Monday, 30 April 2012

Panduan Mudahkan Kelahiran

1. Urutan Perineal
Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. Anda digalakkan untuk memula urutan ini iaitu di antara bahagian dubur dan faraj bermula daripada mingg ke-34 kehamilan sehinggalah ke saat mahu melahirkan.
Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lai-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. Namun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

2. Senaman Kagel
Senaman ini baik untuk menjadikan otot vagina lebih anjal. Dengan yang demikian, otot berkenaan boleh mengembang dengan lebih baik apabila tiba proses kelahiran. Senaman ini juga bagus untuk kekuatan otot rahim.
Menariknya, senaman ini boleh dilakukan di mana sahaja tanpa perlu ada orang lain mengetahuinya. Antara teknik senaman Kagel yang boleh anda lakukan ialah menahan air kencing separuh jalan dan kira sampai 10 dan kemudian lepaskan bakinya.

3. Teknik Pernafasan
Di minggu-minggu terakhir kehamilan, anda sangat digalakkan untuk melakukan senaman secara tetap seperti berjalan-jalan selama 30 minit selepas makan malam sambil berlatih melakukan teknik pernafasan yang bakal anda aplikasikan ketika dalam proses pelahiran. Ketahuilah, teknik pernafasan amat penting untuk dikuasai kerana ia dapat membantu ketika anda menahan sakit dan sewaktu proses meneran.

4. Tidur Mencukupi
Sudah menjadi kelaziman bagi wanita hamil mengalami kesukaran untuk tidur di minggu-minggu ahir kehamilan. Biarpun begitu, anda dinasihatkan untuk memastikan jumlah jam tidur adalah mencukupi. Hal ini sangat penting untuk memastikan anda kekal bertenang semasa melahirkan nanti.

5. Keadaan Selesa
Ketenangan fikiran dan kemantapan menta serta emos sangat penting Proses pelahiran akan berlansung dengan lancar sekiranya anda berada di dalam keadaan selesa. Apatah lagi, keadaan yang tergopog-gapah akan menyebabkan proses kelahiran memakan masa yang lama. Sikap yang tenang dan selesa dapat menghindarkan anda daripada menerima apa-apa juga jenis alat bantuan kelahiran seperti vakum atau forsep. Oleh itu, cuba tenangkan diri sejak dari rumah lagi sebelum berangkat ke hospital.

INFO - Proses Meneran  hanya boleh dilakukan apabila pembukaan mulut rahim sudah sempurna iaitu 10sm 

6. Teman Kuat Semangat
Apa yang paling penting dalam memudahkan kelahiran bayi ialah sokongan dari yang tersayang di waktu anda perlu berhadapan dengan segala macam tekanan untuk melahirkan, keberadaan suami di sisi pasti dapat mengurangkan serba sedikit tekanan yang dialami. Namun, suami perlulah mempunyai semangaat yang kental agar mampu memberi sokongan ketika anda berhadapan dengan kesakitan untuk melahirkan bayi. Selain daipada suami, anda boleh meminta ibu atau ahli keluarga yang lain untuk menemani. Oleh yang demikian, ada baiknya untuk anda menentukan siapa yang bakal menemani anda di bilik bersalin nanti. Malah, pilihan kedua suami perlu ada agar anda tetap ada peneman jika tiba masanya nanti suami menghadapi masalah seperti takut darah, lemah semangat dan lain-lain.

7. Perguna Graviti
Amalan sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan dapat membantu anda ketika proses pelahiran. Malah, jangka masa proses pelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak. Keadaan sebegini berupaya membantu bayi masuk ke saluran peranakan dengan betul. Oleh kerana itulah, anda tidak disarankan untuk hanya baring di atas katil. Adalah lebih baik anda berjalan-jalan di sekitar kawasan bilik bersalin sambil ditemani suami untuk memudahkan bayi "turun" sekali gus mempercepatkan proses pelahiran.

8. Baring Mengiring Ke Kiri
Amalan sebegini juga amat diyakini mampu mempercepatkan bukaan serviks. Berbaring mengiring ke kiri adalah lebih baik daripada berbaring terlentang kerana posisi ini akan memberi sedikit tekanan kepada bayi untuk membantunya menolak "keluar" dengan cepat

9. Makan Secukupnya
Pastikan apabila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin, anda makan secukupnya. Ini sangat penting bagi memastikan anda mempunyai tenaga untuk proses meneran. Sekiranya tiada selera makan, banyakkan makan kurma kerana ia berupaya memberi tenaga tambahan kepada tubuh badan.

TIPS UNTUK SI AYAH - Sentuhan suami dapat mengurangkan kesakitan sepanjang proses bersalin. Tangan Suami amat berguna pada masa itu.

SUMBER - Majalah PA&MA Keluaran Mei 2012


Read more ...

Tuesday, 17 April 2012

I From Nigeria

Anak sapa lah nih kan???? uhuks... pada mulanya dia memang takut nak pakai rambut nih... akhirnya selepas nengok paksu dia menggayakan, perasaan teringin tu mula datang dan... inilah jadinya...

handsome x caye??? ahahahah... budak comot...
Read more ...

Monday, 16 April 2012

Battleship 2012

Filem Battleship memang besh giler.. rasa nak tengok banyak kali.. xrugi seh... 9* aku bagi... ehhehehehe


Bertempat di kepulauan Hawaiian, sebuah latihan laut bersama beberapa negara di dunia telah dilakukan untuk mendapatkan kerjasama serta mempereratkan hubungan di antara negara. Di antara yang turut serta adalah NAVY dari US, dan juga negara Jepun.

Lt. Alex Hopper (lakonan Taylor Kitsch) yang telah ditugaskan kepada kapal perang USS John Paul Jones adalah adik kepada Stone Hopper (lakonan Alexander Skarsgard), Stone Hopper adalah commanding officer kepada kapal USS Sampson. Alex Hopper telah jatuh hati kepada Samantha Shane (lakonan Brooklyn Decker) yang juga merupakan anak kepada Vice Admiral Shane (lakonan Liam Neeson).

Pada awal cerita, ada disebut bagaimana alien telah dihubungi dengan adanya alat perhubungan dan satelit yang dipancarkan dari sebuah pulau. NASA telah membuat kesimpulan bahawa adanya sebuah planet yang sama jarak seperti matahari dan bumi, yakni adanya hidupan di sana yang boleh kita kenali. Pancaran satelit itu telah dipancarkan setiap 17 jam dan menunggu maklum balas alien tersebut.

Hinggalah pada satu keadaan, 5 kapal angkasa alien telah mendarat laju ke arah tempat latihan budak-budak NAVY itu tadi. Sedar-sedar Alex Hopper dah ada dalam lingkungan kapal angkasa alien tu, dan perlu memimpin kapalnya untuk selamatkan dunia.
Read more ...

Sunday, 15 April 2012

Bag by Felt

Hye... aktiviti hujung minggu.. sebenarnya dah lama nak wat, tapi maklumlah.. aku nih busy memanjang.. so xd masa nak wat xtviti lain.. then kerajinan nak wat kraf meluak2.. sampai nak termutah.. huhu.. jom lah layan beg yang aku wat menggunakan kain felt and jahit tangan jer ok.. xguna mesin2 pon.. ehehehe

 hurm... seperti biasa beg kna namakan tuannyer punya blog.. saje sesuka... ahaha...

PERINGATAN ... beg nih xleh bubuh barang berat2 la... setakat nak go pasar letak wallet n hp tu leh lagi la kan.. sebab jahit tangan then guna kain felt.. takut koyak jer bubuh berat2.. kalu nak letak goodies tuk kenduri kawin leh la kan... chewaaahhh...

 close up sikit.. eehehhe... 

tada... dah siap pon satu beg.. ada yang berminat ker???.. nak tempah?? ehehehe, boleh jer.. tapi cam lambat jew.. maklumlah aku nih sibuk sikit.. nih pon ambil masa 2 hari.. start malam tadi kul 8.00pm - 12am.. then sambung pagi nih kul 10 dah siap...

p/s - xsnap gambar side tepi and dalam pon.. teruja sangat sebab dapat siapkan tu yang nak cepat2 pos dalam blog.. huaahaha [POYOS]
Read more ...

Thursday, 5 April 2012

Ibu Sayang Anak-anak Ibu

Xd citer banyak... Just picture yer... malas nak upload kat facebook.. so upload kat sini jer lah.. besar pon, besar lah... ahaks....

 time nih kitorang kat genting highland...




 dalam kete jew pon





~ THE END ~
Read more ...

Wednesday, 4 April 2012

Besday Gegirl Part One

Sebelum story nih basi jadi pekasam baik aku citer kan.. Maklumlah sekarang nih aku x boleh bukak sebarang web selain daripada HRMIS @ MS OUTLOOK.. orang ngah nengok aku.. katanyer aku xwat keje siap mention kata ADMIN lembab.. wow, hebat tul kritikan diorang. anywhere i accept it.. maklumlah aku nih PT jew pon... lain lah diorang RAJIN wat keje.. LATE sikit, mention aku lembab.. its ok.. lupakan pasal itu.. arghhh xmo pk dah.. wat serabut kepala hotak dan akal fikiranku jew..

So, semalam opis aku ada wat celebration besday gegirl and boboy yang born from Januari to Mac.. so aku antara salah sorang daripadanyer.. ngee, sebab tu aku rasa cam nak story sangat citer nih.. cuma sedih sikit, ak xtau awal. myb nak suprise kot. sampaikan aku nak amik emergency leave xjadik.. sakit peyut yang teramat sangat (kuar masuk toilet tu) [faham2 okey].. eheheh.. aku pon ngn muka tembok tarik balik sms el aku tuk datang keje sebab nak celebrate.. [xmalu].. ahahahah. cuma aku x bawak kamera gedabak tu jer, padahal dah tau.. argh malas lah nak usung.. weee... so dengan menggunakan kamera samsung s2 aku tu gambar jadi kabur giler.. wahhh.. ok jugak lah daripada xdok kan..

 ahaha... pose lepas touch up sikit2 after solat..

 member baru masuk.. ahaha, nasib badan la sya yer ko masuk admin.. hurm

 member seperjuagan.. wat admin.. tapi diorang memang rajin. aku jew yang malas..
kak ann, sha n aku lew.. [snap pic cam nih wat aku terasa sudah berisi] koh..koh..

 nih ler kek nyer.. besday from Jan - Mac sedap kek nih.. ada Blueberry.. wink

 ahahah.. time belek membelek tudung yang aku wear.. ahahah... aku beli kat SINI sapa berminat leh ler singgah.. cantik2 sangat tudung dia jual.. Biasalah tren masa kini, bawal pon dah ada rose.. ngeee.. xd lah pakai bawal kosong jew.. sapa yang mahukan kelainan leh ler try sehelai, pasti besh...

 zura, xlama lagi akan jadi ibu.. wah syok nyer.. first baby tue..

 antara yang awal hadir tuk pose.. tu yang penting.. ngeee

 pose lagi dan lagik.. eheheh

 apa lah yang diorang gelakkan sebenarnya erk???

 ya.. nih lah antara yang celebrate besday.. myb ada yang kurang kot.. eheheh

 menu tuk petang tu.. mee kari, tp aku snap cam xmeriah jer mee aku tu. maklumlah ak nih xmakan pedas.. so sbb tu nampak cam xsedap jew. tp sebenarnya memang sedap. that y la ak x letak kuah banyak.. pedas, karang xabis membazir je..

 sesi bergambar ngn hadiah.. huahahah...

apsal ngan muka aku tue.. wahahaha

kak ann & sha... masing-masing sudah berkeluarga.. ahaks...

muka gembira dapat hadiah.. mau x nyer, memang syok kot... sapa yg xgembira dapat hadiah. memang menipu la kan...

ehehhe... dapat mug.. thanks you oulls... naper muka aku like that.. actually tersilap pose okay.. ngeee


perasan x? orang kat belakang aku tu gembira sangat... adoi... 

kak ann & zura...

~ THE END ~
Read more ...

Wordless Wednesday - Mengimbau masa 1 tahun 7 month


Read more ...

Tuesday, 3 April 2012

Moroccan Rose @ The Body Shop

Hadiah Besday  yang aku terima from..... ngeee adik ipar aku ler bagi.. Memang minat perfume nih.. dah lama tunggu bila nak beli.. ehehe, so tunggu orang hadiah kan lah yer...  


akhirnya ia menjadi milik aku... huahhaha.. thanks ya bg kaklong hadiah besday nie.. ngeee suka sangat2 tau... 
Read more ...

Sunday, 1 April 2012

Welcome April..

APRIL FOOL!!! Masih ada lagik ker orang yang mengenakan kawan masing-masing ya??? ahaha, time zaman persekolahan dulu aku selalu gak kena april fool nih.. hum, biasalah budak2, mana tau paper lagik.. bila diingatkan balik cam kelakar pon ada, selamat la xkena yang teruk2.. huh

So kita kongsi sedikit sebanyak tentang April Fool nih ya...

April Fool telah menjadi satu fenomena yang melanda keseluruhan pelosok dunia. Ia disambut dengan melakukan pelbagai penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan merapatkan hubungan silaturahim antara satu sama lain. Hakikatnya, ia adalah satu budaya yang jelas bertentangan dengan nilai-nilai Islam. Apakah pandangan Islam tentang hal ini? 

al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi hafizahullah menyebutkan:
Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan.

Ini kerana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda:  
“Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah.” [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu alaihi wassalam bersabda:
(maksudnya): 
“Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda:
(maksudnya): 
“Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”.  
[HR Ahmad dan At-Thabrani]

Sebahagian hadis Nabi sallallahu alaihi wassalam turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda (bermaksud):  
“Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentukpun. Sambutan ini (hari April Fool) adalah dilarang kerana empat sebab:

1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

Untuk iktibar dan pengajaran wat semua ya.. 

Read more ...