Assalamualaikum...
Read more ...
Hye, nak menulis per erk... last week aku dapat panggilan interview Penolong Pegawi Tadbir Gred N27.. Perasaan ku terkejut, terkedu, arghhh.... takutnyer. Apapun aku terpaksa pergi takut BLACKLIST plak.. Ini second time g interview dari SPA selepas tahun 2006 yang lalu... wah lama jugak erk, tapi aku rasa ada yang lagi lama dari aku.. Rezeki masing-masing. For those yang xdapat jangan lah berkecil hati.. Ada rezeki nya nanti...
On 7 May 2013, selepas cuti umum Pilihanraya [bagi negeri selangor]... masuk jer keje terus bukak web SPA tengok nama aku tersenarai x dalam panggilan temuduga tuh.. sebab ramai sangat fren kat facebook aku share kata dapat interview.. akhirnya, alhamdulillah aku dapat juga. Cuma yang terkedunya kenapa cepat sangat??? oh, tidakkkk.... tu yang rasa lagi berdebar2...
Aku ceritakan serba sedikit eh apa soklan yang dorang tanya...
On 13 May 2013, aku sampai ke SPP, Jabatan Perdana Menteri jam 7.45 melaporkan diri.. So, tinggalkan surat panggilan temuduga dekat kaunter, tunggu staff yang kedua panggil untuk semak dokumen yang diminta beserta salinan2 kelulusan. Makluman eh, sijil-sijil xpayah photostat ya.. Just salinan kelulusan pelajaran sahaja...
Dah selesai semak semua dokumen aku diberikan no. giliran interview... Bilik no. 11 angka giliran no. 3... wah, x salah datang awal kan... tengok cepat dapat.. syukur, lagipon banyak bilik.. Tunggu punya tunggu akhirnya giliran aku pada jam 9.00 pg..
Firstly, perkenalkan diri... so aku pon citer lah.. sampai lah soklan ini di tanya kepada aku...
- Apa tugas Penolong Pegawai Tadbir Gred N27
- Apa itu KUP
- Apakah dia Pengesahan Lantikan dan Pengesahan Perkhidmatan
- Berikan Tarikh kenaikan gaji
- Kajian kes bagi menetapkan Tarikh Kenaikan Gaji
- Berikan jenis-jenis cuti dalam Perkhidmatan
Itu sahaja soalan untuk aku, senang x?? senang kan.. Pada aku dia mungkin tanya soalan base on kerja-kerja yang kita buat. Disebabkan aku memang buat perkhidmatan, so dia tanya aku soalan-soalan yang berkaitan dengan perkhidmatan... Lagi satu Alhamdulillah semuanya bahasa melayu.. Kalau English pakat meraba lah aku menjawab..
Temuduga aku selesai pada 9.35 pagi... After interview, tengok wayang... ehehhee. Maklumlah aku amik cuti kan.. untuk penjawat awam, kalau pegi interview xd cuti berekod erk.. kita hanya diberi pelepasan sahaja... yeehuuu
Akhir sekali, kepada kengkawan yang dapat temuduga PPT nih, Good Luck and All The Best ya...
~ THE END ~


















