Sunday, 1 April 2012

Welcome April..

APRIL FOOL!!! Masih ada lagik ker orang yang mengenakan kawan masing-masing ya??? ahaha, time zaman persekolahan dulu aku selalu gak kena april fool nih.. hum, biasalah budak2, mana tau paper lagik.. bila diingatkan balik cam kelakar pon ada, selamat la xkena yang teruk2.. huh

So kita kongsi sedikit sebanyak tentang April Fool nih ya...

April Fool telah menjadi satu fenomena yang melanda keseluruhan pelosok dunia. Ia disambut dengan melakukan pelbagai penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Hakikatnya, ia adalah satu budaya yang jelas bertentangan dengan nilai-nilai Islam. Apakah pandangan Islam tentang hal ini? 

al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi hafizahullah menyebutkan:
Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan.

Ini kerana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda:  
“Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah.” [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu alaihi wassalam bersabda:
(maksudnya): 
“Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda:
(maksudnya): 
“Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”.  
[HR Ahmad dan At-Thabrani]

Sebahagian hadis Nabi sallallahu alaihi wassalam turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda (bermaksud):  
“Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentukpun. Sambutan ini (hari April Fool) adalah dilarang kerana empat sebab:

1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

Untuk iktibar dan pengajaran wat semua ya.. 

6 comments:

  1. betul tu.tapi masa skolah rendah dulu selalu la buat.maklum la budak kecik tak tau pape kan.hehehe

    ReplyDelete
  2. @aReLaN
    eheheh... mamamyja pon slalu kena ngn member2.. ahaks

    ReplyDelete
  3. cikgu pon ada gak yg kene kan murid2 time sekolah dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehehe... itulah. bila ingatkan balik syok sgt time sekolah dlu.. huhuk.. rindu rasanya nak blajo.. kuikui

      Delete
  4. tula, zaman dulu mmg kuat pasal april fool ni, ni amalan org belah barat ni, tk payah la nk ikut sgt....isk2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. ak ada dengar ceramah sampaikan evant mother n fathers day pon xleh sambut... so renung2kan.. ngeee

      Delete