Tuesday, 26 June 2012

Peperiksaan Perkhidmatan Awam, xnak baca buku ker??

Menghitung hari sebenarnya, Next Week aku dah nak exam. Adoi, satu apa pon xstudy lagi nih... heheheh, apa nak jawab nanti.. Sekarang nih tengah xngantuk, bukannya aku nak study. Tapi masih lagi mengupdate blog. Maklumlah tengah stress ngn macam2 hal... 

Xder apa yang nak aku story kan kat sini. Just nak bagi tau kat sumer yang aku nak exam naik pangkat?? Layak ker? Insyaallah Boleh Wat keje pon still tunggang langgang lagik nih. Adoi.. Doakan lah yer, Buku x baca cam ner nak LULUS.. ahaks, selamatlah exam nih leh TENGOK buku... Jangan Jeles yer..

 slip peperiksaan pon dah keluar, mak aih kat mana nak exam nih.. jauh la plak, uhuks

 buku-buku yang perlu dibaca, hum sempat kew??? eee takoootttt nyew...

contoh soalan last year, just review-review jeew.. adoi, susah sei. Maklumlah PTK dah senang so, KPSL susah la yer.. xaci langsung..

MY WISH
Doa dari family, kengkawan, sahabat handai [sama la tuh] sama ada kenal atau x.. 
Doakan saya LULUS...

insyaallah, amin..

~ THE END ~

Read more ...

Sunday, 24 June 2012

Malibest Resort, Langkawi

Cerita bersambung... Seperti entry yang lepas, lebih kurang overview pasal Langkawi. Boleh click pada link, untuk read entry yang lepas. So sekarang aku akan citer lebih mendalam, xdalam sangat.. la pasal resort yang kami duduk nih. 


Malibest Resort RM 180 untuk 1Night, nih bilik yang aku ambil. 
niat hati nak cerita lebih detail pasal challet nih tapi time nak view harga, kena click satu-satu. Dia x buat table pon. Kan susah aku nak paste kan..

Boleh la click Malibest Resort tu, untuk maklumat lebih lanjut. ahaks... 
Layan gambar jerlah yea...

nih lew katilnyer.. hehe, tido berempat, dengan anak-anak yang buas.. adoi.. 
 adoiii... bersepah, huahahahah.. penatlah katakan.. gggrrrr

view toilet okay ... 

anak-anak ibu keletihan. Sampai-sampai jer check in jam 3pm terus tido.. bagus sungguh. penat sangat ea.. maklumlah bangun awal kul 6.30 pagi dah mandi, terus x tido...

rindunyer.... xpuas rasanya..

nih la dia pantai chenang, langkawi...

self mode.. gambar sekeluarga, kenangan di chalet malibest....

gambar kenangan...

Akhirlah sudah story pasal resort. Bersambung dengan story yang lain pulak, tunggu yea... So, siapa yang berminat nak check in challet nih. ada contact number aku tinggalkan...

Malibest Resort
Pantai Cenang, Mukim Kedawang,
07000 Langkawi,
Kedah Darul Aman.
Tel : +(604) 9558202 / +(604) 9558222
Fax : +(604) 9552822

~ to be continue next episod ~
Read more ...

Monday, 18 June 2012

Langkawi, Percutian 2012 ..

Hadiah anniversary ke-5 Tahun. Tadaaaaa.... LANGKAWI, Pilihan kami kali ini. Tiada yang lebih indah, selain dari pergi bercuti bersama.. tapi anak-anak tidak dilupakan... So banyak citer nak story, banyak gambar nak share. tapi terpaksa lah i wat part by part yer. maklumlah, banyak sangat kot. huhu

Untuk first nih kita sekali imbas lah yer. 

Tiket yang aku beli nih memang murah giler, berbaloi-baloi rasanya. waduhh.. susah nak dapat lagik nih. Tambang keseluruh dunia dengan harga RM 0.10 sen.. sapa xmau kan?? aku rasa semua orang nak, memanglah last skali kita akan rasa bukannyer jumlah RM 0.10 sen. Pandai2lah fikir, adaker yang nak bagi harga seposen, cumanya BERMULA dari harga sepuluh sen.. oleh itu, aku pon pilihlah penerbangan melalui AIR ASIA.. aku rasa time aku check total harga nih, memang aku xbuat kerja satu hari. Memang line page AIR ASIA buzy giler. Memang susah nak beli online tiket. Sampaikan aku dah putus asa rasanya.. Balik keje pon xdapat aku beli tiket tu.. dan akhirnya, dapat jugak aku membeli tiket tu. Siap boleh pilih seat lagi.. ehehee...
2 Dewasa, 1 Kanak-kanak dan 1 Bayi
Pilih Seat, Beg 20kg pergi-balik. 
Jumlah RM 295.60


Ok, jam 11.30 kami pon sampai Langkawi. Perkara pertama yang penting adalah Kereta Sewa.. ehehe, kuar je terus dah ada orang promote.. So kami decide amik brother nih.. 


Mulanya kitorang just tanya kete Viva - RM 120.00 3hari 2malam. Kalau nak kete Myvi tambah  RM 20.00. Akhirnya, Myvi jugak yang kami pilih. 

bukan kereta sebenar, tapi warna sama dah.. hahaha 
Ahahaha... kitorang ingatkan mahal, sebab dalam list budget, kereta aku spend kan sampai RM 300 tuk 3 hari.. xsangka kami g weekdays harga murah macam nih, kalu tau amik Honda... eheheh.. Destinasi pertama kam sebelum Check In Resort, kami pegi Bird Paradise WildLife Park Tempat yang menarik, sesuai untuk kanak-kanak. Burung-burung nyer jinak semuanya. dalam erti kata lain memang besh.. Nih harga tiket dia

 
Adult yang harga RM 10.00 tu sebab aku pakai Goverment Card. So, korang-korang yang mana keje goment tu jangan lupa bawak ID keje yer.. leh dapat murah, sikit pon jadilah. Tahun 2009 aku pergi satu ID Goment leh kongsi 2 orang, kali nih. Sorang pulak. ehehehe... Child, 3 tahun ke atas dah charge okay.. Habis jer berjalan-jalan kat Bird Paradise nih, kami terus ke Pantai Chenang. Nak Check In, sbb dah nak jam 3pm. Xder lah jauh mana perjalanan tu kan. Ehehehe... So kami memilih untuk bermalam di Malibest Resort. Nanti aku akan wat entry lebih mendalam tentang resort nih. 



seperti yang aku post kan di Facebook, buka pintu nampak laut. indahnyer....

seperti biasa aktiviti mandi sampai kepetang, berehat setelah penat kot, bertolak dari rumah jam 7am.. aktiviti malam, makan malam dan shopping survinior tuk rakan kerja..


untuk kengkawan, xd lah aku beli baju. just keychain n magnet sahaja. Cuma family aku jew yang beli baju.. ehehehe


Aktiviti 13 Jun 2012, Island Hopping. Jam 9.30am - 12.00pm


memang besh, nanti aku juga akan reviewkan citer menarik pasal island hopping nih...


Balik jer dari Island Hopping, destinasi pilihan keliru sama ada nak pergi Cable Car ataupun Underwater World, last-last Underwater World kami kunjung. Bukan xbesh cuma, kurang sikit. Menyesal tak pergi Cable Car.. ahahs, tapi nak buat cam mana kan... Aku pon malas nak citer pasalUnderwater nih. Lagipon gambar yer kurang menarik.. ehehe...


Harganya, boleh tahan jugak. Selamatlah ada Goverment Rate. Murah lah sikit. Ahaks


Destinasi seterusnya, Makam Mahsuri. Adult, RM5.00. Child, tak perlu bayar. 


Bila sampai jer kat sini, aku jadi seram sejuk... eeee takottt...


Akhir sekali, destinasi kami.. Eagle Square/Lang Square hehe, snap gambar banyak2. xpayah bayar pon.. hhehe

 My Wish, 3 tahun akan datang kunjung lagi... Insyaallah

So done tuk Percutian kali ini, akan bersambung next episod pasal Langkawi lagi.. Tunggu yea

~ To Be Continue ~
Read more ...

Sunday, 17 June 2012

Peristiwa Israk Mikraj

Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah.

Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud; 

"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah S.A.W hanya berlangsung pada satu malam.

Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa )

Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
  • Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,
  • Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah,
  • Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan),
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.

Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :
  1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  2. Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
  3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
  4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.
  6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.
  7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
  10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
  11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
  12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
  13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah)

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Langit Pertama : Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Langit Kedua : Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

Langit Ketiga : Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

Langit Keempat : Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

Langit Kelima : Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Langit Keenam : Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Langit Ketujuh : Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Tangga Kelapan : Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Tangga Kesembilan : Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga Kesepuluh : Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah SWT : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : iluvislam)
Read more ...

Thursday, 7 June 2012

Setelah 5th Anniversary, Akhirnya..

Jap jer kan masa dah berlalu.. Aku pon dah makin tua... huahahah yang penting lum masuk lingkungan 30-an.. hampir2 jugak lah kan.. uhuks, sebenarnya xd lah nak story panjang-panjang, cuma nak share pic jew...  aku nak update story nih guna site yang baru. means dalam Wordpress. Maklumlah domain aku nak xpired 10hb nih. So aku dah pun tukar ke domain yang baru siap beli hosting lagik tue.. ahahaha, semangat nyer pasal. Padahal bukan pon selalu aku hupdate blog pon..Tapi sebab lambat sangat proses nak transfer domain tuh. 5 - 7 hari bekerja tue.. so daripada peram jer gambar nih lelama, baik aku show off kan. ahaks jom jer lah layan gambar..

 hahah... nih ler hasilnyer... huhu

 aku xd lah hire cameraman yang bertauliah... adoi, banyak gambar xjadi sebenarnya... apa pon ok jerlah kan... huhu


 auni with ayah

 auni with ibu.. aku rasa gambar nih jer yang auni pandang kamera bila snap pic with aku... sebab lepas2 nih dia akan wat don't know jer... cuba snap ngan ayah dia... adoi [jealous]

 see... she like it... auni memang anak ayah betul lah...

 then see when she with ibu... arghhh auni, pandang la kamera... uhuks, really2 sad...

ini lagi sad agaknya, siapa pon xmo tangkap gambar ngan aisar.. eheheh, bukan xmo.. tapi xsempat kamu asik sibuk nak g playground jer... last2 bila bagi main, xmo lak main puas2.. penat agaknya.. jalan jauh yer.. hehe


~ THE END ~


Read more ...

Friday, 1 June 2012

Happy 5th Anniversary


Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba... huahahaha... memang saat bahagia lah kan... 1 Jun 2007 aku selamat diijabkabulkan dan pada hari ini 1 Jun 2012 genaplah 5 tahun perkahwinan ku... ngeee lama yer. anak pon dah dua... uhuks...

nak makan kek tapi, besar sangat la plak... rasa2 nak celebrate ngan saper yer??? 

sedapnyer la hai kek... eheheh

mengimbau kembali.... hahahah... tetiba jumpa kad nih... :)

nie lah kad kawin yang aku reka, buat dan print sendiri untuk diberikan kepada jiran-jiran terdekat... ahahaha... senang kata aku wat sendiri lah... kad yang aku tempah, dah xd dalam simpanan... huahahaha.....


...My Wish...

Semoga perkahwinan kami kekal hingga ke syurga... insyaallah
Semoga dikurniakan anak sehingga 5 orang dan lebih pon xper... insyaallah
Love forever n ever....

Read more ...