Thursday, 27 September 2012

[GAMBAR] Penenang Hati dan Jiwa

Assalamualaikum...

Seperti biasa rutin harian sudah pun bermula, kerja-kerja kat opis semakin belambak rasanya. Ujung minggu ujian bakal bermula. ARHGGGG... takutnya.. Harapan aku apa yer? aku teringin nak lulus, sebab aku nak rasa kerja lain dari yang lain. Tapi, aku merindui dan aku suka dengan job aku sekarang walaupun banyak masalah yang aku hadapi. Itu semua adalah pengalaman dan aku akan mengambil iktibar atas apa yang berlaku. Walaupun aku nak jadi yang terbaik, mesti juga ada kekurangan yang aku lakukan. Itu yang membuat aku stress.. ah, lebih banyak aku melalut... Lupakan lah...

Kat bawah nih aku nak show sikit pic penenang hati dan jiwa aku... xyah lah tengok lelama yer.. [jealous].. hahaha, xd lah. kalau jealous baik xyah show kat sini.. tapi kan tipula kalau isteri xd perasaan jealous.. tul x??? blups.. sebenarnya nak tunjuk Mr. Hubby kursus ngan kengkawan dia minggu lepas. 

 hari pertama, tengah buhsan tunggu bilik.. sampai awal tapi bilik dapat lambat.. hahahaha..

 malam-malam kuar lepak.. enjoy yer tanpa gangguan kami.. hehe -_-

 wah, bergaya nampaknya... dengan spek lak tu.. 

 nih le penenang hati dan jiwa...

 orang kursus le abang... sebok bersembang.. kursus ke main nih???

 control macho ker??

 orang-orang terpenting.. 


 hurm.. kurus x?? lama tu amik masa nak kurus balik.. 

 technician C4i, IPK Selangor...

yea..yea... dapat sijil.. sebenarnya syok kursus dah habis. tapi abang xmo balik, sebab seronok dok kat hotel tu... kalau terlepas baca klik entry nih... Casa del Rio Melaka, kalu teringin nak tengok hotel yang my hubby check in click la sini... enjoynyer dia kursus kan?? so, another 2 weeks aku pulak kursus.. bubuy.. jaga anak pulak yer...

Okey lah sampai sini jer.. mood aku kurang sikit, sebab sakit tekak la.. cam nak datang balik jer penyakit batuk nih.. uhuks.. 

~ THE END ~
Read more ...

Wednesday, 26 September 2012

Wordless Wednesday - Jauhnya Nak Amik Exam...

Assalamualaikum..

Aku memang nak ambil JAWATAN nih, tapi aku TAKUT... sebab dah 6 tahun BERLALU.. Aku dah lupa sudah... Doakan aku lulus yer kengkawan.. 

~ THE END ~
Read more ...

Tuesday, 25 September 2012

Jom Shopping Bonus Selangorku ~ TAWAS

Assalamualaikum..

Program santai buat keluarga aku.. Hehe, besh nyew.. bukan senang orang nak bagi duit RM 100 tuk g shopping.. Tul x???  Sebenarnya aku dah terlewat sungguh untuk register kan aisar kat TAWAS nih.. alhamdulillah masih terbuka lagi untuk memohon. So kepada sesiapa yang berminat nak register, masih belum terlewat tapi bagi anak kelahiran bermula tahun 2008-2010.. Boleh la lawati laman sesawang TAWAS yer..

2 minggu lepas dapat call dari Ketua Kampung kawasan aku tinggal, menyatakan aku dapat tawaran ke Program nih, betapa gembiranya aku.. hehe tunggu surat daripada Ketua Kampung

Nih la suratnya.. X sabar nak pergi

 benda penting yang perlu dibawa, mykid dan kad si manja

sampai jer jam 10.30 dah ramai orang beratur.. ahaks

posing jap.. ehehe, sementara nak tunggu proses pengesahan kehadiran selesai

sign dan ambil tag dan peraturan yang perlu di patuhi
sepatutnya lepas nih kena dengar taklimat, tapi My hubby dah dengar, so teruskan perjalanan jer lah yer


posing with aisar  kat banner program.. ahask, teserlah wajah gembira aisar walaupun rasa agak kurang-kurang faham

no tag aku: 0719, hehe.. 

nih ler anak yang bertuah mendapat wang RM 100.00

Masa nak bayar, sebenarnya voucher tu bukan kami dapat pegang pon. aku jer yang gatal dan xtahu malu mintak. Barang-barang yang telah dipilih akan dibayar dengan menggunakan voucher ini lah..

dah selesai bayar, masa untuk ambil goodies.. beri peluang pada aisar belajar sikit-sikit. sudah 4 tahun dah.. kena belajar, esok ibu bagi duit jer, g bayar duit yuran sendiri.. boleh??? insyaallah boleh kan..

bergambar bersama... siapa yer. maaf yer aku x kenal.


goodies yang diterima... jadilah kan siapa nak beri..

nih ler hasilnya... baju aisar. aku ambil yang besar, sesuai untuk tahun depan.. ahaks...

Akhir sekali, aku ucapkan terima kasih kepada TAWAS, kerana memmberi duit Jom Shopping nih.. Alhamdulillah murah rezeki kami sekeluarga.. Nantikan story Nurul Auni dapat duit Shopping.. Tapi maybe lambat lagi kot.. ahaks

~ THE END ~
Read more ...

Monday, 24 September 2012

Casa del Rio, Melaka

Assalamualaikum..

Hye, entry kali nih menghayati tempat kursus Mr. Hubby aku ke Melaka.. Agak-agak korang berapa star la yer Hotel nih? Sure 5 star nyer.. ahaks, aku tengok dalam gambar pon rasa geram giler.. So apa kata aku share kan serba sedikit pasal Hotel nih.. Pic nih semua ditangkap oleh kawan Mr. Hubby aku.. Layan jer lah... Jom

 Pintu masuk Hotel Casa del Rio, Melaka


Casa del Rio, Melaka
88, Jalan Kota Laksamana
75200 Melaka
Malaysia
Tel: +60 6 289 6888
Fax: +60 6 289 6999

pandangan tengah hotel... cantik kan??

 Two Bedroom Suite yang bernilai RM480.00 - 1 Night
Exclusive betul, My hubby kata sesuai tuk guest yang nak g Honeymoon..

 View Bathroom.. 


 shower pon ada gak...

 haha... toiletries pakai buang yang exclusive.. dan ada separuhnya sudah menjadi milik aku..
(bawak balik).. malu siot -_-

 pandangan dari belakang hotel.. memang besh, aku pon teringin nak check in.. cantik siot...

Lastly, aku xd nak citer panjang sangat sebab keterujaan tu xder. Maklumlah bukan aku yang pergi. Apa-apa hal leh ler korang visit Hotel Casa del Rio tuk maklumat lanjut.. Nantikan cerita aku pergi kursus plak... 8-10 Oktober 2012.

~ THE END ~
Read more ...

Thursday, 20 September 2012

Teman Pengganti ~ Sedihnyew..

Assalamualaikum...

Lagu yang HOT di corong-corong radio...

Ketawa bersama
Menangis bersama 
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku digangu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dan dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, Menangis bersama 
Ku bersumpah harap kita Mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana -gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

Rahsia ini, Telah lama ku pendamkan

Tiba masanya segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodesku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjawa hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan

Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh lupur
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati

Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti....


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/06/lirik-lagu-teman-pengganti-black-ft.html#ixzz26yXNgr1u
Read more ...

Wednesday, 19 September 2012

Wordless Wednesday - Bergambar bersama APEK !!

Assalamualaikum..

poyo saja cik abang ku nih... haha

~ THE END ~
Read more ...

Tuesday, 18 September 2012

Selamat Pengantin Baru Afasz

Assalamualaikum..

Update blog lagi.. hehe, curik setengah jam before lunch.. Sorry yea bos, ngah bored, stress and everything lah.. Sometime feel empty, want to go some place but WHERE??? arghhhh.. oh NO!!! fuhh.. harap-harap semuanya OK yer.. hah

Lupakan lah pasal masalah yang telah melanda diriku.. Lupakan sejenak?? leh ker? huahahahah.. 

Sabtu lepas program menghadiri majlis kawan sekolej aku dulu.. seorang blogger jugak..

Selamat Pengantin Baru
Nik Norfarizam & Aizuddin
Semoga berkekalan hingga ke SYURGA... isyaallah, amin


 yea... for fren leh sign n wish.. besh nyer... time aku dulu xterfikir pon nak wat cam nih.. haha

 tengok, anak ibu pon sibuk sign.. [kenal ker?]

 serba kuning, sama cantik sama padan.. tahniah yer nik aka afasz

 bersama housemate aku ina, patutnya kami bertiga lagi sorang x dapat datang.. jauh nun, melaka... ahaha

 wakil rombungan jam 2.00 petang... sedeh x dapat jumpa member lain cam madammondoq, ika dan ajan... kalau x leh tengok puan madam kita membesar dengan pesatnya (preggy)... ahaks


 so time aku nak bergambar ngan pengantin... adoi aisar, napa wat face cam tu???

 nih le kalau terpengaruh aksi2 bergambar. aisar buat muka lagik... huuuhu

 aisar serious... ggrrrr

wah besh nyer auni, pengantin pegang...tengok dah xsabar dah kawan kita nih.. mudah-mudahan...

Akhir sekali, TAHNIAH both of you. sorry lah weh hadiah yang aku bagi tu xberbalut. adoi, xsenonohnyer.. nak cepat sampai terlupa.. selamat sempat aku beli paper beg... tulis kad tu pon pki eyeliner (malunyer) -_- carik pen x jumpa... wwaaaaaaa...

~ THE END ~
Read more ...

Thursday, 13 September 2012

Upin Ipin Bagi Duit Raya ???

Assalamualaikum..

Hehe, ngah ada masa terluang nak taip story sikit. Mentang-mentanglah anak ngah tido, so ibu ada lah masa. Nak wat time opis leh, tapi banyak sangat keje nak dibuat.. Haha.. Cerita nih berlaku last week kat rumah ibu aku di cheras. Sebenarnya kami malas nak balik ke sana sebab banyak benda aku nak settle kan kat rumah. Tapi memandangkan kerja tu leh siap sehari lepas g Open House kami terus pulang ke Cheras.. Banyak lak aku berceloteh.. Cam ner Upin Ipin leh datang Cheras erk??

Actually aku xtahu sangat sebab apa Upin Ipin datang, xsempat nak interview jiran aku.. Yang aku tahu dia menang peraduan yang di anjurkan oleh TV9...  Ok, nih la pemenangnya.. merangkap jiran aku. Masa aku anak dara diorang niih kecik lagi.. tengok dah besar dah sekarang.. comei..

aku pon xpasti adakah ia pertandingan mewarna, melukis dan mewarna or... apa-apa lah berkaitan.. 

Kehadiran kanak-kanak, memang hapening lah kan... Diorang lah yang paling syok sekali.. xlupa jugak ngan bapa budak nih...

My Hubby, baju biru tu.. nak jugak tangkap gambar ngan pengacara. Korang kenal sapa dia?? aku pon x kenal ler... sedih tul kan. Maklumlah dunia hiburan nih aku kureng sikit...

Betul ker Upin Ipin bagi duit raya??? Jom kita tengok video nih...

video
adoi malunyer ibu nak usung kamu berdua nih coz, ibu sama tinggi jew ngan kanak-kanak tue.. hahaha sengan nyerla hai.. ha, nampak kan... anak-anak ibu semuanya TAKOTTT... maklumlah tengok mascot besar cam tu. Aisar lagi lah.. pandang x berkelip2.. terkejut kot.. 

setiap sampul yang bernilai RM 5.00. Duit raya buat aisar dan auni.

Lepas dapat duit raya, tibalah masa tuk makan.. Hidangan yang ditunggu-tunggu oleh kanak-kanak termasuk lah jugak mak bapak diorang nih.. tadaaaa....

yang dalam tray tu, ketupat rendang and etc... aku malas nak turun bawah snap gambar, lagipun pakai kamera samsung s2 aku tuh, xtau upin nak datang, kalau tau dah lama bawak kamera gemok tu...

ha, nih la makanan yang kami tunggu-tunggu KFC siot... besh giler, keutamaan kepada kanak-kanak lebih baru akan diberikan kepada ibu bapa. Set Snack Plate. Alhamdulillah kenyang..

last sekali, snap gambar la ngan maskot.. hihi

eee, auni senyum. muka baru bangun tido.. hahaa..

Selingan, sesiapa pernah ambil exam dari SPA jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29?? share la ngan aku weh.. aku kena amik exam nih hujung bulan September ni, gementar lor...

~ THE END ~
Read more ...