Sunday, 29 December 2013

Penghujung Tahun 2013

Assalamualaikum...

Hi, tengah wat apa tu? Mamamyja write nih pon sambil mengoreng ikan. Haha, mudah2an ikan ku x hangit didapur tu ya. Bila lah ada masa nak write lagi kan.. maklumlah sekarang nih tengah buzy menanggung kerja kawan. Dengan penghujung bulan yang sememangnya mamamyja banyak kerja. hahaha. Baru jer lepas Office Conference.. disusuli pula dengan LNPT yang telah dinilai.. berapakah bos bagi markah dekat mamamyja erk.. ah lupakanlah yer. tapi takut tahun depan sejarahnya berulang kembali. Apa pun terpulanglah kan. Mamamyja dah buat sehabis baik. Dimata orang kita xtahu.. Redha jer lah segala keputusan yang telah diberikan. Hihik

Ok lah seperti biasa tiap2 hujung tahun. Mamamyja akan bawa pulang Buku Cuti opis untuk dikemaskinikan di rumah. Kenapa x buat kat opis eh??? xd masa kot. baru nak sentuh jerk ada benda lain yang datang. Better lah kan mamamyja bawa pulang kat rumah. tapi ia telah mengganggu masa dengan suami dan anak2. Jangan risau mamamyja akan buat masa dorang tido tengah hari.. hahahah...

 nih ler Buku Cuti opis mamamyja. tahun nih biru tua, tahun depan hitam pulak... tahun 2015 ?? merah boleh?

 disebabkan tahun nih nak cepat jadi semua mamamyja kena tulis sendiri. Kalau x sebelum nih mamamyja taip terus print jer. senang

 nih x siap2 lagi. Bila nak siap nih? hadoi pening plak. cam xd masa jerk

aik kenapa ada LESEN nih?? tadaaa... tengah nak bg tahu yang mamamyja dah lulus lesen [poyo giler] dah tua2 baru nak amik.. Syukur Alhamdulillah. cuma sekarang nih mamamyja masih lagi takut2 nak bawak.. adoii ce la hilang perasaan tuh. cam ner nak xpert cam orang lain nih?

Hihik nak story apa eh?? ok lah kita rewind balik per yang dah berlaku kat mamamyja Tahun 2013 nih eh.. sebenarnya banyak. tapi mamamyja akan letak separuh jer lah eh..

  1. Blog mamamyja dah berwajah baru ... penat mamamyja tempah. sampai sekarang masih menggunakan lagi. kalau x dulu asik tukar2. 
  2. Anak sulung mamamyja dah start Tadika 5 Tahun. Alamak pasal entry dia pergi sekolah xd plak.. huhu. Yang ada pasal  Sukan Tahunan dia jerk. hehehe
  3. Mamamyja dapat Panggilan Interview ... syoknyer
  4. Mamamyja pergi bercuti merelease tension .. hahahah 5 hari 4 malam tu. Dekat Langkawi lagi.. 
  5. Mamamyja amik exam KPSL Tahun 2013 dan alhamdulillah mamamyja LULUS paper yang direpeat tu ha.. 
  6. Mamamyja dah pun beli rumah di Laguna Biru, Kundang. Entry selebihnyer boleh jengah kat right side bar Blog mamamyja eh.. 
  7. Menghadiri kenduri kawin sedara, adik ipar, dan kengkawan... Perkara wajib pergi.. hahahah
  8. Fitness First event yang best giler sampai xboleh dilupakan lah. Rasa cam nak pergi lagi.. huhu
Rasanya sampai sini jer kot. Banyak juga yang mamamyja xtulis kat sini. apapun, semoga ia menjadi kenangan yang terindah 2013. Huhuk, tahun depan buka buku baru... Buku baru mamamyja dah buka pon tempoh hari, time maal hijrah rituh. Mudah2an berterusan dan diredhai.. Ok lah mamamyja rasa sampai sini jer kot. Nak sambung makan pulak. Lapar perut nih. Anak2 pon lapar sama la tu kot. hahaha

Selamat datang 2014 moga tahun depan lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. In Shaa Allah..

~ THE END ~





Read more ...

Friday, 27 December 2013

Malam Nostalgia P.Ramlee dan Saloma

Assalamualaikum...

Seperti yang dijanjikan... mamamyja nak upload jugak gambar Malam Nostalgian P.Ramlee dan Saloma yang opis mamamyja buat tempoh hari.. Ahaks, jom layan gambar mamamyja dan friends eh...

 posing... of cause hihik

 alamak kabur la plak... sedey

 glamourous ... pheewwiitt

 so sweet ....

 aghhh... mata sakit ker... hahahah

 adoiii .... afro


 gggrrrrr .... no komen

 actually i la cameraman... hahahah ..

 uit.. mana kasut?? lengun seh.. tpaksa bukak kasutnya

 pic with Dato'... 

 pic with Bahagian Pendakwaan... sweet

 zoom dari dekat.. hahahah saloma xberapa nak jadi tudung biru tu.. hehehe

with zura... hahahaha 
Read more ...

Wednesday, 25 December 2013

WORDLESS WEDNESDAY - L.O.V.E

Assalamualaikum....

Hye, happy holiday today.. ahaks actually mamamyja tengah lepaking, boring and bla... bla... hahaha


Ibu  L.O.V.E. YOU ALLS...

bye..bye
Read more ...

Monday, 23 December 2013

PERSIDANGAN PUUN SELANGOR "MALAM NOSTALGIA P.RAMLEE"



Assalamualaikum... 

Ahaks, lama mamamyja x update kan? rindu x? kalau x rindu xper lah.. nak tutup lappy ar.. {majuk konon} heheheh. tengah free ker? xjugak kan. ahaks. mamamyja nak update sikit jer. sebenarnya xd nak show apa pon. 

Nak tunjuk baju ngan make up mamamyja jer.. dalam nih pic mamamyja sorang tau. then after this mamamyja akan wat part by part tuk story eh... stay tune ya.. 

 mamamyja amik gaya like saloma.. ada gaya ker??? cam x jerk.. hahaha

 jenuh mamamyja practice cara nak wat mata like saloma... xberapa nak jadi coz tangan mengiggil... hahaha

 rasa-rasa jadi x sentuhan tu??

 hihihik... saloma kurus atau dalam erti kata lain, flat screen.. hahaha

tadaaa.... done sampai sini eh.. nanti mamamyja write lagi... komen la weh... hows i look?? hahha

Ok lah... BUBUY...
Read more ...

Wednesday, 4 December 2013

Wordless Wednesday - Telatah anak-anak ibu

Assalamualaikum..


Telatah anak-anak ibu selepas bufday mereka.. iaitu setelah berumur 5 tahun dan 2 tahun.. dah besar2 dah dorang. So, ibu dah boleh tambah lagi sorang geng korang eh.. cheewah. hahaha - In Shaa ALLAH




Ibu ngan ayah sayang sangat kat korang... 

~ THE END ~

Read more ...

Tuesday, 3 December 2013

FIGHT for your RIGHT to party - FITNESS FIRST

Assalamualaikum...

Lamanyer mamamyja xupdate blog kan?? ahaks dah bulan Disember dah. Hum, jap jer dah nak Next Year. Yuhuuu, banyak nyer planning nih... Tengok jadual pon dah semakin pack ajer. Hahahak... Hari nih, free kot. Agak2 boleh update berapa story yer hari nih.. 

Ok lah straight to the point yerk.. Event last week memang mamamyja xdapat nak lupakan.. Actually memang best giler and happening.. payah nak gambarkan cam ner.. Sebenarnya ikut en suami, dia beria-ia ajak mamamyja teman dia. Myb tuk guide jalan kot.


Hum.. kenapa nak pergi sangat event nih. apa yang best nya?? oh cam ner nak citer eh. nampak x gambar tu. Rachael Newsham.. siapa dia eh??? jom kita tengok biography dia

She is Body Combat Director
The multi-talented Rachael is Program Director for SH’BAM™, Co-Program Director for BODYCOMBAT™ and also an International Master Trainer and Presenter for BODYJAM™. Rachael is also an inspiring educator who is passionate about upskilling LES MILLS™ instructors and devoted to motivating the global Les Mills tribe. 

Rachael has attended a Wing Chun Kung Fu school, gone through Muay Thai training in Thailand and been tutored in various other martial arts. She has an Honors degree in Sports Management as well as qualifications in Drama and Classical and Contemporary Dance. 

Dan setelah 15 tahun, baru dia turun Malaysia. Sebab tu lah en suami nak pegi sangat2. nak tengok secara live dia perform dekat atas stage.. ahaks..


Haha, kami kena bayar RM70.00 sebab apa beli lambat? en suami la, masih berfikir2 nak pegi ke x? last2 dah selepas 11 Nov baru terbuka hati. Pergi jugak akhirnya, selepas di motivate oleh  trainer yang lain... 
Di hari kejadian kami dapat T-Shirt 2 helai, Goodies Bag - 2 dalam Goodies tu der Milo 3 in 1, Biskut and bla..bla xingat la plak.. hahahah

red carpet ... 



apsal cam kelako jerk mamamyja pose.. hahahah 
macam poyo jer... macam geliw jer

 posing dlu sebelum masuk

tengok ramai x orang.. nih several jer.

Start dengan Body Combat 90 min.. actually mamamyja nak showkan video, tapi maybe sebab fail terlalu besar. so x boleh nak upload. so sorry eh...
 tengok muka reachel... semangat x dia?? itu yang kita mau.. hahah






Second, Sh'Bam 90 minit.. Ada jugak video, tapi xleh nak upload. x dapatlah nak tunjukkan.. 


Overall, mamamyja memang happy giler dapat g event cam nih. Dengan sakit2 kepala, hilang jap. pastu bila balik umah sakit balik. Mamamyja dapat join Sh'bam, tapi jap jer. sebab tetiba perut mamamyja sakit. huhu maybe sebab dah lama x exercise.. hahahah

Ok lah yer. mamamyja rasa sampai sini jer lah eh.. Nanti sambung story lain plak eh.. 

~ THE END ~
Read more ...

Tuesday, 19 November 2013

November... busy month

Hahaha... bosannye mamamyja sekarang nih. Nak update blog pon dah xsempat. Lappy meletop, dengan kerja yang banyak dateline.. almaklumlah.. kerani. Busy memanjang la eh... nih pon mamamyja update true by note. Dah rindu sesangat dekat blog. Hihik... actually xtahu dah nak write apa. Anyway byk benda nak update. Tengoklah kalau kat opis xbz nanti mamamyja update sikit2 eh...

Sekadar renungan kita bersama.. dan untuk diri mamamyja juga..

Read more ...

Thursday, 24 October 2013

Laguna Biru, Kundang [PART 4] S.O.P Pembelian

Assalamualaikum.


Actually tengok tajuk, sepatutnya mamamyja kena letak S.O.P Pembelian nih sebagai Part 1. First perkara yang orang ramai nak tahu. Apapun, ini masih boleh diguna pakai. Lagipun S.O.P nih untuk sesiapa yang nak buat Government Loan, macam mamamyja nih. Maybe entry nih membosankan sikit coz banyak story then gambar masih mamamyja terpikir2 lagi nak letak pic apa eh.. Ok lah mamamyja akan terangkan step by step. May be others boleh praktikan if nak beli rumah yang dah siap. Macam kes mamamyja lah eh. Beli rumah yang dah siap. Rugi, sebab harga dah mahal.. 

  • Walk in ke Pejabat Jualan Laguna Biru, kat tepi tasik tu. Gambar xd la plak.. ehhe. 3 Februari 2013 mamamyja pegi terus nak booking. pegi tengok dan pilih nak Type A @ B. So, mamamyja pilih Type B dan mintak Tingkat 5 dan kebawah. 
  • 28 Februari 2013 -  mamamyja dapat sms dari En. Nizam {wakil jualan}. So happy. Alhamdulillah
  • 2 Mac 2013 - Bayar duit Deposit Rumah RM 250.00. Sign Perjanjian Jual Beli RM 200.00 {separuh bayaran}
  • 3 April 2013 - Dokumen SNP siap. Pergi pejabat lawyer.. nun dekat KL tu, {ada cerita sedey, sebab lawyer mamamyja suruh mamamyja buat semuanyer} Payment RM 1,580.00
  • 4 April 2013 - Isi form online dekat Sistem Pinjaman Rumah Bersepadu. Klik Pendaftaran ID Baru, then isilah semua perkara yang diperlukan. Klik DAFTAR.. then lupa dah buat apa. Yang pasti isikan semua borang termasuk dengan Insuran. Siap semua dokumen mamamyja beri kepada bos untuk sign. Ok boleh klik sini untuk PANDUAN PENGGUNA.
  • Kemudian mamamyja POS LAJU Borang Penilaian Harta. Kenapa x hantar sendiri? boleh hantar sendiri tapi sebab mamamyja kena refer JPPH Gombak, so bagi mengelakkan jam dan cuti pon budget2 jer. Jadi mamamyja pos laju jer lah borang tu beserta dokumen yang diminta seperti 

Borang Permohonan (Borang 1)
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Jual Beli

  • 10 April 2013 - Mamamyja dengan sendiri nya pergi submit borang-borang yang telah disediakan dan disign ke Bahagian Pinjaman Perumahan, Putrajaya. Dokumen yang diperlukan adalah seperti
Borang Permohonan Pinjaman Perumahan Perbendahraan
Surat Iringan Ketua Jabatan
Bayaran Wang Proses berjumlah RM 100.00 (ikut harga rumah ek)
Salinan Kad Pengenalan yang di akui sah
Penyata Gaji terkini yang di akui sah
Borang Akuan Pemilihan Insurans / Takaful
1 Salinan Borang Permohonan Laporan Penilaian Hartanah yang telah sempurna dan dikemukakan kepada JPPH (Borang 1)
1 Salinan Hakmilik Induk/Individu/Strata yang disahkan oleh Peguam/Pemaju (yang nih lawyer siapkan dan bg kat kita)
1 Salinan Perjanjian Jual Beli yang disahkan oleh Peguam
Borang 2
  • Puas hati kalau KITA sendiri yang pergi hantar. In case ada tertinggal apa2 dokumen terus betulkan dekat situ, x payah nak ulang alik ke mana2. So, dia bagi satu slip macam ini. 
  • 11 April 2013 - Laporan Nilaian Pinajaman Perumahan siap. Just dapat surat jer, Laporan semua antara JPPH dengan Bahagian Pinjaman Perumahan.
  • 29 April 2013 - Pergi Pejabat Lawyer, Sign last dokumen. Xingat pula dokumen apa. Rasanya di antara Pemaju, Lawyer, Government dan Mamamyja. Lepastu keluarlah 1 invoice yang patut mamamyja selesaikan sebelum ambil kunci. Bayaran berjumlah RM 1,900.00
  • 22 Mei 2013 - Alhamdulillah Pinjaman Perumahan dah LULUS {boleh klik} Seronok ler.. ahaks. Sekarang tunggu dokumen semua siap then bayar last payment lepas tu boleh la amik kunci rumah
  • 13 Julai 2013 - Full paid bayaran Guaman yang mahal tu. Kenapa bayar lambat? sebab nak tengok deme wat keje ker x. karang bayar cepat2 lambat pula prosesnyer. huhu...itu pon dah kira lambat. 1 bulan lebey. nak ke 2 bulan jerk.. 
  • 22 Julai 2013 - Ambil surat Penyerahan Milikan Kunci Rumah Kosong dan Borang Aduan Kecacatan. So, dah dapat surat tu mamamyja pergi ke Pejabat Urusan Laguna Biru yang terletak di Blok C, Ground Floor. Ambil Kunci bayar, RM 601.00 dan untuk hidupkan Elektrik RM 440.00 Lepas tu terus visit rumah nak tulis Borang Aduan Kecatatan, sebab kena hantar dalam masa 14 hari selepas ambil kunci. Katanya kalau lebih  dari tarikh 14 hari sebarang permohonan xkan dilayan. Yer ker??? hehehe

Akhirnya selesai sudah semua urusan dan S.O.P Pembelian. Harap2 mamamyja dapat membantu kawan2 lain yang nak buat pembelian rumah lepas ini. Lebey kurang ini juga kot caranya. Cuma berbeza kalau beli rumah yang belum siap. Potongan Gaji bermula bila rumah dah siap. Okey kalau nak tahu total mamamyja bayar, campurkan sendiri eh.. Mahal x? mahal kan.. sedih kan. Selamatlah ada duit simpanan yang nak tolong. Kalau pinjaman private bank. Macam mana lah kan. Kesiannyer.. panjang lak celoteh. 

1 September 2013, surat pemotongan gaji pon sampai... hahha, cepat sungguh mereka bertindak. So, monthly gaji mamamyja di potong sebanyak RM 556.00

Ok lah rasanya sampai sini saja lah yer.. nanti kan next entry pula.. apa yer? pasal rumah lagi ker??? hahahah entahlah mamamyja pon x tahu lagi nak story apa.

~ The End ~
Read more ...

Wednesday, 9 October 2013

Hello Kitty Malaysia Is Finally Here Today!

Assalamualaikum...

A Super Good News to all Hello Kitty Fans!!

I believe a lot of you girls and guys searching around
where to grab for Hello Kitty products in Malaysia for a really
long time…

And today…

Finally… Hello Kitty Malaysia is here..!
They are selling for Hello Kitty products through online!

Currently they’re having Hello Kitty Lucky Draw, and you can
have have a chance to win for “Hello Kitty Energy Necklace”
(Value: RM207 each).

If you don’t believe me check it out for yourself here,
while it’s still available:


This special Hello Kitty Lucky Draw is valid for a limited time
only, which it may be taken off completely. Stop reading this now,
and go to the Hello Kitty Malaysia website and get a chance to
win now:


If you’re reading this blog post too late, then you may have missed it.
Don’t leave a comment to complain because there’s nothing I can do.
I DID tell you it’s a limited offer : )

Hihik, saja2 mamamyja jenjalan pastu rasa nak belikan hadiah untuk anak gegirl mamamyja lah. Sebabnya besday dia sabtu nih. Harap2 ada rezeki menang bila join lucky draw nih.. cheewwaaahh...

Oklah entry pendek jew.. bubuy, muahs

~ The End ~
Read more ...

Tuesday, 8 October 2013

Laguna Biru, Kundang [Part 3]

Assalamualaikum...

Hihik, mamamyja ngah bosan nih. Mengantuk pon ada, aduyai pagi2 pon dah ngantuk ker? entahlah xtahu la cukup tidor ker tidak. Heeh, nak update story la plak. Rasa2 nya part 3 nih penghujung cerita pasal rumah mamamyja ker? maybe tidak kot, or maybe ya.. hahahah... jangan risau mamamyja akan cuba carik peluang untuk bercerita eh. Tapi der ke yang nak membacanya.. ahhh... pedulikan sumer itu yang penting cerita.. hahah

Oklah, semasa pemasangan tu mamamyja sanggup amik leave. Kebetulan kedua2 kabinet datang. Memang terpaksa amik cuti. Ish, cam ner sampai 2 pula tu. Ha, ini citer nyer...

 First sampai, kabinet free. Macam mana boleh free... ha, macam nih.

Lepas mamamyja dapat kunci dalam pertengahan bulan 8, mamamyja call pemaju tanya.. 
Mamamyja : "Rumah saya ada dapat apa2 yang FREE ker?".. 
Pemaju : Puan beli tahun bila yer?
Mamamyja : Saya beli tahun 2013
Pemaju : Oh, maaf ya puan. Jika pembelian tahun 2013 tidak akan dapat apa2 yang free daripada kami...

dengan hampanya mamamyja letak ganggang... sedih ooo, xper bukan rezeki.

Tup..tup dapat call dari supplier kabinet. Hujung bulan 9

Supplier : Puan, rumah puan dapat kabinet percuma daripada SPNB.
Mamamyja : Aik, saya dah tempah macam mana boleh dapat free nih [marah nih]
Supplier : Nama puan tersenarai, dan saya baru jer lepas dapat senarai nama tu
Mamamyja : Kenapa masa saya call tempoh hari cakap saya x terima apa2 yang free pon...
Supplier : Maaf puan, saya xtahu menahu. saya bukan pekerja SPNB. Saya pembekal kabinet jer. 

huh, memang mamamyja stress tahu x? Geram dengan bahagian urusharta, buat kerja lambat. Ker mamamyja yang gelojoh? ok what, dapat rumah terus think about kitchen kabinet. Nak tunggu lama mana lagi?. So apa keputusan yang mamamyja wat eh?

Set Kabinet yang mamamyja tempah dari KUBIQ akhirnya sudah sampai ... tapi cuma barang jer. Pemasangan orang lain yang memasang.

 Akhirnya ini keputusan mamamyja, pasang kabinet free dekat bilik auni. Just letak sahaja. Table Top boleh diangkat. Maknanya mamamyja boleh ubah letak kabinet tu dekat mana yang mamamyja suka nanti.
Yang x bestnya, kabinet bawah tidak boleh gantung.. arghhhh mamamyja baru cadang semuanya nak drill letak kat atas.

 Pemasangan kabinet KUBIQ, ish dari sampai barang sehingga pemasangan mamamyja memang senyum meleret jer. Entah kenapa lah eh

Part yang mamamyja suka.. pemasangan built in oven.. ah, sukanya.. Last sekali mamamyja akan ceritakan kos nya berapa eh.. stay tune.. hihik

 Sudah siap... Tadaaa.. Puasnya hati .. seronok x terhingga, macam nak lompat2 jer

 Bahagian sinki. 

 Sebahagian daripada kabinet free, mamamyja letak kat bahagian atas yard

Dah siap yang kabinet FREE mamamyja letak dekat bilik auni, cam nih la rupanyer. hiihik

Kabinet Kubiq - RM 3,400.00
Transportation - RM 105.00
Cas Pemasangan - RM 790.00
Hood, Hob dan Built in Oven dari Jenama Elektrolux - RM 2,680.00

Jumlah semua, pepandai lah campur sendiri eh.. Walaupun keluasannya xd lah besar mana, tp mahal juga rasanya. Survey punya survey KUBIQ juga yang murah. Walaupun sumer material yang mamamyja pilih adalah melamin. Kalau Arcylic lagi mahal lah yer.. Harga untuk tahun yang akan datang entah bagaimana pulak yer... 

Oklah, nanti mamamyja story pasal FREE yang lain eh. Nantikan.. hihik, Beruntung juga lah beli rumah baru nih dapat juga FREE walaupon xseuntung orang yang membeli tahun 2011... Boleh view story Laguna Biru part by part mamamyja dekat right side bar "MY APPARTMENTS". Bubuy, see u oalls later

~ The End ~
Read more ...