Thursday, 30 May 2013

Mary Kay Timewise Age-Fighting

Assalamualaikum....

Hye, kali ini kita review produk kecantikan pula.. tapi xd lah semua. eheheh, actually nak kata berjinak2 tu xder lah.. saja jer aku beli. sebab apa erk?? Produk lama pon x habis lagi aku pakai. Boleh review kat sini kalau nak tahu... 

Mother's Day Promotion...
Buy Timewise Night Complex + Tmewise Age-Fighting Eye Cream Free Bag...
Special Free Gift Bangle dan Catalog from seller..

Sebenarnya, aku xder lah guna lagi produk nih. beli jer. x tahu nak pakai bila. Sebab yang lama DERMALOGICA pon xhabis lagi. Sekarang my face?? argh.. xd la glowing mana pon.. maybe sebab seorang yang pemalas. Dah macam2 produk aku guna. Cuma malas nak citer kat sini.. ahaks

Sekarang xder lah aku rajin sangat nak review kebaikannya produk tue... Hehe, pemalas..


Nih ler produknyer... Dengar nama nya, uh cam dah tua jer... hehehhe

In the Clinical Study, 9 daripada 10 wanita nampak kulit lebih muda dengan kelihatan kurang kedutan selepas lapan minggu mengunakannya..

yuhuuu... tu yang rasa nak pakai.. ahhahaha, padahal aku xder lah tua mana lagi.. Cuma tinggal lagi setahunn lebey jer nak ker 3 series... oh, tidak... makin lama usia makin meningkat.. xpercaya rasanya. Heeheheh

Ok lah yer... nak watching favourite season story... Teduhan Kasih... See Ya...

~ THE END ~
Read more ...

Sunday, 26 May 2013

PROTEIN SHAKE MUSCLE BUILDING

Assalamualaikum...

Entry kali ini... Produk lelaki, apsal aku sebok sangat eh... hahahah, dah xd topik nak di reviewkan so, amik ler citer pasal my hubby lah eh...



Tahukah anda mengenai apakah "Kelebihan Protein Shake"??

Mengapa ramai ahli bina badan mengambil protein shake?? sebab protein digunakan untuk membina otot, membina hormon, enzim, sel, asid nukleik dan komponen imunisasi badan. Tanpa protein yang mencukupi, badan kita tidak boleh menyusun struktur yang membentuk setiap sel, tisu, prgan, dan tidak boleh menghasilkan bahan-bahan biokimia yang diperlukan untuk fungsi kerdiovaskular, pengecutan otot, pertumbuhan dan penyembuhan. Tanpa jumlah protein yang cukup, otot kita takkan sembuh dengan cepat selepas latihan dan dengan itu boleh membawa kepada kecederaan disebabkan oleh overtraining

Tambahan pula, mengambil protein shake selepas latihan bina badan adalah salah satu cara yang terbaik untuk mendapatkan protein ke dalam badan supaya protein boleh dihantar ke otot anda, untuk proses penyembuhan kepada otot yang telah diregangkan semasa latihan. 

 Makanan  pejal pula mengambil lebih masa untuk dihadamkan, jadi proses memecahkan protein dan penghantaran kepada otot lebih lambat, sebab itu cara yang terbaik ialah mengambil protein shake sejurus selepas bersenam, keranan protein shake hanya mengambil masa kira-kira 30 minit untuk sampai ke otot selepas diminum...

Then, sebab itulah my hubby asik jer order tong2 besar nih... firstly ingatkan cam hangat2 tahi ayam... akhirnya habis juga sebotol..

 MUSCLE INFUSION BLACK
Choclate Monster Flavour
5lbs (2268 gram)

botol nih baru jer habis.. so, ader lagi satu botol hampir juga nak habis... harganya dalam lingkungan RM200 ke bawah...

MASS PEAK
Choclate Flavour
8.8lbs (4kg)

ELITE FUSION 7
Mochaaccino Rush Flavour
5.15lbs (2336gram)

yang ini, botol ketiga buka.. hum, semua produk kat atas nih adalah protein untuk menaikkan dan membentukkan muscle.. so kepada sesiapa yang teringin nak badan cam Cristiano Ronaldo nih... rajin2 lah minum protein nih dan membina badan tu selalu... 

whew... seksi siot... tapi my hubby der lah jugak idam2 badan cam nih... hahahahaha... apa2 pon support tu penting.. so, minum lah banyak2 erk.. jadi lah badan cam tu nanti... erk.. ahahahahha

actually aku pernah rasa product nih... memang sedap dan boleh membuatkan kita kenyang... lagi sedap bila... susu HL campurkan dengan protein nih dan shake... fuuuhhhh, delicious beb... okay lah... nanti kita review produk lain plak yer... bubuy... ops sebelum terlupa... kat mana nak beli protein nih.. online pon boleh, dekat kedai2 yang berhampiran pon ada... xsilap aku hampir ke semua Jusco ada jual, di GNC Live Well ataupon online di Muscle Mania Club. So, korang leh je klik kat nama kedai yang aku sebutkan tadi tu yea... selamat mencuba...


~ THE END~
Read more ...

Sunday, 19 May 2013

Temuduga Penolong Pegawai Tadbir Gred N27

Assalamualaikum...

Hye, nak menulis per erk... last week aku dapat panggilan interview Penolong Pegawi Tadbir Gred N27.. Perasaan ku terkejut, terkedu, arghhh.... takutnyer. Apapun aku terpaksa pergi takut BLACKLIST plak.. Ini second time g interview dari SPA selepas tahun 2006 yang lalu... wah lama jugak erk, tapi aku rasa ada yang lagi lama dari aku.. Rezeki masing-masing. For those yang xdapat jangan lah berkecil hati.. Ada rezeki nya nanti...


On 7 May 2013, selepas cuti umum Pilihanraya [bagi negeri selangor]... masuk jer keje terus bukak web SPA tengok nama aku tersenarai x dalam panggilan temuduga tuh.. sebab ramai sangat fren kat facebook aku share kata dapat interview.. akhirnya, alhamdulillah aku dapat juga. Cuma yang terkedunya kenapa cepat sangat??? oh, tidakkkk.... tu yang rasa lagi berdebar2...

Aku ceritakan serba sedikit eh apa soklan yang dorang tanya...

On 13 May 2013, aku sampai ke SPP, Jabatan Perdana Menteri jam 7.45 melaporkan diri.. So, tinggalkan surat panggilan temuduga dekat kaunter, tunggu staff yang kedua panggil untuk semak dokumen yang diminta beserta salinan2 kelulusan. Makluman eh, sijil-sijil xpayah photostat ya.. Just salinan kelulusan pelajaran sahaja... 

Dah selesai semak semua dokumen aku diberikan no. giliran interview... Bilik no. 11 angka giliran no. 3... wah, x salah datang awal kan... tengok cepat dapat.. syukur,  lagipon banyak bilik.. Tunggu punya tunggu akhirnya giliran aku pada jam 9.00 pg..

Firstly, perkenalkan diri... so aku pon citer lah.. sampai lah soklan ini di tanya kepada aku...
  1. Apa tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
  2. Apa itu KUP
  3. Apakah dia Pengesahan Lantikan dan Pengesahan Perkhidmatan
  4. Berikan Tarikh kenaikan gaji
  5. Kajian kes bagi menetapkan Tarikh Kenaikan Gaji
  6. Berikan jenis-jenis cuti dalam Perkhidmatan
Itu sahaja soalan untuk aku, senang x?? senang kan.. Pada aku dia mungkin tanya soalan base on kerja-kerja yang kita buat. Disebabkan aku memang buat perkhidmatan, so dia tanya aku soalan-soalan yang berkaitan dengan perkhidmatan... Lagi satu Alhamdulillah semuanya bahasa melayu.. Kalau English pakat     meraba lah aku menjawab.. 

Temuduga aku selesai pada 9.35 pagi... After interview, tengok wayang... ehehhee. Maklumlah aku amik cuti kan.. untuk penjawat awam, kalau pegi interview xd cuti berekod erk.. kita hanya diberi pelepasan sahaja... yeehuuu

Akhir sekali, kepada kengkawan yang dapat temuduga PPT nih, Good Luck and All The Best ya... 

~ THE END ~


Read more ...

Wednesday, 1 May 2013

5S Dan Sambutan Hari Pekerja

Assalamualaikum....

Huhu, hari nih CUTI.. !!! Yahooo, tengah berehat2 di rumah.. bila lagi yer dapat bercuti.. Cuti rehat aku pon dah tinggal lagi 14 hari kot.. kalau x silap lah.. haha, kena simpan nih.. wat back up mana tahu ada masalah lain nanti.. eh banyak lak berceloteh... huhu

Selasa lepas, kami menjalankan aktiviti 5S di opis. Mengemas bilik Fail Bahagian masing-masing. So untuk bahagian pentadbiran kami kemas bilik stor dan bilik fail. settle kan Fail2 peribadi dan fail am.. untuk Fail yang aku jagalah.. huhu  tapi dalam story nih xd pon gambar kami buat kerja.. eheheh, semuanya gambar posing saja...

 aku with cc and kak an

 nih ler rakan seperjuangan termasuk dengan bos aku.. alamak ter'pose' gediks la plak.. sorry..

 posing lagi.. apsal tutup mata.. malu eh

 nak main cak2 la plak, hehe

 me and shahida... apsal din, nyebok jew..

 wah.. ada suprise rupanya. ada kek plak tu, sambutan hari pekerja... Carrot Cake Secret Recipe

 nih sikit jer nih... sebenarnya kakitangan kat opis aku ramai lagi.. dalam 95 orang.. belum campur yang berada di mahkamah lagi.. so, ini baru berapa kerat jew... huhu

Untung nyer, rezeki kamu Kamaruddin. Special Celebrate.. hahahhaha Selamat Hari Lahir

Okaylah, xd aper yang nak di storykan lagi... Sambung esok jika aku xder keje la nak buat kan. Aku rasa cam ada jer.. sebenarnya kerja nih xpernah nak surut... ada jer. tambahan esok awal bulan. Lagilah banyak benda nak buat.. huhu... Okay, bubuy

~ THE END ~ 


Read more ...