Sunday, 26 May 2013

PROTEIN SHAKE MUSCLE BUILDING

Assalamualaikum...

Entry kali ini... Produk lelaki, apsal aku sebok sangat eh... hahahah, dah xd topik nak di reviewkan so, amik ler citer pasal my hubby lah eh...



Tahukah anda mengenai apakah "Kelebihan Protein Shake"??

Mengapa ramai ahli bina badan mengambil protein shake?? sebab protein digunakan untuk membina otot, membina hormon, enzim, sel, asid nukleik dan komponen imunisasi badan. Tanpa protein yang mencukupi, badan kita tidak boleh menyusun struktur yang membentuk setiap sel, tisu, prgan, dan tidak boleh menghasilkan bahan-bahan biokimia yang diperlukan untuk fungsi kerdiovaskular, pengecutan otot, pertumbuhan dan penyembuhan. Tanpa jumlah protein yang cukup, otot kita takkan sembuh dengan cepat selepas latihan dan dengan itu boleh membawa kepada kecederaan disebabkan oleh overtraining

Tambahan pula, mengambil protein shake selepas latihan bina badan adalah salah satu cara yang terbaik untuk mendapatkan protein ke dalam badan supaya protein boleh dihantar ke otot anda, untuk proses penyembuhan kepada otot yang telah diregangkan semasa latihan. 

 Makanan  pejal pula mengambil lebih masa untuk dihadamkan, jadi proses memecahkan protein dan penghantaran kepada otot lebih lambat, sebab itu cara yang terbaik ialah mengambil protein shake sejurus selepas bersenam, keranan protein shake hanya mengambil masa kira-kira 30 minit untuk sampai ke otot selepas diminum...

Then, sebab itulah my hubby asik jer order tong2 besar nih... firstly ingatkan cam hangat2 tahi ayam... akhirnya habis juga sebotol..

 MUSCLE INFUSION BLACK
Choclate Monster Flavour
5lbs (2268 gram)

botol nih baru jer habis.. so, ader lagi satu botol hampir juga nak habis... harganya dalam lingkungan RM200 ke bawah...

MASS PEAK
Choclate Flavour
8.8lbs (4kg)

ELITE FUSION 7
Mochaaccino Rush Flavour
5.15lbs (2336gram)

yang ini, botol ketiga buka.. hum, semua produk kat atas nih adalah protein untuk menaikkan dan membentukkan muscle.. so kepada sesiapa yang teringin nak badan cam Cristiano Ronaldo nih... rajin2 lah minum protein nih dan membina badan tu selalu... 

whew... seksi siot... tapi my hubby der lah jugak idam2 badan cam nih... hahahahaha... apa2 pon support tu penting.. so, minum lah banyak2 erk.. jadi lah badan cam tu nanti... erk.. ahahahahha

actually aku pernah rasa product nih... memang sedap dan boleh membuatkan kita kenyang... lagi sedap bila... susu HL campurkan dengan protein nih dan shake... fuuuhhhh, delicious beb... okay lah... nanti kita review produk lain plak yer... bubuy... ops sebelum terlupa... kat mana nak beli protein nih.. online pon boleh, dekat kedai2 yang berhampiran pon ada... xsilap aku hampir ke semua Jusco ada jual, di GNC Live Well ataupon online di Muscle Mania Club. So, korang leh je klik kat nama kedai yang aku sebutkan tadi tu yea... selamat mencuba...


~ THE END~

3 comments:

  1. Replies
    1. ada kos tersembunyi ker??? rasanya cam xder jerk... huhu

      Delete
  2. muscle mania club malaysia memang terbaikkk

    ReplyDelete