Monday, 26 December 2011

Persediaan Susu Ibu Menjelang Kelahiran Bayi

Penyusuan susu ibu adalah proses yang perlu dipelajari oleh ibu dan bayi juga. Persediaan penyusuan susu ibu yang paling penting ialah mendapatkan sebanyak mungkin ilmu sepanjang kehamilan ini. Berikut adalah panduan yang dapat membantu anda dalam menyusukan bayi.

  1. Hadiri kelas persediaan penyusuan susu ibu atau kelas antenatal yang menyentuh tentang isu penyusuan susu ibu secara menyeluruh.
  2. Mulakan penyusuan susu ibu sejurus selepas bayi dilahirkan sebaik-baiknya dalam tempoh 1 jam. Kolestrum yang ada dalam beberapa hari pertama kaya dengan protein dan bahan lain yang dapat menghalang jangkitan kepada bayi.
  3. Cuba posisi yang berlainan ketika menyusu. Elakkan bersandar kepada bayi. Sebaliknya, duduk dan halakan bayi ke paras payu dara. Guanakan bantal untuk sokongan. Pastikan juga bayi melekap dengan baik.
  4. Menyusu mengikut permintaan berdasarkan isyarat kelaparan bayi. tanpa sekatan. Perhatikan isyarat itu. Mulut bayi buka tutup (mouthing), rooting, meletakkan tangan di mulut dan menangis. Apa-apa pun, jangan tunggu sehingga dia menangis. Adalah penting untuk bayi disusukan mengikut permintaannya.
  5. Patikan payu dara dikosongkan sebaik mungkin setiap kali sesi penyusuan untuk memastikan proses penghasilan susu berjalan lancar. Lebih kerap payu dara dikosongkan (dengan efektif), lebih banyak susu akan dihasilkan.
  6. Dapat penilaian teknik penyusuan daripada pihak profesional terlatih dalam tempoh 24 jam hingga 48 jam pertama selepas kelahiran. Sebaik-baiknya dapatkan panduan daripada perunding laktasi.
  7. Susukan bayi sehingga dia puas. Kandungan lemak dalam susu ibu meningkat sewaktu sesi penghisapan. Biarkan bayi selesaikan penyusuan sebelum menawarkan payu dara yang sebelah lagi.
  8. Elakkan puting kosong
  9. Menyusu secara eksklusif sepanjang enam bulan pertama.Penyusuan susu ibu ideal untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi anda.
  10. Jangan beri supplement seperti air, air glukos, susu formula, makanan bayidan lain-lain kepada bayi.
  11. Pemakanan memainkan peranan penting dalam kesejahteraan dan kesihatan ANDA. Apabila anda sihat, bayi pun sihat. Diet yang berasaskan empat kumpulan asas yang disarankan. Walau bagaimanapun, makanan yang anda ambil tidak akan memberi kesan kepada susu tetapi pada tahap kesihatan. Jadi, jagan diri anda.
  12. Jika berkejaya,pastikan anda membuatkan persediaan yang perlu.
Dipetik dari Majalah PA&MA bulan Januari 2012 m/s 60
So, kepada ibu-ibu yang merancang untuk menyusukan anak secara ekslusif, ikutlah tips2 yang diberikan nih erk.. dan moga-moga mamamyja pon dapat penuhi hasrat baby auni tuk menyusu susu ibu selama 2 tahun.. insyaallah
Read more ...

Friday, 16 December 2011

Opsyen SBPA - CUEPACS Bantah.

Kuala Lumpur, 15 Dis - Cuepacs hari ini mengambil pendirian pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri minggu depan.

Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji. "Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa Perdana Menteri pada 19 Dis ini," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis. Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA. Azih berkata pihaknya akan menjelaskan kepada PM alasan-alasan pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang berkaitan.
"JPA adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy. Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat," kata beliau.

Cuepacs mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi membincangkan pelaksaan SBPA yang akan dikuatkuasakan mulai 1  Januari ini bagi menggantikan SSM. Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau 'exit policy'.

then ada lagi kata-kata nyer, tapi aku malas nak menaip la pulak... huhu

P/S : ngee aku sekarang nih ngah bertungkus lumus.. Today kena siapkan jugak sbb Sabtu nih da nak edar borang kepada Pegawai dan Kakitangan... aduyai, aku xnk stay back hari nih... Anak xd sapa nak jaga... ak xkisah lah pasal benda nih sumer janji ak xyah stay back... Harap2 nanti ada berita gumbira buatku - {Borang Opsyen ditangguhkan sehingga diberitahu kelak} kan best cam tu... ak pening da nak wat benda nih sumer... Gangguan banyak lak tu... time nak sibuk2 wat opsyen, time nih la nak tanya pengesahan jawatan la, cuti banyak mana lagi tinggal, lnpt bila leh hantar.. adoi mcm2.. kalu staf kat sana setakat 50 orang xper lah jugak.. ini sampai 150 orang.. adoi, mau x pening kepala... 

So kepada kengkawan seangkatan yang kena wat SBPA nih, good luck aku ucapkan.. sebab aku rasa lepas nih kalu tersilap taip mata gaji  / no gaji, leh mati aku dibuatnyer... itulah, kalau nak tergesa-gesa cam nie, mana mampu nak siapkan cepat, kena concentrate betul2... da la kerani yang kena wat, pastu gaji kerani berapa jer... uhuks..

SUMBER : SBPA
~ THE END ~
Read more ...

Saturday, 10 December 2011

Hard Disk { Western Digital }



Nampak x Drive D ku tue. Da nak penuh da, cuma x berwarna merah jer lagi. Ini bermakna aku nak beli External Hard Disk untuk menyimpan dokumen-dokumen  yang berlambak tu.. Aku pon xtau apa yang menyebabkan ia penuh {wat-wat xtau sebenarnya} ahaks, sebenarnya aku ngan laki aku nih suka download movie2 yang terbaru.. dan aku plak suka download slot citer drama yang kekadang aku xberkesempatan nak tengok.. dan sekarang nih tengah mendownload citer Tentang Dhia TV3. Lagi satu album kami terlalu banyak. mungkin size gambar besar ataupon memang kami suka bergambar sampai penuh..

Bukannya aku xd hardisk lain.. ada berlambak.. nih ha dia..
Ada 5 hardisk, tapi sumer tu bukan aku punya.. Sumer aiman nyer.. Aku cuma menumpang jer.. dan sebelum terlupa. aku gak ada Hardisk 500G [Samsung] nak dijual, xsilap aku aiman nak jual RM50 kot.. sebab apa nak jual?? sebab aku nak upgrade kepada 1TERA... huahahahah... jangan risau Hardisk nih masih dalam good condition lagi yea... sumer hardisk yang ada nih pon udah hampir nak penuh.. dengan movie, games.. so ada sesiapa yang berminat nak share movie/games leh ler pm aku/pon tuan nyer hardish tu sendiri... Nih ler rupanyer hardisk perkongsian bersama.. huahahah... 

hurm, gambar kat dalam tue xdapat aku nak show kan sebab, ntah naper blur giler.. ak tangkap gambar nih pon malam tadi... biasa la kalu da wat keje malam2 nih.. ngan mata mengantuk, blur apa ker sumer x nampak.. eheheheh... 

So next year bulan 1 aku akan amik hardisk kegemaran aku. walaupon aiman xsyorkan aku amik jenis cam nih sebab senang rosak katanya... tapi aku nak jugak, sebab aku rasa senang tuk aku carry ke mana2.. cuba tengok hardisk besar gedabak tue. da la berat.. adoi, memang xbesh la.. eheheheh.. harap keinginan nih tercapai la hendaknyer nyer...

~ THE END ~
Read more ...

Friday, 9 December 2011

Pemberian Bantuan Tunai RM500 Kepada Rakyat

[kalaulah banyak nih dapat.. agak2 camner yer... ahaks... ]

Pada pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini, Kerajaan telah mengumumkan untuk memberi bantuan tunai, secara one-off, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat.

Isi rumah yang layak memohon merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga. Ini merangkumi individu:

  • Berkahwin termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa;
  • Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
  • Individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; 
  • danWarga emas sebatang kara

Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga adalah layak untuk memohon.

Kerajaan memutuskan, pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai hari Sabtu, 10 Disember 2011 untuk tempoh satu bulan. Borang-borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

Borang yang lengkap di isi berserta salinan Kad Pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM.

Pembayaran Bantuan RM500 akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari 2012.

Bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini. Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.

Sumber: Laman Web Rasmi LHDN

p/s - So kepada kengkawan yang sama citer nyer di atas nih, g lah try apply. mana tau ada rezeki nak dapat bantuan.. orang da nak bagi kan, amik jer lah... ehehehe... dah dapat nanti leh ler simpan kat ASB.. bg beranak banyak2.. uhuks... Bulan 6 nanti leh g Holiday...
Read more ...

Thursday, 8 December 2011

Bubuy Template Lama

Lagi beberapa minggu akan masuk ke tahun baru.. So sumer kena baru {musti ker} xd lah kan... Cuma next year aku akan pakai template baru.. dan sekarang tengah ditempah.. TAPIkan... serasa2 aku lah kan... template tu akan dipakai sebelum next year... cam ner tuh... eheheheh... ah forget it la eh.. 
Citer pasal blog nih, ada masa ker ak nak update blog aku tu. Cam xder jer.. Sibuk ngan keluarga dan kerjaya.. huahahah, kerjaya tu apa la sangat setakat kerani cabuk jer.. tapi kerja aku tu berlambak sesangat-sangat.. dalam erti kata lain, kerja xpernah nak habis... tambalah plak dengan adanyer SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM.. lagilah bertambah sibuk.. habis jer Maternity Leave aku nih nanti. aku kena wat keje2 nih la.. sumer kena tandatangan opsyen balik.. aduyai..siap sebelum bulan 1/2012... 

Mesti lah aku kena balik lbt kan... ish xmo lah.. anak ak kecik lagi.. lagipon dulu ada lah yang nak tolong tengok kan, tapi skrang da xder.. Harap2 nyer diorang faham lah kan situasi aku skrang nih... sementara keadaan nak stabil nih, banyak gak terhuyung hayang... bila dah sibuk cam nih lepas ker aku nak memerah susu.. ahaks, xkira.. itu perkara yang mesti aku buat.. azam ak, memang nak menyusukan auni sampai 2 tahun.. insyaallah.. moga allah permudahkan semua perkara hendaknyer... 

~ THE END ~

Read more ...

Tuesday, 6 December 2011

Hari Aasyura { 10 Muharram }

KELEBIHAN BERPUASA 10 MUHARRAM DAN 
PERISTIWA-PERISTIWA YANG TERJADI PADA HARI TERSEBUT

Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Aasyura  (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat, 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 orang mati syahid dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka".

Lalu para sahabat bertanyakan kepada Rasulullah S.A.W: "Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". 
Maka berkata Rasulullah S.A.W, "Ya memang benar, Allah Taala menjadikan 
  • langit dan bumi, laut, bukit-bukit;
  • menjadikan Nabi Adam dan Hawa;
  • Lahirnya Nabi Ibrahim;
  • Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim daripada api;
  • Allah S.W.T menengelamkan Fir'aun,
  • Allah S.W.T menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s;
  • Allah S.W.T menerima taubat daripada Nabi Adam a.s;
  • Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud;
  • Allah S.W.T mengembalikan Kerajaan Nabi Sulaiman;
semua kejadian di atas berlaku pada hari Aasyura, dan akan terjadi Hari Kiamat itu juga pada hari Aasyura.

Dipetik dari Kitab Tanbihul Ghafilin Jilid 1&2

Read more ...

Kenduri Kawin [Izhar & Ellya]

Bertempat di Bandar Tech Kajang, pada 3 Disember 2011 berlangsungnya perkahwinan Izhar dan Ellya.. 
So wish dari ija dan aiman

Selamat Pengantin Baru

Sebenarnya aku pon x tau nak write apa kat entry nih... seronok aku g kenduri lepas2 pantang nih.. makan pon banyak, leh control ker?? huahaha... sekarang nih makin kurang da member2 aku jumpa.. maybe masing2 sibuk dengan kerjaya masing2... al-maklumlah yang dah berkeluarga, mesti lah bertambah sibuk kan...tapi aku selalu gak jumpa kawan aku nih.. agaknya dia pon kaki berjalan jugak macam aku.. g memana mesti adew... ahahahah 

dan kat bawah nih antara kengkawan yang hadir.. ngeee

 
 nik datang ngan adik-adiknyer.. tapi aiman xshot pon gambar depa ber3.. jangan marah ea nik
then thanks sebab pegangkan auni...

 pabila kaum lelaki bersembang

 pabila kaum wanita bersembang... banyak topik ker??? satu jer kan...

pabila anak-anak membuat hal mereka... ngee aisar siap wat peace tu..

 cam unik jer gambar nih... perhatikan elok2.. cuma nik jer tersenget sikit... ngeee

seperti biasa, kami pon nak tangkap gambar ngan pengantin jugak.. ehehehe...

kasih abang kt adik... ngeee...
Full Album klik FB Mamamyja.com then 'LIKE' yea...

~ THE END ~
Read more ...

Monday, 5 December 2011

Sepetang at Taman Rama-rama Melaka

Ahaks.. memang besh kan berjalan-jalan. Sebenarnya adik ipar aku yang nak jenjalan bawak anak buahnyer nih ha.. Almaklumlah masing-masing nak menghiburkan diri yang belum habis duka dan lara.. tul ker, ker aku jer yang rasa cam tue.. hihi. So kami pon g ler Melaka.. sebenarnya nak jumpa jugak adik ipar aku yang bongsu.. so da alang2 berada di melaka kami pon singgah ler kat taman rama-rama nih... ehehehe..

 on the way ke Melaka... dalam kete snap2 gambar dulu...

Aku nak mula story pon da x tau sebab da lama citer nih... ada lah dalam 2 weeks, tapi kenapa x leh ingat erk.. huahahah.. xper ar, taip jer lah apa  yang aku nak taip.. Ok bayaran masuk memang murah. Adult RM8, dan Children RM4, pastu kamera pon kena bayar RM3.. hehehhe boleh lah daripada kat KL nih sumer nyer mahal...
 tengokler auni bergambar dengan rerama.. hihik

 naper lah mulut aisar tu??? ish2

 aisar ngan cicah, susah betul bila di ajak bergambar... suka wat hal sendiri...

 haha, tiba giliran  ibu ayah nak posing... laki aku dah kembali ke bentuk asal... al-maklumlah ak x bg abg g fitness masa kami tinggal ber3 jer kat umah.. then lepas nih abg da leh g sbb mak da balik.. xd la aku rasa takut sangat.

 hilang sorang, aisar... di ajak tangkap gambar lari plak dia... hurmm

 last pose... nak balik da nih... da kul 5 petang da... tengok ler auni menguap.. ngantuk sangat la gamaknyer tu. ahahah,

kami pon bertolak balik ke rumah... tapi sebelum tu break makan kat R&R mana ntah aku lupa lagik... dalam perjalanan pulang, hujan dan jam.. ngee letih sgt. nak tido cam sakit jer kepala nih.. ada story sebenarnya time pulang nih... da sampai jer rumah.. anak aku auni, ntah kenapa dia menangis x henti2 sampai aku rasa leh tercabut anak tekak dia.. pastu bila aku bagi susu pon dia xmo minum... Ya Allah takut jugak aku dibuatnya.. Risau giler.. da lah mak ayah xd.. so kami xtau nak wat apa... sampai rumah pon da lewat da.. kul 9 malam.. sebelum tu, dalam perjalanan kami singgah solat kat usj.. time tu auni da meragam da.. aku pesan kat dorang, kalu dia nangis macam mana pon jangan bawak kuar dari kereta.. last2 aku balik solat tengok auni da ada kat luar.. time tu memang dia senyap x nangis.. masuk jer kete, menangis menjerit-jerit.. takutnya... xhenti2 plak tu...adoyai nak wat apa nih. Baca ayat kursi, azan pon xnak... nak kata sakit perut, ok jer... aku rasa mungkin sebab tu kot.. last dalam kul 10 malam kami g darul syifa, jumpa ustaz.. nah amik ko sedas 'orang tua-tua kata jangan balik lewat-lewat malam' adoi, kan da kena... ustaz tu baca ayat yasin.. then aku pon x tau dia baca apa.. tiba-tiba auni terus tido.. huh, dasyat.. alhamdulillah, sampai umah auni tido dan diam jer.. lena tidor sampai esok pagi nyer... 
lepas dari peristiwa tu, aku memang xberani da nak balik lewat2... petang before kul 6 mesti sampai rumah.. ahahah

Untuk melihat Full Album sila LIKE nih dulu... sebab banyak gambar dekat situ yea...




Read more ...

Thursday, 1 December 2011

Contest 'Love Your Hijab', The Winner is ....

TAHNIAH, TAHNIAH DAN TAHNIAH SEKALI LAGI..... [banyak da aku nyer tahniah]

Tahniah kepada para pemenang

Nih antara Contest yang aku joint after bersalin hari tuh.. saja nak menggatal joint.. Aku pon x tau nak write aper, just nak wish Congratulation kepada semua peserta. Kat sini aku write sikit jew lah yer..
To Allesa Sam, banyak giler  'LIKE' dia sampai 1,692.. huahaha... memang xterkejar la den.. dasyat tul.. dan the besh style plak undian 'LIKE' dia sebanyak 1,119 cantik kan style tudung dia. Aku nih cam kelakor jer nk wat style cm tue.. lagipon da jd mak pon {anak da 2 da}.. karang bila wat style cam tu, xpasal2 anak aku tarik.. sedangkan pakai brooch jurai-jurai pon ditarik, inikan pula tudung yang style berbagai-bagai. maklumlah anak mula nak besar agak buas sikit ehehehe.. yang paling suka tgk mask ala-ala zorrow gituh...

Dan aku mendapat Voucher RM10 Alhamdulillah, dapat la jugak drpd xd.. ngeee 

hurm, dan undian 'LIKE' aku sebanyak 99 sahaja.. apa2 pon thanks tuk member2 yang mengundi aku.. Aku masuk contest nih pon sesaja jer, mana tau ada rezeki. hihik.. So pas nih korang kalu nak shopping tudung, g lah kat web Mia Stuffz nih..
Cantik tudung2nyer... Selamat Bershopping...
Kredit to : Mia Stuffz

Read more ...

Tuesday, 29 November 2011

Kenduri Kawin [Mazurah & Ajosh]

Selamat Pengantin Baru buat kawanku.. Semoga bahagia ke ahir hayat.. hurm, sonok sgt dapat g, tapi xdok lelama sangat sbb, adalah kan... yg xbesh nyer xdpt tengok kawan bersanding.. tp xper kan zura, ak da datang kan.. cuma laki aku lah xdpt nak jumpa kawan dia kawin.. eheheheh... so, enjoy gambar jer la erk. sbb ak xd benda nak write.. [ kekurangan idea ].. huahahaha

{CLICK PADA GAMBAR UNTUK LIHAT DENGAN LEBIH JELAS}


 aduyai, mukaku.... cm berisi jer...


 auni nih... ngah wat per tue???

 muka auni sudah kenyang.. hihik



tahniah my pren..
Read more ...