday, 2 July 2013

SOALAN KPSL TAHUN 2013 (BAHAGIAN 1)

Assalamualaikum...

Soalan 1

Pada 1 Oktober 2011 Encik Abu, seorang Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 telah di tangkap polis dan ditahan reman selama 2 minggu kerana disyaki menjalankan aktiviti penyeludupan rokok kretek dari Indonesia.
  • Pihak Berkuasa Tatatertib (PBTT) manakah yang mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap Encik Abu. Nyatakan peraturan yang berkaitan (5 markah)

  • Sepanjang tempoh ditahan reman sehingga prosiding jenayah dimulakan terhadap Encik Abu, apakah tindakan yang perlu diambil oleh PBTT berkenaan. Nyatakan peraturan yang berkaitan (5 markah)
  • Setelah prosiding jenayah dimulakan terhadap Encik Abu, apakah tindakan yang perlu diambil oleh PBTT berkenaan. Nyatakan peraturan yang berkaitan (5 markah)
  • Berdasarkan soalan (2) dan (3) di atas, adakah Encik Abu layak mendapat emolumen sepanjang tempoh tersebut. Nyatakan peraturan yang berkaitan (5 markah)

Soalan 2

(a) Proses penyediaan baucar bayaran melibatkan tiga tindakan iaitu penyediaan, perakuan 1 dan perakuan 
     2

     Nyatakan lima (5) tanggungjawab pegawai yang memperakukan baucar (5 markah)
              - Arahan Perbendahraan Bab B - Tatacara Perakaunan (iii) Bayaran Perakuan Pegawai 
                Pengawal atau Wakilnya Yang Diberi Kuasa

(b) Apakah kawalan dalaman yang perlu diambil perhatian dalam proses penyediaan baucar secara manual
     atau elektronik di Pusat Tanggungjawab, Kementerian/Jabatan Kerajaan (15 markah)
       
              - Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 1 Tahun 2008 
                Peraturan Proses Penyediaan Baucar.

Soalan 3
- Merujuk Pekeliling Perbendahraan Bilangan 5 Tahun 2009 (Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan)
  • Encik Kamal yang bertugas di Bahagian Bekalan, Kawalan dan Akaun telah menerima empat (4) salinan KEW.PS-10. Nyatakan tindakan yang patut diambil (5 markah)
          - Pemesanan Stok
  • Encik Yong yang bertugas di Stor Unit telah meneriam satu (1) salinan KEW.PS-11. Nyatakan tindakan yang patut diambil (5 markah)
          - Permohonan Stok
  • Puan Mala telah membuat pesanan 300 kotak Paracetamol kepada Stor Pusat tetapi malangnya stok berkenaan tidak dapat dibekalkan kepada beliau. Apakah tindakan yang patut diambil? (5 markah)
          - Pesanan Stok Yang Tidak Dapat Dibekalkan
  • Encik Rizal baru mengambil alih tugas Pegawai Stor di Stor alat tuli. Beliau mendapati sistem pengeluaran stok di stor berkenaan tidak teratur yang mana terdapat pengeluaran stok tanpa kebenaran, tidak mengikut kuantiti yang di pesan dan terdapat stok yang telah lama disimpan tidak dikeluarkan. Apakah sistem yang patut diamalkan bagi mengatasi masalah ini (5 markah)
          - Sistem Masuk-Dahulu-Keluar-Dahulu

Soalan 4
- Merujuk Perintah Am, Bab A (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan)

Puan Melissa seorang Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 yang berkhidmat di sebuah Kementerian selama 10 tahun, telah dipinjamkan ke Perbadanan Putrajaya selama dua tahun. Semasa berkhidmat di Perbadanan Putrajaya, beliau telah tidak dipertimbangkan dalam urusan kenaikan pangkat oleh Ketua Perkhidmatannya walaupun telah memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan. Lantaran itu, beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan.

  • Adakah tindakan Ketua Perkhidmatan Puan Melissa yang tidak menimbang kenaikan pangkat beliau itu betul? Berikan alasan anda (6 markah)
                - Bahagian VIII (Kenaikan Pangkat, Pemangkuan dan Penanggungan Kerja)
                  Peraturan 39. Kenaikan pangkat pegawai yang dalam peminjaman atau pertukaran
                  sementara
  • Jelaskan prosedur bagi peletakan jawatan Puan Melissa (8 markah)
               - Bahagian IX (Penamatan Perkhidmatan dan Peletakan Jawatan)
                 Peraturan 51. Notis Peletakan Jawatan
  • Bilakah peletakan jawatannya berkuatkuasa dan bolehkah peletakkan jawatannya itu ditarik balik?    (6 markah)
               - Bahagian IX (Penamatan Perkhidmatan dan Peletakan Jawatan)
                 Peraturan 52. Kuat Kuasa Notis Peletakan Jawatan

Soalan 5
- Merujuk Perintah Am, Bab B (Elaun-elaun Dalam Perkhidmatan 1974) 

Puan Bee sebagai Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 di Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Selangor telah diarahkan menghadiri satu mesyuarat anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) di salah sebuah hotel di Kuantan, Pahang pada 16 hingga 19 September 2012. Beliau memulakan perjalanan dengan menaiki teksi dari rumahnya di Shah Alam pada jam 8.00 pagi menuju ke tempat berkumpul di ruang legar KDN, Putrajaya. Dari KDN beliau dibawa ke lokasi mesyuarat dengan menaiki bas bersama peserta-peserta lain dibawa pulang dengan menaiki bas dan sampai di KDN, Putrajaya pada jam 5.00 petang. Dari Putrajaya beliau menaiki teksi balik ke rumah dan sampai di rumah kediamannya pada jam 6.15 petang.

Hanya kemudahan penginapan di hotel dan pengangkutan bas sahaja yang disediakan oleh penganjur.

  • Jelaskan jenis-jenis elaun yang layak dituntut oleh Puan Bee beserta kadarnya (di mana berkaitan) bagi kes di atas (12 markah)
              - Elaun Makan, Elaun Tambang Pengangkutan Awam, Belanja Pelbagai
  • Nyatakan syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk membuat tuntutan-tuntutan berikut:
              (i)   Belanja Dobi (3 markah) 

              (ii)  Elaun Pakaian Panas (5 markah)

Soalan 6

Ketua Jabatan PQR telah berjumpa Encik Farizal, Ketua Pembantu Tadbir di Unit Pentadbiran untuk meminta beberapa barang keperluan pejabat untuk kegunaan beliau sendiri. Encik Farizal pula telah berhubung melalui telefon untuk memaklumkan tentang permintaan barang tersebut kepada Pegawai Stor di Unit Kewangan, namun dimaklumkan bahawa Pegawai Stor bercuti pada hari tersebut.

  • Bolehkah pegawai ganti mengeluarkan barang jika Pegawai Stor Bercuti? Berikan penjelasan anda            (3 markah)
  • Bolehkah pengeluaran barang dibuat kepada Ketua Jabatan yang memesan secara lisan dan di bawah peraturan manakah Ketua Jabatan diberi pengecualian daripada mengisi borang pemesanan barang? Sila nyatakan (5 markah)
  • Jika Jabatan PQR menghasilkan kerja tangan seperti barang ukiran daripada kayu, perabot seperti kerusi, meja dan lain-lain produk ketukangan yang berdaya saing hasil daripada latihan dan pembelajaran pelajar, perlukah produk itu direkodkan dan jika dijual berapakah harga yang boleh ditawarkan? Berikan pandangan anda (5 markah)
  • Lebihan kayu atau sisa kayu daripada projek pembuatan perabot oleh Jabatan PQR meninggalkan kesan yang kotor dan menjijikan pandangan. Arahan telah dikeluarkan kepada bengkel berkenaan supaya sisa tersebut dibuang ataupun dibakar. Sila nyatakan pendirian anda tentang arahan ini (7 markah)
Soalan 7 
- Merujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007 (Peraturan Penangungan Kerja Perkhidmatan Awam)
  • Puan Sofea, telah diarahkan oleh Ketua Jabatannya supaya menjalankan tugas Encik Adril yang akan menunaikan fardhu haji selama 40 hari. Ini adalah kali pertama Puan Sofea menjalankan tugas tersebut.
          (i) Nyatakan elaun yang boleh dibayar kepada Puan Sofea dan syarat bagi mendapatkan elaun
               tersebut (5 markah)

          (ii) Pada hari ke-15 menjalankan tugas, Puan Sofea dipanggil untuk temuduga kenaikan pangkat ke
               gred yang lebih tinggi. Adakah beliau masih layak menerima elaun tersebut? Berikan alasan anda
               (5 markah)
  • Encik Edward, seorang pengawal Kerajaan telah berkhidmat selama 22 tahun. Beliau mempunyai isteri yang sedang sakit dan memerlukan penjagaan rapi. Cuti rehat yang berkelayakan telah pun dihabiskan. Bagi menjaga isterinya, beliau mencadang mengambil cuti lain yang berkelayakan.
          Jelaskan kemudahan cuti lain yang beliau berkelayakan (5 markah)
                 - Merujuk Perintah Am, Bab C, Cuti Separuh Gaji (m/s 122)
  • Encik Arif, seorang Pembantu Perubatan di Pejabat Kesihatan Alor Gajah, Melaka telah dipilih sebagai jurulatih sepak takraw bagi persediaan pasukan Melaka menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) akan datang. Untuk tujuan latihan di luar Negeri Melaka, Encik Arif terpaksa bercuti.
          Apakah jenis cuti yang boleh diberikan dan nyatakan kadar dan syarat-syaratnya (5 markah)
                   - Merujuk Perintah Am, Bab C, VI. Cuti Tidak Berekod Peraturan 46 (a)(b) (m/s 135)

Soalan 8
- Merujuk Pekeliling Perbendahraan Bilangan 5 Tahun 2009 (Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan)

Cik Huda telah dilantik sebagai Pegawai Aset di Jabatan anda mulai 1.7.2012. Sebagai orang baru, beliau memerlukan tunjuk ajar dan telah memohon anda untuk memberi taklimat mengenai hapuskira yang dipohon di Bahagian Pentadbiran berikutan kehilangan komputer riba ketika mengendalikan seminar di Hotel Shangri-La Putrajaya pada 15.1.2012 yang lalu. Laporan polis dibuat pada 8.4.2012 di Balai Polis Putrajaya dan laporan awal (J) telah disediakan oleh pegawai yang meminjam komputer riba tersebut.

  • Apakah yang dimaksudkan dengan hapuskira? Jelaskan tindakan-tindakan yang perlu dilakukan oleh Cik Huda selepas laporan kehilangan diterima (16 markah)
                - Bab H - Kehilangan dan Hapus Kira
  • Nyatakan kesalahan yang telah dilakukan oleh Jabatan anda berhubung dengan kes di atas (4 markah)

Rumusannya, ahaks no komen lah.. Hopefully aku lulus lah paper nih. malas nak repeat dah.. ahaks.. So, kepada others yang tahu jawapan bolehlah share yerk.. ada sesetengah yang senang jawapannya aku x tulis.. huhu...  dan ada juga yang aku x tahu.. blurp
Read more ...